Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, November 18, 2010

Kompleks #38 - Pening Lagi

saya tengah pening campur tensi campur blur.

saya tak tahu nak start kat mana dulu. apa yang saya patut utamakan. tsk tsk. rasa macam entri seakan ni dah pernah tulis kot zaman dulu kala? hilang ingatan kejap.

sadly to inform, saya rasa saya kena tambah masa pengajian. T__T

jadi sekarang saya tengah cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan bab 3 dalam tesis untuk memenuhi syarat-syarat permohonan melanjutkan biasiswa. lepas tu nak ada perakuan penyelia la bagai kan.

macam la kalian tak kenal penyelia saya also known as Si Cekgu itu.

sekarang beliau pulak yang susah nak dihubungi. mentang-mentang kita dah nak habis kan, dia pulak yang melarikan diri.

saya baru sedar semua ni selepas termengadu kepada Mr.Magoo tentang kepeningan dan kekonpiusan yang melanda diri ini. ewah. tiba-tiba beliau cakap lebih kurang macam ni :

'ha, mungkin cekgu pulak yang main sorok-sorok. dulu dia bukan main telefon korang, cari korang, korang menyorok. tiba masa korang cari dia, dia pun menyorok jugak lah'

tsk tsk. susah jugak ni.

dah lah Si Cekgu nak saya buat paper lagi?

omaigod. takkan dia tak perasan saya dah nak habis belajar dan saya dah siap submit tesis chapter by chapter. mana lah saya punya lagi kemahuan untuk kembali berpaling ke belakang dan masuk lab balik. saya kan kurang rajin. well, my bad.

lagipun saya dah cukup syarat untuk lepas pengajian tau? [punya lah bapak malas, siap buat alasan semua ni]

sebab yang saya tau sekarang ni, nak habis belajar. nak siap tesis. nak viva cepat dan nak berambus dari sini. ceh!

berapa lama lagi saya nak bergelar student ni? saya terasa gatal merenyam nak masuk dunia kerja pulak. itu la padahnya kalau gatal nak buat part-time bila belajar belum habis. sebab tu Si Ayah tak pernah nak bagi saya adik beradik buat kerja sampingan sambil belajar. sebabnya bila dah rasa boleh pegang duit hasil kerja sendiri, malas nak belajar.

eh, tapi tu bukan excuse saya. saya punya alasan lagi bagus! saya nak habis belajar sebab saya nak tukar status ni. saya nak larikan diri daripada cengkaman Si Cekgu. saya nak terasa berada di bawah diktator lain pulak. eceh.

bukan sebab nak cari duit sendiri. tak senang pun nak cari duit sendiri. ingat senang ke? ni, kesan burn dekat kaki pun masih belum hilang lagi, tidak ada maknanya saya beria-ia nak bekerja sangat. sekarang pun cari kerja sambilan sebab nak tanggung sampai habis belajar, walaupun Si Satu pernah menyatakan kesudian beliau untuk menanggung saya.

terima kasih!

*hugs*

berbalik kepada topik asal, memang semua saya nampak dengan blur je sekarang. sipi-sipi je semuanya. seolah-olah semua pihak taknak bekerjasama dengan saya dalam menghabiskan pelajaran saya ini.

susah betul.

pakcik yang patut buat sampel saya tu, dah macam-macam pesen alasan dah dia bagi. saya tak tahu lah sebab apa, tapi menyebabkan dah sebulan saya punya sampel terakhir belum disentuh.

ya, masih ada satu tahap saya perlu sediakan sampel terakhir.

sebab tu saya buat keputusan tidak mahu menyentuh atau belajar mengenai benda baru semata-mata untuk buat paper baru yang kemudiannya tidak boleh dimasukkan dalam tesis pun. sama seperti 2 semester saya yang mencuba 2 kaedah baru, tapi tidak boleh dimuatkan dalam tesis saya.

alangkah ruginya!

sangat membazir masa, tenaga dan wang. tapi alih-alih saya jugak yang dicop membazir la dan sekian sekian. orang yang bertanggugjawab takde pulak nak guide saya. kesal sungguh. ewah!

macamana saya mahu terangkan kepada Si Cekgu dan pakcik-yang-buatkan-sampel supaya mereka faham bahawasanya saya nak habiskan belajar. tolong lah saya.

ini belum masuk bab analisis sampel yang mungkin juga akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.

sudahnya, bila saya nak siap ni?

saya tak reti nak push orang ramai. saya tak punya skill nak suruh orang buat mengikut kehendak saya. sob sob.

pening!

No comments: