Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, August 9, 2010

Ralat #52 - Sepatutnya Begini, Tapi Aku Begitu

antara sebab musabab yang aku saja buat-buat sebab nak meralat.
  • sepatutnya, aku pergi buat part-time job last weekend dengan tujuan nak cari extra income. tapi aku tak jadi pergi sebab kononnya takde teman bilamana Si Ketua Rumah yang nak jadi partner aku tiba-tiba kena jaga anak-anak, ibu-ibu kucing yang kurang sihat.
  • sepatutnya, aku dah siapkan bab 1 dan 2 dalam tesis aku. tapi aku tak dapat teruskan bab 2 sebab kena pergi mentelaah buku-buku tebal dekat library yang memang sedari dulu aku jarang jejaki oleh sebab peristiwa berdarah, eh hitam itu.
  • sepatutnya, aku kurangkan nafsu makan sebab alang-alang dah nak puasa, tambah pulak azam konon nak kurangkan jisim badan. tapi, makin bertambah-tambah pulak jumlah makanan yang masuk dalam mulut sehari-hari. eh, ayat betul ke? lantak lah.
  • sepatutnya, aku pergi lagi buat part-time job weekend ni, dengan alasan sama - nak extra pocket money. tapi aku terhabiskan hujung minggu aku di rumah sahaja oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan berkaitan dengan tukang bagi kerja itu.
  • sepatutnya, aku buat kerja aku - tesis, paper, journal bla bla bla pada waktu hujung minggu yang tidak berjaya apply part-time job. tapi aku pulak duk habiskan masa dengan mafia mafia mafia sahaja - games di mukabuku dengan sangat komited dan konsisten. tsk tsk.
  • sepatutnya, aku dah tidur waktu ni memandangkan aku dah janji pada diri sendiri kononnya, nak pejamkan mata lebih awal daripada biasa. tapi aku pulak duk bersusah payah habiskan entri ni dan menaip dalam gelap entah kenapa. jem!

No comments: