Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, October 14, 2010

Ralat #54 - Awak Curang Ye?

Sakitnya hati! Orang yang kita cintai telah berlaku curang dalam diam.

Paling teruk, ada yang melakukannya terang-terangan di depan mata!



Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yang telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit-sikit anda menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

-sehari mungkin 2 kali je aku telefon. kalau lebih dari tu mungkin sebab on the spot rasa nak telefon. bosan dan punya hal penting. tapi tak tahu lah kalau dia rasa aku mengongkong. heh.


Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

-marah? memang haritu dia kena marah. sebab aku rasa nak marah. eh tak tak. sebab aku rasa dia buat salah dan perkara yang tak boleh nak consider, so aku naik marah. 


Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

-ini selalu berlaku di pihak aku. tsk tsk. rasa hodoh, buruk, tak menarik dan sebagainya perasaan negatif yang ada.


Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus etc sehingga berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka-suka, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

-ya, memang berjauhan sikit. tambah-tambah sekarang dia dah patah kaki. maybe sebab tu dia sibuk nak cari yang dekat je? entah lah.


Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

-ini pun berlaku di pihak aku je. haha. dia sibuk, aku free.


Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

-kadang-kadang hambar kalau dia not in the mood. kalau aku not in the mood, memang aku berterus terang je. tak boleh layan lama-lama nanti rasa nak marah. haha.


Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

-ini macam terkena batang hidung betul. aku menjadi pengganti yang datang masa dia tengah tonggeng terbalik dengan kekecewaan yang lama. apakah?


Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

-dia memang ego. haha. nama kedua lelaki kan ego? aku pulak baran. eh, yeke? entah. tapi yang pasti aku jenis terus-terang. ada apa tak suka, aku cakap je terang-terang. tak suka sorok-sorok. mungkin jugak jadi penyebabnya. tapi bukan ke kalau sorok-sorok dah boleh kategori menipu?


Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

-haha. ini susah nak jawab. kalau dengan aku tak bahagia, apakah dengan orang lain dia CONFIRM boleh bahagia selamanya? [ini jawapan yang selalu dia bagi kat aku, sebenarnya. haha]


Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

-omaigod. entah. aku tak rasa aku childish dan manja yang mengada-ngada. manja untuk merajuk dengan orang tersayang tu, wajib lah ada. tapi merengek-rengek just not my style.


Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik-asyik restoran yang sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

-macam aku cakap tadi, tengah patah kaki. so memang takde makna nak buat lawatan sambil belajar sekarang. dan aku tak tahu pulak patah kaki tu menyebabkan dia cari orang yang punya 'kaki lebih' dan lagi dekat. macam tu pun boleh ke? hello!


Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

-haha. aku harap sangat dia bukan jenis macam ni. amin.


Ada Orang  Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

-tak puas hati tu macam takde, tapi sokongan dari teman rapat memang berkurangan dah sekarang. maklum lah, pisang dah berbuah banyak kali dah ni. dem!



selalu berdoa macam ni - kalau memang aku ada jodoh dengan dia, aku pohon agar jodoh diperkuatkan dan dipanjangkan. tapi kalau dah memang bukan jodoh aku dengan dia, aku harap aku boleh lupakan dia. kredit to Cik Usahawan yang ajar aku masa aku down dulu. thanks!




tapi, aku memang tak pernah faham perempuan yang menyibuk dengan hak orang lain. apa, dia tak pernah fikir ke perasaan kaum sejenis yang lain tuh? jenis menyambar hak orang ni memang macam perempuan murahan. setuju?

No comments: