Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, November 10, 2010

Ralat #55 - Semangat Yang Hilang

saya sedang mencari semangat yang hilang.

andaikata anda terjumpa, sila pulangkan pada saya ya.

sebab suatu ketika dahulu dengan berbekalkan semangat yang satu itu lah, membuatkan saya beria-ia nak sambung belajar, bersungguh-sungguh nak bergelar pelajar, bersemangat betul nak memegang sarjana.

tapi sekarang saya rasa saya sangat lemah.

lemah semangat.

saya rasa usaha saya sia-sia, walaupun sudah hampir ke penghujungnya. saya rasa saya sudah bosan, walaupun hanya sedikit masa lagi diperlukan. saya rasa saya sudah mahu rebah. tak larat. exhausted.

saya semakin menghampiri titik-titik 'menyerah diri'.

oh, di mana kamu semangat ku?

mari lah pulang, aku perlukan kamu!

1 comment:

HeroAjil ^ HeroinUsj said...

berusaha lah wahai cik ralat....
jgn down n ikut perasaan...sikit je lg...wokeh???

psst-kalo tension jom mandi sungai lg..hehehe

~~C!k Hero!nUsj