Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, December 1, 2010

Kisah #27 - My Student Life Update

semalam berjaya hantar e-mail kepada pihak biasiswa. itu pun dekat makmal, bukan kat rumah. connection kat rumah masih je buat aku mencuka tapi belum sampai memaki hamun macam sebelum ni.

so, tadi petang cuba telefon pihak biasiswa mengenai e-mail tu. in case kalau masuk spam box, tak ke naya kan?

tapi pihak biasiswa tiba-tiba bagitahu suruh hantar by pos sebabnya baru nampak macam official dan benda tu nanti akan dibawa ke dalam meeting. so, kalau by e-mail nampak macam main-main, dan tidak rasmi.

oh! *tepuk-dahi-sendiri*

baru perasan.

aku selamba je hantar borang permohonan by e-mail, macam aku pulak yang bagi biasiswa kat dia. eheh.

tengok jam, pukul 3.

nasib baik dah lunch dan siap mandi. cuma kena bersiap-siap je.

jadi aku terus pergi lab, print apa yang patut dan terus berkejar ke pejabat pos sambil berlumba dengan van pos laju.

nota; pos laju akan dikutip setiap jam 4 petang.

surat aku dengan lagi sorang pelanggan sempat jugak nak masuk dalam karung yang sama walaupun aku lupa nak beli sampul surat [ini Si Pembantu punya idea lah] dan dilayan nak tak nak dengan Cik-Kak-Jaga-Kaunter.

*aku benci berurusan dengan orang jaga kaunter yang tak reti nak berkhidmat dengan betul*

makanya, hanya menunggu dan berharap je. mungkin next week akan call lagi untuk dapat kepastian walaupun aku sebenarnya sudah terlambat nak buat permohonan sebab biasanya kena apply 3 bulan sebelum, tapi aku tak tahu. jem!

harap-harap lah dapat. Amin.

lepas berkejar-kejar ke pejabat pos, aku berusaha nak berurusan dengan Encik-Buat-Sampel yang selama ni sangat susah nak jumpa. dah 2 bulan sampel aku terbiar dan aku harap kali ni dapat pembelaan. ewah!

sebab semalam aku dah pergi, tapi beliau takde pulak. lepas tu aku cuba-cuba nak bertanyakan dengan seorang lagi Encik-Buat-Analisis dengan muka sedih sebab aku sudah tidak punya funding untuk membiayai setiap peralatan untuk analisis yang akan dibuat.

AKU KENA BAYAR PAKAI DUIT SENDIRI, OK?

tak ke naya tuh? aku rasa memang sangat berkorban jiwa, raga dan emosi dah selama ni, tapi sekarang kena tambah berkorban kewangan pulak. rugi betul 2 semester buat benda mengarut dan tak dapat result apa-apa. dem!

lepas tu jumpa pulak Cik-Bekas-Hosmet yang sudah pun berada di akhir penulisan tesis. jeles! mungkin boleh ambil sedikit dia punya semangat. tsk tsk.

oke, berbalik kepada Encik-Buat-Sampel kita tadi, nak dijadikan cerita aku berjaya hubungi dia dan berjaya jumpa dan berjaya meminta belas ihsan supaya dia buat aku punya sampel pada hari Jumaat.

well, seronok nya!

tapi, lepas tu aku pergi cari masalah pulak.

aku ternampak seorang mamat ni sedang buat analisis yang aku pun kena buat dan aku pun pergi lah masuk dengan harapan nak having a little chit chat kan. mana tahu dia boleh tolong.

tapi, yang aku tak nampak kat dalam tu adalah Ketua Pembantu Makmal yang jaga semua alat makmal dan etc. maka berfikir cara yang polite, aku tegur lah dia dulu.

tiba-tiba dia kata, 'awak datang sini selalu pakai kebenaran siapa?'

alamak! jem lagi.

aku cakap lah, aku memang ada pakai borang dan surat kebenaran daripada Prof. untuk ulang-alik ke sini sambil buat temu janji dengan Encik-Buat-Sampel sambil buat-buat muka budak skema.

dan chit chat itu berakhir dengan 'awak kena buat surat kebenaran lain daripada Prof. dan isi borang lain.'

omai! terus down balik.

kalian tahu kan, kalau berurusan dengan orang yang namanya dimulai dengan Prof ni memakan masa yang lama, malah mungkin lebih lama daripada Encik-Buat-Sampel sepertimana yang telah aku cerita dalam entri-entri sebelum ni.

*muka-bertukar-jadi-cuka-balik*



sangat banyak benda yang aku kena listkan dan kemudian buat dengan betul mengikut priority yang paling utama sebab aku sangat berada dalam keadaan limited sekarang ni. argh!




    

No comments: