Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, December 29, 2010

Edisi Balik Kampung #8 - Malang Tidak Berbau

kejadian ni berlaku dekat highway Cheras-Kajang selepas aku pergi pick-up Si Dua. tiba-tiba je dari jauh nampak lampu berkelip-kelip kat sebelah lane paling kanan. aku mulanya fikir mungkin ada pembaikian jalan ataupun road block, sebab masa tu niat nak balik kampung memang dalam kepala otak clear daripada segala segi jenis kemalangan.

sebab kata orang, bila kita berfikir sesuatu perkara, itu yang akan jadi. eh, betul ke?

takde lah sesak sangat masa tu. polis dah sampai tapi mayat masih ada atas jalan. sempat jugak pakcik yang jaga lalulintas tu cakap :

'jangan berhenti. sorang mati. tak payah tengok'

macam tu lah lebih kurang, sebab aku tak dengar. Si Dua yang bagitahu sebab dia yang drive. aku kat sebelah separuh bangun sebab nak tengok mayat tu. first time aku boleh lihat ni, so aku tak lepaskan peluang walaupun lepas tu aku istighfar panjang.

TAKUT!

sebab kami pun dalam perjalanan pulang, dan itu baru permulaan. belum sempat masuk KL pun.

lepas tu aku dan Si Dua buat hipotesis masing-masing.

kemalangan ni melibatkan 3 kereta. waja, pajero dan saga atau iswara merah. waja remuk di depan, pajero remuk di belakang dan saga tu memang dah takde rupa kereta. so, aku kata waja rempuh belakang pajero yang terlebih dahulu merempuh saga yang melayang dari laluan sebelah. [imaginasi daripada cerita aksi terlampau banyak] dan mangsa yang terlibat adalah orang Cina. Si Dua pulak kata nampak macam orang India.

last-last kami setuju untuk rujuk Ondscene bila balik ke pangkal jalan nanti.

boleh rujuk kat sini untuk cerita yang betul dan ini sedikit gambar, juga dari sumber yang sama.

naudzubillah.




 





alhamdulillah kami selamat pulang ke kampung dan kembali.

No comments: