Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, December 13, 2010

Edisi Kereta #11 - Mari Belajar Mengisi Angin Tayar

setelah berminggu memandu Encik Johnny secara tidak selesa akibat kekurangan angin di bahagian tayar hadapan, maka tadi sempat meminta belas ihsan daripada Si Pembantu 1 dan 2 untuk menolong aku dalam Tutorial : Mari Mengisi Angin Tayar Kereta Anda! eceh.

sebenarnya, pernah je ikuti tutorial ni bersama Si Dua secara teori dan aku ingat nak buat praktikal 2 minggu lepas tetapi aku rasa macam lack of confident.

ewah! nak isi angin tayar kereta pun mahu konpiden ke?

eh, tahap konpiden yang tinggi mestilah perlu ada untuk mengelak anda termalu seorang diri di situ selepas terkial-kial kerana tidak punya kemahiran yang secukupnya dalam mengisi angin tayar. boleh ke begitu? walaupun nampak simple tapi disebabkan ia adalah percubaan kali pertama, maka bagi aku automatically ia akan bertukar menjadi penting.


ok. cara pertama mestilah mencari tempat mengisi angin tu dan kemudian, mestilah make sure bahawasanya pengisi angin [betul ke orang panggil benda ni?] tu berfungsi. kalau tidak, anda mungkin akan berada dalam situasi termalu dan terkial-kial macam aku cerita kat atas.

serius, kalau aku pergi sorang je tadi, aku bedal je. mesti tak tahu punya. ^^

cara kedua, senang je. setkan tekanan angin untuk tayar kereta anda. anda boleh rujuk dekat pintu sebelah pemandu. untuk Encik Johnny adalah 210 psi untuk kedua-dua tayar depan dan belakang.

tapi, sebelum ni biasanya Si Dua isi 200 psi je.

lepas tu, bukak tiub dan isi angin sampai alat pengisi tekanan tayar tu bunyi 'ting ting ting'. senang kan? haha. tapi kena makesure angin masuk dengan memegang pengisi angin secara profesional, eh maksud aku secara betul, sehinggakan angin dijangka masuk. lepas tu, anda jangan lupa tutup balik tiub tu.

dan, siap!



terima kasih Si Pembantu!

No comments: