Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, October 13, 2010

Kisah #23 - Awak Nampak Biru, eh Gemok La

bulan lepas [cerita dah berbulan-bulan, tapi baru rasa nak taip ; pemalas], semasa semua orang sedang gembira dengan hari raya, kuih raya, baju raya, kasut raya, dan hantu raya, aku pun turut serta beraya.

makan semua yang ada. isi semua ke dalam perut. amik yang itu. makan yang ini. suap yang itu. telan yang ini.

sudahnya, berat badan naik serta merta.

Si Emak pulak memang biarkan alat penimbang tu dekat luar.

aku, Si Enam dan Si Lima sangat fanatik menimbang berat badan. eceh. Si Lima memang aku tak boleh nak lawan. kekurusan yang melampau dalam keluarga, apatah lagi baru lepas accident. makin menurun berat badan dengan ketinggian jugak melampau.

satu hari tu, kena pergi beraya rumah pakcik. waktu petang, dah panas. malas nak mandi, so takkan la pakai baju kurung. tambah pulak dah lebih 3 hari beraya. memang baju kurung dah kena kurung.

so, dalam kepala otak memang dah fikir nak pakai satu blouse ni, yang aku perasan kalau aku pakai takkan nampak gegem yang ada.

sekali bila aku pakai, mak ai, tak boleh sorok gegem di perut! macamana blouse feveret mengecewakan aku sebegini rupa?

tidak!

terus tukar plan. kebas blouse Si Enam. tapi blouse yang nampak macam baju mengandung tuh, kalau pakai memang nampak kau bertambah-tambah la kembang.

tukar lagi!

terus aku pakai t-shirt putih pemberian Si Satu. walaupun nampak jugak kekembangan aku, tapi bila dalam kepala otak set nampak kurus sikit, aku on je la.

dah sampai rumah pakcik, macam ralat pulak rasanya. sebab sepupu sepapat semua elok berbaju kurung - ada gaya beraya. amik kau, pergi beraya pakai t-shirt gambar Thailand dengan jeans sahaja. tsk tsk.

angkara kegemukan melampau la nih.




masa aku try blouse tuh, Si Lima selamba je bagi komen.

'a'ah la. nampak gemuk. pinggang dah takde'

ceh, hampagas punya adik.



so sekarang saya tengah diet. ulang taip, DIET. sekian.



No comments: