Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 8, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

ini entri last week sebelum balik. tak sempat nak publish. so, kalau kalian baca sekarang, anggap lah kalian berada pada hari Jumaat lepas. sekian.

aku sudah selamat pulang ke pangkal jalan selepas beberapa hari tempoh masa di extend kan. hari ni berjaya siapkan semua misi dan masing-masing mungkin dah selamat berenang di atas katil.

cum aku je terus pergi buat kerja baru yang sepatutnya aku dah buat pada hari Isnin lepas, tapi oleh sebab masalah extend yang tak terkawal, maka hari ni jadi pengganti.

esok pulak aku akan berangkat pulang ke kampung halaman sambut diwali. eh tak tak. saja nak balik sebab cuti, lagipun raya korban mungkin tak dapat balik. dengan alasan nak buat thesis. cun tak alasan aku tuh? eceh.

oh  ya, sebenarnya dari 2 minggu lepas aku telah menguji kebolehan untuk bekerja.

sibuk join fieldwork jadi enumerator.

dulu aku selalu wondering apa itu enumerator. tapi minggu lepas, bila dah jadi sendiri baru aku tahu. tu pun aku tengok dekat name tag baru tahu.

*gelakkan diri sendiri*

enumerator jugak boleh dipanggil sebagai interviewer.

untuk pengetahuan kalian, kerja aku last two weeks adalah pergi menemubual orang ramai yang termasuk dalam kategori belia dan beragama Islam. salah seorang mangsa kejadian adalah adik kepada Si Dua-Dua yang aku pinjam kejap.

*terima kasih*

team aku diketuai oleh Si Ketua Rumah yang menjadi salah satu sebab kenapa aku bersetuju nak ikut walaupun kerja belum siap. lagi satu aku nak tambah pengalaman dan mengasah daya kesabaran. eceh.

kerja dia nampak senang, tapi bila dah join baru tahu macamana rupanya masyarakat kita sekarang. aku tak kata semua, tapi majoriti nya memang masyarakat kita agak la sombong, malas nak layan, tak mesra alam dan sebagainya. tapi ada juga yang terlebih mesra alam, terlebih bersangka baik, dan terlebih percaya. yang ini pun mendatangkan bahaya jugak, bukan pada aku tapi pada mereka dan keluarga mereka.

pengajaran yang aku dapat adalah, lain kali kalau ada orang datang buat survey ke apa ke kat depan rumah, dengar dulu apa dia nak cakap. layan dulu mengikut etika seorang tetamu perlu dilayan.

lepas tu kalau tak berminat baru lah bagitau dengan cara yang betul, bukan mendabik dada dan buat muka sombong. kadang-kadang orang yang datang tu pun bukan hendak sangat pun mengadap muka tak senonoh kamu tu, cumanya dia terpaksa kerana kerja. [ni bercakap secara umum ye. hehe]

lagi satu, kalau dah kamu confident orang yang datang tu baik hati dan takde niat nak mencederakan ke atau menipu ke, ajak lah masuk ke dalam ruang depan rumah, tambah-tambah lagi bila kejiranan kamu wujudnya anjing liar. [ni bila dah rasa selamat lah. kalau tak selamat, jangan buat ye. aku takkan bertanggungjawab]

kalau berminat pulak, layan lah betul-betul. jangan buat banyak songeh, tunjuk banyak pe'el. memang orang tu akan layan je dan buat tak tahu, tapi dalam hati mesti menggelegak. makanya, sila lah layan secara baik sahaja. kalau tak, nanti insyaAllah akan termengumpat di kemudian hari.

itu je aku nak bagitahu.

ini semua yang aku dapat dari pengalaman aku lah. kalau kata nak jaga sangat budi bahasa budaya kita, boleh lah diamalkan tapi bab keselamatan jangan lupa ya. curiga perlu ada.

sekian.

No comments: