Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, September 21, 2010

Edisi Kereta #9 - Surat Cinta dan Dot Dot Dot

tadi, sewaktu mode rajin aku diactivatekan, maka aku berhijrah dari satu lab ke lab lain. konon nak hantar sample, siapkan bahan-untuk-jadi-sample.

dengan itu, aku bertemankan Encik Johnny melalui liku-liku perjalanan seorang pelajar yang sedang rajin. tu pun sebab tempoh belajar dah nak habis. isk.

tiba-tiba, nampak la satu kereta buatan nasional yang dipandu oleh bukan warganegara kita meluncur laju, straight je ke arah aku. ya, bertentangan dengan aku dalam lane yang sama.

aku optimis, mungkin dia nak masuk simpang tapi jenis malas nak bagi signal.

malangnya, tekaan aku meleset belaka.

[ewah, sekali sekala buat ayat cerpen]

kereta tu jalan straight je, aku pulak yang kena mengelak. macam jalan itu dia yang punya. nasib baik aku tak bawak laju sebab dalam kawasan kampus dan aku jarang langgar had laju dalam kawasan macam ni. eceh.

belakang kereta tu, ada motosikal lalu. penunggang motosikal tu macam tahan gelak tengok aku buat muka blur. tak pun, dia pun konpius sama.

seminit lepas tu, baru aku terfikir.

apasal lambat sangat tindak balas aku nak bunyikan hon? jem! aku memang dah lama nak hon orang yang bawak kereta selamba ikut mak bapak dia je.

haritu sekali masa puasa pertama, aku pernah hon seekor kancil yang tiba-tiba buat u-turn depan aku masa aku tengah laju sebab lambat beli barang nak masak untuk bukak puasa. aku pun masa tu tak sempat nak buat u-turn dan terpaksa lalu jalan luar keliling satu kampung tu sebab jalan sangat la busy dan kereta tak putus-putus. tsk tsk.

semalam pulak, aku TERparking tempat yang tak-boleh-park-kereta-bila-akreditasi-dijalankan.

*buat muka tak bersalah*

memang masa sampai tu aku dah curiga dah, sebab banyak parking lot kosong and ada label setiap parking kosong as if dah dichop untuk seseorang dan mestilah orang yang penting. masa aku nak masuk tu pun ada kon 2 bijik, tapi oleh sebab Encik Johnny ni tidak la sasa sangat, maka boleh lepas halangan tu.

lepas tu, masa aku dah dalam keadaan was-was nak tarik handbreak ke tak, ada lagi sebuah kereta mini lalu kat sebelah dan beliau jugak berjaya melalui halangan yakni 2 kon tersebut menyebabkan aku berfikir bahawasanya keberadaan Encik Johnny di situ tidak akan mengganggu-gugat penghuni alam semesta yang lainnya.

keluar dengan penuh yakin dan terus menuju ke lab tanpa pandang belakang. eceh.

tapi masa nak balik tu, ada la jugak terasa macam ada kemungkinan je Encik Johnny untuk kena clamp. tsk tsk.

sebab tu bila dah nak balik, terus menuju ke depan Encik Johnny.

ada surat cinta yang berbunyi seperti di bawah;

'SILA ALIHKAN KENDERAAN ANDA SEBELUM PIHAK KESELAMATAN MENGAMBIL TINDAKAN. TQ'



*buat muka tak bersalah*

No comments: