Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, October 1, 2010

Ralat #53 - Kisah Malam Jumaat

semalam, jam 0100 pagi mentalipon Mr.Magoo seadanya macam rutin harian yang biasa. tapi panggilan tak dijawab.

kemudian, jam 0200 pagi Mr.Magoo mentalipon balik.


'saya eksiden la'

'huh? kat mana?'

'kat area rumah kawan'

'tadi call awak tak angkat, ingatkan dah tidur'

'jumpa kawan tadi'

'awak ok?'

'ok, kereta je. sport rim patah. sekarang dah tukar spare tyre'

'nasib baik takde pape. awak nak balik mana? tidur la dulu kejap. awak ok ke tak? mengantuk tak?'

'ok. dah tak ngantuk dah. nak balik la ni'

'ok, dah sampai nanti sms me ye?'

'oke'


jam 0300 pagi, masih tak dapat sms. aku kemudian mentalipon lagi tapi tak dijawab. mungkin sahaja sudah sampai dan terus pejamkan mata. kepenatan. malas nak kacau.

aku pun lelapkan mata sama.

jam 0500 pagi, ada panggilan masuk lagi. ya, dari beliau.





'hello'


'hello. saya eksiden lagi'

'hah? kat mana pulak?'

'dekat area KL. langgar divider. kereta terbalik'

'terbalik?'

'ya, 4 tayar kat atas'

'isk. tadi call awak tak angkat, ingat awak dah sampai and tidur. malas nak kacau. awak ok tak?'

'ok. sakit sikit je. langgar sebelah kiri. takde pape'

'hmm. sekarang ni kat mana?'

'tumpang orang hantar balik ke office'

'huhu. kenapa tak berhenti rehat tadi? awak sedar tak awak terlelap?'

'sedar. masa kereta dah berpusing'

'nasib baik awak tak pape kan?'

'itu lah. ramai yang datang tolong'

'oh nasib baik lah kalau macam tu'

'tapi kan diorang mintak upah la pulak'

'awak bagi ke?'

'haah. sorang 50 hengget. tapi yang hantar saya balik tu siap mintak 200. saya kata takde'

'eh, bunguknye. ada jugak orang macam tu. tak ikhlas langsung. patut la baik sangat datang tolong'

'itu lah. tapi takpe la. sebab diorang jaga barang-barang saya'

'takde ke barang yang hilang?'

'entah. minyak wangi macam takde. minyak hitam pun saya terlupa nak masukkan dalam kereta tadi'

'minyak wangi mana? yang saya suka tu ke?'

'haah'

'eee. benci nya. jahat betul ambik kesempatan macam tu'

'itu lah. souvenir yang haritu pun diorang amik. kata nak bagi anak. haha. lepas tu telefon pun diorang mintak tukar dengan telefon diorang. tapi saya kata dalam ni banyak dokumen'

'eee. sengal punya orang. semua pun nak pow. isk. nasib baik awak takde pape ye'

'haah'

'nanti ada apa-apa awak bagitahu ye. awak pergi la tidur dulu'

'oke'



mode ; marah pada kaki pow yang terlibat. walaupun banyak dah tolong, tapi consider la sikit. orang baru lepas eksiden dah terang-terang la rugi banyak. ini lagi mahu pow. dah la mintak depan-depan. apa punya orang daa~ nauzubillah.






entri banyak dialog sikit. aku tak reti nak elaborate macamana sebab aku pun tengah nak adapt apatah lagi beliau. hope everything will be fine ye dear Mr.Magoo. 2 kali eksiden dalam satu hari will be too much to accept. syukur awak selamat.

No comments: