Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, November 25, 2010

Kisah #26 - Ku Bahagia!

ini sebenarnya cerita semalam, tapi oleh sebab aku overdose excited, semua orang dah tahu cerita ni makanya aku tak punya semangat mahu menulis. tapi biar lah aku kongsi jugak kat sini.

cerita nya takde la besar mana sangat pun.

tapi happy dalam dada aku ni, tak reti aku nak describe kan.

sebenarnya semalam aku dengan Si Cekgu telah mendapat kata sepakat membawa berkat di mana ia akhirnya memberi gambaran yang agak jelas mengenai penyelidikan aku ni. aku dah nampak jalan yang agak lurus walapun mungkin ada bengkang bengkok ataupun selekoh kiri kanan, tapi at least aku dah tak perlu masuk mana-mana simpang, sepertimana yang dikehendaki oleh Si Cekgu sebelum ni.

kalau tak, maka akan wujud lagi lah entri 'pening' seperti di bawah.

lega sikit rasa hati, walaupun ia tidak memberi jaminan apa-apa cumanya sekarang minda aku dah boleh fokus pada satu perkara, dan InsyaAllah aku tengah mencuba untuk memandang Si Cekgu dari sisi lain pulak. eceh!

bukan apa, sekarang ni aku nak cuba jadi lebih baik demi diri sendiri dan juga Orang Kampung tersayang.

doakan aku ya?




terima kasih Cekgu!



No comments: