Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, December 14, 2010

Kaunter Pertanyaan #1 - Tuala Wanita

tadi sambil berborak dengan Cik Ceria sambil layan Seribu Kali Cinta sambil mulut bercerita.

tiba-tiba keluar iklan Stacy jadi model untuk tuala wanita jenama-apa-pun-aku-tak-ingat dengan ayat lebih kurang macam ni

'anda tak boleh tidur lena sebab basah masa period?' 

itu yang aku faham lah, tapi mula-mula tak berapa nak 'dapat' jugak iklan ni, sebab duk tengok Stacy bergolek sana-sini je kat atas katil tuh. kalau orang-orang tua mesti dah cakap, 'apekehei nye minah ni duk golek-golek je nih'

lama-lama baru aku macam boleh bajet 'oh, iklan tuala wanita'

terus jadi topik perbualan aku dengan Cik Ceria lebih kurang seperti di bawah;

aku; memang ada ke perempuan yang sampai tak boleh tidur sebab rasa basah time period? kalau tak boleh tidur sebab senggugut ke, macam ada logiknya.

Cik Ceria; yelah.

aku; macam tak pernah pun? rileks je tidur. haha.

Cik Ceria; itu lah. kan ke kita dah tahu period. so sebelum tidur tu pandai-pandai la pergi tukar baru. masa aktiviti gosok gigi cuci muka sebelum tidur tuh. nak tidur 7 jam takkan nak tidur berdarah-darah macam tu.

aku; ha. itu lah pasalnya. mesti lah dah siap sedia sebelum tidur.

Cik Ceria; tahu takpe. tuala wanita tu semua sama je lah.

aku; *senyum*

tukar topik lain pulak lepas tu sebab terkedu tengok iklan Dato' Fadzillah Kamsah - perkasakan jiwa masa Catriona jadi tetamu. cerita lain.



soalan berbunyi begini, adakah anda rasa semua tuala wanita memberi impak yang sama? ^^




jawapan aku ; boleh kata setuju jugak.
tapi kalau sudah melampau, kena ada sayap! baru boleh terbang. haha.
anda pula bagaimana?

No comments: