Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 29, 2010

Ralat #57 - Caci Maki

esok dah 30hb November. omai omai.

sekarang bila dah dapat persefahaman dengan Si Cekgu, semangat pulak buat hal. entah ke mana-mana je lah dia pergi. last weekend ada lagi, tapi hari Isnin je terus hilang.

maka hari ni aku end up doing nothing except cursing for my internet connection yang slow-gila-nak-mati-sampai-kena-maki. dem!

bayangkan, aku nak bukak e-mail pun takleh nak loading!

Ya Allah. memang buat darah naik je.makin cepat lah aku tua macam ni.

dah loading, masa attaching tu pulak, aduh. banyak gila ambil masa. dari jam 1500 sampai sekarang belum setel. dah give up dah pun. setakat nak attach benda besar tu pun problem, memang buat aku hangin.

punya lah, mulut aku eksesais dengan perkara tak elok dari tadi. geram betul!

rasa takde internet lagi bagus.

ni ada ke takde ke, sama je pe'el nya. lagi buat menyampah ada lah. lagi buat sakit hati. kerja tak siap, apa pun tak boleh buat. technician datang tak datang, sama je macam sebelum ni. orang bayar pakai duit, bukan air liur. nak dapat service macam duduk kat ceruk kampung.

*asap-keluar-ikut-telinga*

well dear streamyx, sila lah berubah sikap, oke?

Thursday, November 25, 2010

Kisah #26 - Ku Bahagia!

ini sebenarnya cerita semalam, tapi oleh sebab aku overdose excited, semua orang dah tahu cerita ni makanya aku tak punya semangat mahu menulis. tapi biar lah aku kongsi jugak kat sini.

cerita nya takde la besar mana sangat pun.

tapi happy dalam dada aku ni, tak reti aku nak describe kan.

sebenarnya semalam aku dengan Si Cekgu telah mendapat kata sepakat membawa berkat di mana ia akhirnya memberi gambaran yang agak jelas mengenai penyelidikan aku ni. aku dah nampak jalan yang agak lurus walapun mungkin ada bengkang bengkok ataupun selekoh kiri kanan, tapi at least aku dah tak perlu masuk mana-mana simpang, sepertimana yang dikehendaki oleh Si Cekgu sebelum ni.

kalau tak, maka akan wujud lagi lah entri 'pening' seperti di bawah.

lega sikit rasa hati, walaupun ia tidak memberi jaminan apa-apa cumanya sekarang minda aku dah boleh fokus pada satu perkara, dan InsyaAllah aku tengah mencuba untuk memandang Si Cekgu dari sisi lain pulak. eceh!

bukan apa, sekarang ni aku nak cuba jadi lebih baik demi diri sendiri dan juga Orang Kampung tersayang.

doakan aku ya?




terima kasih Cekgu!



Monday, November 22, 2010

Kisah #25 - Bajet

semalam.

keluar pergi servis my Encik Johnny.

lari bajet!

hari ni.

keluar berfoya-foya.

aku. Si Dua. Si Dua-Dua. adik-adik Si Dua-Dua.

eh, bapak nye kompleks!

layan wayang. Megamind. saya suka!

TERbeli purse belang-belang.

MEMbeli pouch bag for handphone.

last but not least.

membaiki handphone. acara utama sebenarnya.

bajet berlari-lari meninggalkan aku.

jem!




2 minggu akan datang mahu berkurung je. eceh!

