Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, September 5, 2010

Edisi Puasa #8 - Terlampau

dah lama tak datang penyakit malas-nak-update-blog, tapi baru-baru ini ia muncul lagi. maka menjadi jawapan kenapa hanya 7 entri sahaja sepanjang bulan Ramadhan. apa, puasa 7 hari je ke kamu ni Cik Ralat oi?

eh, tak tak. tanda kuat beribadah ke? tak jugak. tapi tanda penyakit malas-nak-update-blog tu datang balik.

*senyum*

sekarang dah minggu terakhir puasa dah.

aku pun dah kembali ke hutan tropika. aku pun tak tahu kenapa aku datang balik, sebab sewajarnya kalau mengikut matematik bebudak homesick seperti aku, maka lebih elok kiranya aku stay saja kat kampung lepas balik cuti merdeka tempoh hari. sila rujuk entri bawah.

tapi sebab aku rasa terlampau rajin kot, makanya aku datang balik ke sini dengan niat nak settlekan eksperimentasi dan kerja-kerja dalam lab. nak buat larutan baru, cuci substrat baru, timbang serbuk baru, buat pallet baru. eh, dah macam too much information sahaja.

sesungguhnya aku susah nak dapat sifat terlampau rajin ni sebab aku mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan juga kawan-kawan.

cerita pasal terlampau ni, hari ni kecoh dengan isu iklan hari raya TV3 kononnya berbau satu agama.

aku dah tengok dah dan memang terlampau membatasi had agama kita.

video kat sini dan penjelasan kat sini.

at first tengok, tak boleh nak describe - ini iklan apakah?

dengan bunga lotus, pakcik berkopiah putih lagak macam Encik Santa, sangat tidak kena ye. lagi terkejut bila dah teliti satu-satu memang nampak ada benda lain yang nak diterapkan sama.

ini tidak adil! eceh.

ramai orang yang menentang, buat satu group dekat Mukabuku dan start berkempen. good job!

seriously cakap, aku memang suka tengok orang-orang ini bersatu. suka bilamana masih ada mata-mata yang teliti memandang, masih ada hati-hati yang tidak mahu diperkotak-katikkan, masih ada jiwa-jiwa yang kekal berpegang pada tali Allah. insyaAllah, semuanya akan selamat.

oh, mintak dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan akidah kami ini terpesong Ya Tuhan.

Amin~

No comments: