Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, December 23, 2010

Edisi Lelaki #6 - Masihkah Kau Ingat

tajuk takde kaitan.

ini cerita zaman dulu kala, dah beberapa kurun dah aku teringat nak berkongsi dan bertanya. tapi bila aku start menaip je, aku akan mengarut ke arah lain. jadi sebelum aku mengarut buat kesekian kalinya lagi, ingin aku utarakan pertanyaan ini kepada kaum lelaki di luar sana.

betul ke ni?

kawan kolej aku ada cerita. 'lelaki ni' kalau pasangan dia yakni 'si awek' tiba-tiba mencurangkan diri dan terkantoi sedang berpacaran dengan 'lelaki lain', maka 'lelaki ni' akan datang menyerang dan memarahi 'si awek', bukan akan bertumbuk dengan 'lelaki lain' itu.


berlainan pula dengan 'perempuan ni', kalau pasangan dia yakni 'si balak' tiba-tiba terkantoi sedang berteman tapi mesra dengan 'perempuan lain', maka nahaslah si 'perempuan lain' tu. aku jamin ini memang berlaku. lepas habis marah tu, baru dia marah pada 'si balak'.

dan kalau 'perempuan ni' pesen tak reti marah atau baik hati atau lemah lembut atau sopan santun dan sebagainya, itu cerita lain lah.

tapi betul ke bab 'lelaki ni' tu? kalau anda berada dalam situasi 'lelaki ni', apa anda akan buat?

walaupun dunia dah maju, zaman dah berubah sekarang, di mana apabila cinta ditolak pun dah kena simbah asid, tikam menikam, rogol merogol, bakar lepas tu campak ke laut. tak pun pergi terjun bangunan. naudzubillah! tapi nak jugak tahu apa tindak-tanduk manusia normal macam kalian lelaki jentelmen?



semalam aku mimpi ada kawan aku kahwin dengan non-muslim, 
tapi dia pulak yang pergi convert agama. wadehek?

No comments: