Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, August 9, 2010

Kisah #20 - Selendang dan Tudung

tadi pagi, saja gatal nak pakai tudung yang berlipat-lipat dah berbulan-bulan tersimpan dekat rak sebab malas nak guna iron nak menyeterika.

tapi sebab konon-konon terasa nak menjadi Hari Hijau sedunia, maka terpaksa samakan jugak dengan baju di samping boleh mengasah kembali teknik-teknik menyeterika tudung.

ya, nak iron tudung kena ada teknik. terima kasih.

tapi aku bukan nak kongsi cara nak iron tudung, sebab aku rasa aku pun masih terkial-kial lagi iron. tsk tsk.

first time aku perasan iron tudung punya cara adalah semasa ralit temankan Si Satu iron tudung untuk raya puasa entah tahun bila. tapi masa tu, baru aku duk perhati betul-betul dan hapal dalam kepala otak seterusnya mengaplikasikan sendiri di hostel.

lepas tu, aku cerita sama Si Rumet yang ketika itu juga sedang iron tudung dengan saiz yang lebih lebar daripada aku punya.

'saya baru tahu camana nak iron tudung dengan betul'

eh, macam skema je. tapi memang macam tu kalau cakap dengan Si Rumet, sambil perasan comel.

'camana?'

'macam yang awak buat ni la'

'la, saya dah lama kan iron macam ni'

'err. saya tak perasan pulak'

jadi, tadi pun aku cuba la nak iron dengan gaya yang sama seperti Si Satu dan Si Rumet.

tapi entah kenapa, aku mesti nak kena ulang tayang, eh ulang iron banyak kali sebab kedut tak hilang. menyampah la kalau asyik buat kerja yang sama berulang-ulang tanpa hasil yang memuaskan. maka secara tidak langsung mulut aku akan pom pang pom pang dan sesi bercakap dengan diri sendiri pon bermula.

kalau zaman muda remaja dulu, eh, sekarang pun masih muda remaja jugak tambah jelita lagi [sila muntah kat tempat lain], aku akan cepat je mengamuk kalau lepas iron tudung dengan bersungguh-sungguh dan berpeluh sebagai bukti kukuh, tapi kedut tak nak jugak hilang.

memang geram!

rupanya sampai sekarang pun skill aku masih kurang.

sebab tu aku lagi prefer pakai selendang.

walaupun berbelit-belit kemas sampai susah nak nafas, dan pernah kena tegur dengan Si Dua sebagai memakai jaring atas kepala, ah lantak lah! yang penting tak payah kena iron.

macamana nak iron kalau tudung tu adalah berbentuk jaring atau bahasa tudung adalah pashmina net. tapi kalau tak berjaring pun, biasa aku akan iron sekali je - selepas basuh. lepas tu takde iron dah, lepas dah pakai pun elok je aku gantung sesedap rasa kat mana aku suka, tapi bila nak pakai balik, memang takkan nampak kedut tu.

samada aku terer hide kedut ataupun kedut tu terer hide diri sendiri. eh. tak logik.

walaupun muka nampak bulat masa pakai selendang berbelit-belit, tapi jimat masa dan ketika. ini bagi pendapat aku lah.

cuma nya, aku jugak punya musim nak pakai selendang atau tudung. kadang-kadang pakai selendang terasa macam overdose bergaya, apalagi kalau semata-mata nak pergi beli burger di hujung jalan sana. maka elok la pakai tudung je.

dulu selalu jugak ambil kelas tambahan dengan Si Gagah sebab beliau suka bereksperimentasi dengan selendang-selendang baru, cara pemakaian terkini dan macam-macam lagi. secara tidak sengaja, aku dan Si Ketua Rumah akan ikut teruja sama. tapi beliau dah tak tinggal di hutan tropika lagi. tsk tsk.

sekarang ada Si Usahawan yang memang kekal bergaya dengan selendang, tapi sangat busy mencari rezeki dan senantiasa mengeluarkan diri, maka tak punya masa untuk beramah mesra seperti biasa.

jadi sudah tidak punya idola untuk bereksperimentasi lagi.

kembali ke pangkal jalan - pakai tudung pun boleh.

maka terkial-kial lah aku mengasah balik skill iron tudung. tsk tsk.

anda pulak bagaimana? selendang atau tudung?

1 comment:

ex said...

wei..pkai jaring atas kapla..wakakaka..pkai la tudung ariani..keke