Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, October 21, 2010

Pengumuman Tidak Penting!


kemungkinan besar, aku akan tiada di depan lappy samada untuk berbelog atau bermukabuka dalam masa seminggu atas sebab-sebab yang akan aku cerita di kemudian hari. 

harap maklum.

sila lah rindukan saya!

Tuesday, October 19, 2010

Aku Jawab Tag

Tag daripada bakal kakak ipar. takde benda nak update. jawab tag pun jadi lah. ye tak?


1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?.
Nyawa. eceh.

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri?.
aiskrim vanilla.

3. Dimanakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?.
belum nak kahwin. tema mungkin simple but nice. eceh lagi.

4. Adakah ada sedang bercinta sekarang?.
aku sedang ingin bercinta.

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
kalau jadi hubby, lama lah. kalau tak jadi hubby, tunggu sampai aku jumpa hubby. hahah.

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang anda beli?
berzaman dah. hilang ingatan.
7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?
di dalam tidur. hahah.

8. Apakah nama penuh anda?
Cik Ralat anak kepada Si Ayah.

9. Antara mak and ayah mana yang anda lebih mesra.
dengan Si Emak mesra pesen lain. dengan Si Ayah mesra pesen lain. yang penting, mesraaaa.

10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
tak paham soalan. tsk tsk.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri!.
ya. sendirian berhad sambil berdiri.

12. Dimanakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
entah. dulu-dulu macam berlagak nak pergi Paris. sekarang macam gilakan Korea pulak. esok-esok tak tahu lah.

13. Pililh satu, peluk atau cium?.
atau.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?.
-dalam belog aku, aku panggil dia Si Dua-dua.
-sebab dia tunang Si Dua
-otomatik dia akan jadi ahli keluarga terbaru aku. 

15. 5 benda yang ada sayang dalam hidup anda?
- nyawa, anggota tubuh badan, part by part kecuali lemak. ini boleh kira benda ke? ceh!
- Encik Johnny
- Cik Lappy
- segala jenis handphone yang beli pakai duit sendiri berserta dengan sim card nya sekali
- my Mr. Magoo

16. 5 lagu yang selalu anda dengar?
selalu berubah-ubah ikut carta Hitz.fm.

17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan dimanakah anda menyambutnya tahun lepas?
akhir bulan Juli. tahun lepas ye? mintak maaf, lupa.

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag? (click to the name)
e- siapa-siapa je lah yang ada lebih masa.

19: Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag?
beliau ketua rumah saya!

Thursday, October 14, 2010

Ralat #54 - Awak Curang Ye?

Sakitnya hati! Orang yang kita cintai telah berlaku curang dalam diam.

Paling teruk, ada yang melakukannya terang-terangan di depan mata!



Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yang telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit-sikit anda menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

-sehari mungkin 2 kali je aku telefon. kalau lebih dari tu mungkin sebab on the spot rasa nak telefon. bosan dan punya hal penting. tapi tak tahu lah kalau dia rasa aku mengongkong. heh.


Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

-marah? memang haritu dia kena marah. sebab aku rasa nak marah. eh tak tak. sebab aku rasa dia buat salah dan perkara yang tak boleh nak consider, so aku naik marah. 


Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

-ini selalu berlaku di pihak aku. tsk tsk. rasa hodoh, buruk, tak menarik dan sebagainya perasaan negatif yang ada.


Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus etc sehingga berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka-suka, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

-ya, memang berjauhan sikit. tambah-tambah sekarang dia dah patah kaki. maybe sebab tu dia sibuk nak cari yang dekat je? entah lah.


Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

-ini pun berlaku di pihak aku je. haha. dia sibuk, aku free.


Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

-kadang-kadang hambar kalau dia not in the mood. kalau aku not in the mood, memang aku berterus terang je. tak boleh layan lama-lama nanti rasa nak marah. haha.


Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

-ini macam terkena batang hidung betul. aku menjadi pengganti yang datang masa dia tengah tonggeng terbalik dengan kekecewaan yang lama. apakah?


Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

-dia memang ego. haha. nama kedua lelaki kan ego? aku pulak baran. eh, yeke? entah. tapi yang pasti aku jenis terus-terang. ada apa tak suka, aku cakap je terang-terang. tak suka sorok-sorok. mungkin jugak jadi penyebabnya. tapi bukan ke kalau sorok-sorok dah boleh kategori menipu?


Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.

-haha. ini susah nak jawab. kalau dengan aku tak bahagia, apakah dengan orang lain dia CONFIRM boleh bahagia selamanya? [ini jawapan yang selalu dia bagi kat aku, sebenarnya. haha]


Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

-omaigod. entah. aku tak rasa aku childish dan manja yang mengada-ngada. manja untuk merajuk dengan orang tersayang tu, wajib lah ada. tapi merengek-rengek just not my style.


Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik-asyik restoran yang sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

-macam aku cakap tadi, tengah patah kaki. so memang takde makna nak buat lawatan sambil belajar sekarang. dan aku tak tahu pulak patah kaki tu menyebabkan dia cari orang yang punya 'kaki lebih' dan lagi dekat. macam tu pun boleh ke? hello!


Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

-haha. aku harap sangat dia bukan jenis macam ni. amin.


Ada Orang  Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

-tak puas hati tu macam takde, tapi sokongan dari teman rapat memang berkurangan dah sekarang. maklum lah, pisang dah berbuah banyak kali dah ni. dem!



selalu berdoa macam ni - kalau memang aku ada jodoh dengan dia, aku pohon agar jodoh diperkuatkan dan dipanjangkan. tapi kalau dah memang bukan jodoh aku dengan dia, aku harap aku boleh lupakan dia. kredit to Cik Usahawan yang ajar aku masa aku down dulu. thanks!




tapi, aku memang tak pernah faham perempuan yang menyibuk dengan hak orang lain. apa, dia tak pernah fikir ke perasaan kaum sejenis yang lain tuh? jenis menyambar hak orang ni memang macam perempuan murahan. setuju?

Wednesday, October 13, 2010

Kisah #23 - Awak Nampak Biru, eh Gemok La

bulan lepas [cerita dah berbulan-bulan, tapi baru rasa nak taip ; pemalas], semasa semua orang sedang gembira dengan hari raya, kuih raya, baju raya, kasut raya, dan hantu raya, aku pun turut serta beraya.

makan semua yang ada. isi semua ke dalam perut. amik yang itu. makan yang ini. suap yang itu. telan yang ini.

sudahnya, berat badan naik serta merta.

Si Emak pulak memang biarkan alat penimbang tu dekat luar.

aku, Si Enam dan Si Lima sangat fanatik menimbang berat badan. eceh. Si Lima memang aku tak boleh nak lawan. kekurusan yang melampau dalam keluarga, apatah lagi baru lepas accident. makin menurun berat badan dengan ketinggian jugak melampau.

satu hari tu, kena pergi beraya rumah pakcik. waktu petang, dah panas. malas nak mandi, so takkan la pakai baju kurung. tambah pulak dah lebih 3 hari beraya. memang baju kurung dah kena kurung.

so, dalam kepala otak memang dah fikir nak pakai satu blouse ni, yang aku perasan kalau aku pakai takkan nampak gegem yang ada.

sekali bila aku pakai, mak ai, tak boleh sorok gegem di perut! macamana blouse feveret mengecewakan aku sebegini rupa?

tidak!

terus tukar plan. kebas blouse Si Enam. tapi blouse yang nampak macam baju mengandung tuh, kalau pakai memang nampak kau bertambah-tambah la kembang.

tukar lagi!

terus aku pakai t-shirt putih pemberian Si Satu. walaupun nampak jugak kekembangan aku, tapi bila dalam kepala otak set nampak kurus sikit, aku on je la.

dah sampai rumah pakcik, macam ralat pulak rasanya. sebab sepupu sepapat semua elok berbaju kurung - ada gaya beraya. amik kau, pergi beraya pakai t-shirt gambar Thailand dengan jeans sahaja. tsk tsk.

angkara kegemukan melampau la nih.




masa aku try blouse tuh, Si Lima selamba je bagi komen.

'a'ah la. nampak gemuk. pinggang dah takde'

ceh, hampagas punya adik.



so sekarang saya tengah diet. ulang taip, DIET. sekian.



Monday, October 11, 2010

Tahukah Anda?

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. 

Brilliant Father

Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: “I will choose my own bride!”
Father: “But the girl is Bill Gates’s daughter.”
Son: “Well, in that case…ok”


Next Father approaches Bill Gates.

Father: “I have a husband for your daughter.”
Bill Gates: “But my daughter is too young to marry!”
Father: “But this young man is a vice-president of the World Bank.”
Bill Gates: “Ah, in that case…ok” 


Finally Father goes to see the president of the World Bank. 

Father: “I have a young man to be recommended as a vice-president.”
President: “But I already have more vice- presidents than I need!”
Father: “But this young man is Bill Gates’s son-in-law.”
President: “Ah, in that case…ok”


Wednesday, October 6, 2010

Chinta

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itu juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA..




PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

Tuesday, October 5, 2010

Kalau Berpacaran




Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah




i heart this song.

Friday, October 1, 2010

Ralat #53 - Kisah Malam Jumaat

semalam, jam 0100 pagi mentalipon Mr.Magoo seadanya macam rutin harian yang biasa. tapi panggilan tak dijawab.

kemudian, jam 0200 pagi Mr.Magoo mentalipon balik.


'saya eksiden la'

'huh? kat mana?'

'kat area rumah kawan'

'tadi call awak tak angkat, ingatkan dah tidur'

'jumpa kawan tadi'

'awak ok?'

'ok, kereta je. sport rim patah. sekarang dah tukar spare tyre'

'nasib baik takde pape. awak nak balik mana? tidur la dulu kejap. awak ok ke tak? mengantuk tak?'

'ok. dah tak ngantuk dah. nak balik la ni'

'ok, dah sampai nanti sms me ye?'

'oke'


jam 0300 pagi, masih tak dapat sms. aku kemudian mentalipon lagi tapi tak dijawab. mungkin sahaja sudah sampai dan terus pejamkan mata. kepenatan. malas nak kacau.

aku pun lelapkan mata sama.

jam 0500 pagi, ada panggilan masuk lagi. ya, dari beliau.





'hello'


'hello. saya eksiden lagi'

'hah? kat mana pulak?'

'dekat area KL. langgar divider. kereta terbalik'

'terbalik?'

'ya, 4 tayar kat atas'

'isk. tadi call awak tak angkat, ingat awak dah sampai and tidur. malas nak kacau. awak ok tak?'

'ok. sakit sikit je. langgar sebelah kiri. takde pape'

'hmm. sekarang ni kat mana?'

'tumpang orang hantar balik ke office'

'huhu. kenapa tak berhenti rehat tadi? awak sedar tak awak terlelap?'

'sedar. masa kereta dah berpusing'

'nasib baik awak tak pape kan?'

'itu lah. ramai yang datang tolong'

'oh nasib baik lah kalau macam tu'

'tapi kan diorang mintak upah la pulak'

'awak bagi ke?'

'haah. sorang 50 hengget. tapi yang hantar saya balik tu siap mintak 200. saya kata takde'

'eh, bunguknye. ada jugak orang macam tu. tak ikhlas langsung. patut la baik sangat datang tolong'

'itu lah. tapi takpe la. sebab diorang jaga barang-barang saya'

'takde ke barang yang hilang?'

'entah. minyak wangi macam takde. minyak hitam pun saya terlupa nak masukkan dalam kereta tadi'

'minyak wangi mana? yang saya suka tu ke?'

'haah'

'eee. benci nya. jahat betul ambik kesempatan macam tu'

'itu lah. souvenir yang haritu pun diorang amik. kata nak bagi anak. haha. lepas tu telefon pun diorang mintak tukar dengan telefon diorang. tapi saya kata dalam ni banyak dokumen'

'eee. sengal punya orang. semua pun nak pow. isk. nasib baik awak takde pape ye'

'haah'

'nanti ada apa-apa awak bagitahu ye. awak pergi la tidur dulu'

'oke'



mode ; marah pada kaki pow yang terlibat. walaupun banyak dah tolong, tapi consider la sikit. orang baru lepas eksiden dah terang-terang la rugi banyak. ini lagi mahu pow. dah la mintak depan-depan. apa punya orang daa~ nauzubillah.






entri banyak dialog sikit. aku tak reti nak elaborate macamana sebab aku pun tengah nak adapt apatah lagi beliau. hope everything will be fine ye dear Mr.Magoo. 2 kali eksiden dalam satu hari will be too much to accept. syukur awak selamat.