Thursday, November 18, 2010

Kompleks #38 - Pening Lagi

saya tengah pening campur tensi campur blur.

saya tak tahu nak start kat mana dulu. apa yang saya patut utamakan. tsk tsk. rasa macam entri seakan ni dah pernah tulis kot zaman dulu kala? hilang ingatan kejap.

sadly to inform, saya rasa saya kena tambah masa pengajian. T__T

jadi sekarang saya tengah cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan bab 3 dalam tesis untuk memenuhi syarat-syarat permohonan melanjutkan biasiswa. lepas tu nak ada perakuan penyelia la bagai kan.

macam la kalian tak kenal penyelia saya also known as Si Cekgu itu.

sekarang beliau pulak yang susah nak dihubungi. mentang-mentang kita dah nak habis kan, dia pulak yang melarikan diri.

saya baru sedar semua ni selepas termengadu kepada Mr.Magoo tentang kepeningan dan kekonpiusan yang melanda diri ini. ewah. tiba-tiba beliau cakap lebih kurang macam ni :

'ha, mungkin cekgu pulak yang main sorok-sorok. dulu dia bukan main telefon korang, cari korang, korang menyorok. tiba masa korang cari dia, dia pun menyorok jugak lah'

tsk tsk. susah jugak ni.

dah lah Si Cekgu nak saya buat paper lagi?

omaigod. takkan dia tak perasan saya dah nak habis belajar dan saya dah siap submit tesis chapter by chapter. mana lah saya punya lagi kemahuan untuk kembali berpaling ke belakang dan masuk lab balik. saya kan kurang rajin. well, my bad.

lagipun saya dah cukup syarat untuk lepas pengajian tau? [punya lah bapak malas, siap buat alasan semua ni]

sebab yang saya tau sekarang ni, nak habis belajar. nak siap tesis. nak viva cepat dan nak berambus dari sini. ceh!

berapa lama lagi saya nak bergelar student ni? saya terasa gatal merenyam nak masuk dunia kerja pulak. itu la padahnya kalau gatal nak buat part-time bila belajar belum habis. sebab tu Si Ayah tak pernah nak bagi saya adik beradik buat kerja sampingan sambil belajar. sebabnya bila dah rasa boleh pegang duit hasil kerja sendiri, malas nak belajar.

eh, tapi tu bukan excuse saya. saya punya alasan lagi bagus! saya nak habis belajar sebab saya nak tukar status ni. saya nak larikan diri daripada cengkaman Si Cekgu. saya nak terasa berada di bawah diktator lain pulak. eceh.

bukan sebab nak cari duit sendiri. tak senang pun nak cari duit sendiri. ingat senang ke? ni, kesan burn dekat kaki pun masih belum hilang lagi, tidak ada maknanya saya beria-ia nak bekerja sangat. sekarang pun cari kerja sambilan sebab nak tanggung sampai habis belajar, walaupun Si Satu pernah menyatakan kesudian beliau untuk menanggung saya.

terima kasih!

*hugs*

berbalik kepada topik asal, memang semua saya nampak dengan blur je sekarang. sipi-sipi je semuanya. seolah-olah semua pihak taknak bekerjasama dengan saya dalam menghabiskan pelajaran saya ini.

susah betul.

pakcik yang patut buat sampel saya tu, dah macam-macam pesen alasan dah dia bagi. saya tak tahu lah sebab apa, tapi menyebabkan dah sebulan saya punya sampel terakhir belum disentuh.

ya, masih ada satu tahap saya perlu sediakan sampel terakhir.

sebab tu saya buat keputusan tidak mahu menyentuh atau belajar mengenai benda baru semata-mata untuk buat paper baru yang kemudiannya tidak boleh dimasukkan dalam tesis pun. sama seperti 2 semester saya yang mencuba 2 kaedah baru, tapi tidak boleh dimuatkan dalam tesis saya.

alangkah ruginya!

sangat membazir masa, tenaga dan wang. tapi alih-alih saya jugak yang dicop membazir la dan sekian sekian. orang yang bertanggugjawab takde pulak nak guide saya. kesal sungguh. ewah!

macamana saya mahu terangkan kepada Si Cekgu dan pakcik-yang-buatkan-sampel supaya mereka faham bahawasanya saya nak habiskan belajar. tolong lah saya.

ini belum masuk bab analisis sampel yang mungkin juga akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.

sudahnya, bila saya nak siap ni?

saya tak reti nak push orang ramai. saya tak punya skill nak suruh orang buat mengikut kehendak saya. sob sob.

pening!

Wednesday, November 17, 2010

Kisah #24 - Do You Have Bulu?

tengah khusyuk aku online pada hari rajinku, yakni hari membawa diri ke library, tiba-tiba aku didatangi seorang pelajar bangsa asing.

'excuse me. do you have a pen?'

'yes' - sambil hulur pen hasil sumbangan Crystal Crown Hotel.

dia duduk depan aku. dan start membelek borang dan mengisi.

'do you have bulu?'

'hah? excuse me?'

'bulu?'

'sorry. i don't understand'

lantas dia unjuk borang yang dah separa terisi dengan signature.

'oh, signature?'

'no. no. this colour. do you have this colour?'

'oh. blue pen?'

saspen kejap. lepas tu terus buat-buat cari dalam beg walaupun dah tahu takde sebab pen 'bulu' aku tinggal pada Encik Johnny.

'sorry. don't have one' - sambil beri senyuman 1 Malaysia. ewah!

'it's okay. thank you'






lepas tu aku gelak sorang-sorang sambil tengok dia menghala ke meja depan.

hoh. bahaya betul lah tanya aku ada 'bulu' ke tak. hahaha.



anyway, selamat menyambut hari raya eidul adha. 
kali ni aku tak balik kampung, bajet macam ada komitmen je kononnya. ceh.

Monday, November 15, 2010

Edisi Kereta #10 - Penjagaan Gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa.

Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.

JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda.

JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.

Laraskan paras clutch supaya berada dalam  keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3.

Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).




segala maklumat aku amik dekat ProtonClub.com

Friday, November 12, 2010

Ralat #56 - Sayang

pengajaran hari ini:
awak tak boleh nak paksa orang lain sayang awak sama macam awak sayang dia, dan kalau awak sayang dia dengan ikhlas, awak patut sayang je dia tanpa harapkan balasan. tapi sebab awak adalah manusia biasa, mungkin awak berasa lelah menyayangi orang yang tak sayang awak. 
sekian.

Thursday, November 11, 2010

Kompleks #37 - Doa

tadi Si Ayah sms.

'malam ni baca lah Yaasin dan buat sembahyang hajat, minta wujud hubungan kasih sayang dalam keluarga kita'

*sebak tiba-tiba*

sebab saya sibuk mencari dan berharap pada cinta yang lain sehinggakan saya lupa cinta dan kasih sayang yang ada di rumah walaupun bukan di depan mata tetapi sentiasa ada dalam jiwa.



saya doakan semoga keluarga saya kembali seperti sedia kala. not that we have a problem, tapi untuk masa depan yang lebih harmoni. Amin.

Wednesday, November 10, 2010

Ralat #55 - Semangat Yang Hilang

saya sedang mencari semangat yang hilang.

andaikata anda terjumpa, sila pulangkan pada saya ya.

sebab suatu ketika dahulu dengan berbekalkan semangat yang satu itu lah, membuatkan saya beria-ia nak sambung belajar, bersungguh-sungguh nak bergelar pelajar, bersemangat betul nak memegang sarjana.

tapi sekarang saya rasa saya sangat lemah.

lemah semangat.

saya rasa usaha saya sia-sia, walaupun sudah hampir ke penghujungnya. saya rasa saya sudah bosan, walaupun hanya sedikit masa lagi diperlukan. saya rasa saya sudah mahu rebah. tak larat. exhausted.

saya semakin menghampiri titik-titik 'menyerah diri'.

oh, di mana kamu semangat ku?

mari lah pulang, aku perlukan kamu!

Do You Know?

penyebab anda sakit mungkin datang dari :


1. No Breakfast 
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. 

2 . Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power. 

3. Smoking 
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease. 

4. High Sugar consumption 
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development. 

5. Air Pollution 
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency. 

6 . Sleep Deprivation 
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.. 

7. Head covered while sleeping 
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects. 

8. Working your brain during illness 
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain. 

9. Lacking in stimulating thoughts 
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage. 

10. Talking Rarely 
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.



maka, sila lah berhati-hati di jalan raya kehidupan. sekian.

Monday, November 8, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

ini entri last week sebelum balik. tak sempat nak publish. so, kalau kalian baca sekarang, anggap lah kalian berada pada hari Jumaat lepas. sekian.

aku sudah selamat pulang ke pangkal jalan selepas beberapa hari tempoh masa di extend kan. hari ni berjaya siapkan semua misi dan masing-masing mungkin dah selamat berenang di atas katil.

cum aku je terus pergi buat kerja baru yang sepatutnya aku dah buat pada hari Isnin lepas, tapi oleh sebab masalah extend yang tak terkawal, maka hari ni jadi pengganti.

esok pulak aku akan berangkat pulang ke kampung halaman sambut diwali. eh tak tak. saja nak balik sebab cuti, lagipun raya korban mungkin tak dapat balik. dengan alasan nak buat thesis. cun tak alasan aku tuh? eceh.

oh  ya, sebenarnya dari 2 minggu lepas aku telah menguji kebolehan untuk bekerja.

sibuk join fieldwork jadi enumerator.

dulu aku selalu wondering apa itu enumerator. tapi minggu lepas, bila dah jadi sendiri baru aku tahu. tu pun aku tengok dekat name tag baru tahu.

*gelakkan diri sendiri*

enumerator jugak boleh dipanggil sebagai interviewer.

untuk pengetahuan kalian, kerja aku last two weeks adalah pergi menemubual orang ramai yang termasuk dalam kategori belia dan beragama Islam. salah seorang mangsa kejadian adalah adik kepada Si Dua-Dua yang aku pinjam kejap.

*terima kasih*

team aku diketuai oleh Si Ketua Rumah yang menjadi salah satu sebab kenapa aku bersetuju nak ikut walaupun kerja belum siap. lagi satu aku nak tambah pengalaman dan mengasah daya kesabaran. eceh.

kerja dia nampak senang, tapi bila dah join baru tahu macamana rupanya masyarakat kita sekarang. aku tak kata semua, tapi majoriti nya memang masyarakat kita agak la sombong, malas nak layan, tak mesra alam dan sebagainya. tapi ada juga yang terlebih mesra alam, terlebih bersangka baik, dan terlebih percaya. yang ini pun mendatangkan bahaya jugak, bukan pada aku tapi pada mereka dan keluarga mereka.

pengajaran yang aku dapat adalah, lain kali kalau ada orang datang buat survey ke apa ke kat depan rumah, dengar dulu apa dia nak cakap. layan dulu mengikut etika seorang tetamu perlu dilayan.

lepas tu kalau tak berminat baru lah bagitau dengan cara yang betul, bukan mendabik dada dan buat muka sombong. kadang-kadang orang yang datang tu pun bukan hendak sangat pun mengadap muka tak senonoh kamu tu, cumanya dia terpaksa kerana kerja. [ni bercakap secara umum ye. hehe]

lagi satu, kalau dah kamu confident orang yang datang tu baik hati dan takde niat nak mencederakan ke atau menipu ke, ajak lah masuk ke dalam ruang depan rumah, tambah-tambah lagi bila kejiranan kamu wujudnya anjing liar. [ni bila dah rasa selamat lah. kalau tak selamat, jangan buat ye. aku takkan bertanggungjawab]

kalau berminat pulak, layan lah betul-betul. jangan buat banyak songeh, tunjuk banyak pe'el. memang orang tu akan layan je dan buat tak tahu, tapi dalam hati mesti menggelegak. makanya, sila lah layan secara baik sahaja. kalau tak, nanti insyaAllah akan termengumpat di kemudian hari.

itu je aku nak bagitahu.

ini semua yang aku dapat dari pengalaman aku lah. kalau kata nak jaga sangat budi bahasa budaya kita, boleh lah diamalkan tapi bab keselamatan jangan lupa ya. curiga perlu ada.

sekian.