Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, September 28, 2010

Kisah #22 - Jiwa Celaru Aku Keliru

banyak benda nak cerita, tapi kemalasan melanda bilamana aku start nak tekan button 'New Entry' tambah pulak dengan kelajuan streamyx yang berpada-pada membuatkan aku seringkali membatalkan niat untuk berceloteh di sini.

sekarang fikiran tengah kusut masai sebab masih lagi cuba nak mengatur langkah demi langkah dalam menyiapkan tesis tambah pulak dengan tekanan yang sedikit demi sedikit dirasai bilamana memikirkan Oktober makin hampir.

aku cuak!

tapi mujur lah proses ini tidak diburukkan lagi dengan tekanan daripada Si Cekgu yang nampaknya semakin melonggarkan segala kekangan dan arahan yang selama ini menghantui diri ini. eceh. aku tak pasti pun perubahan ini akan kekal pada Si Cekgu, tapi buat masa sekarang aku sangat bersyukur.

walaupun sebenarnya, semalam baru je dapat panggilan rindu dari Si Cekgu yang sedikit sebanyak menggugat keharmonian rumah tangga, eh hidup aku tapi aku berjaya buat tak tahu dengan mengambil kira isu yang lebih penting iaitu mengutamakan apa yang lebih utama untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, walaupun berkemungkinan besar akan memberi sedikit impak kepada apa yang penting buat aku tu.

takpaham? aku pun.

namun aku percaya bahawasanya tindakan aku adalah betul buat masa sekarang sebab aku memang macam dah tak pandai nak buat dua kerja serius dalam satu masa. aku boleh pengsan dan pening nak fikir mana satu lagi penting dan langkah mana yang perlu aku buat terlebih dahulu.

maka aku terpaksa buat keputusan ini.

melangkah kaki ke lab bilamana kawan-kawan lain sudah berjaya menulis separuh tesis. tsk tsk.

pray for me dear friends!

No comments: