Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, August 1, 2010

Kisah #19 - Projek Kemahiran Hidup

semalam.

bosan-bosan. sorang-sorang. lapar-gila.

jadi, dalam kepala otak mesti mahu decide - nak makan apa, kat mana, pukul berapa, lagi nak pergi mana, nak beli apa, dan sekian sekian alam sahaja yang tahu.

maka, isi perut dengan nasi beriani gam, beli pulak air bergas nak buang rasa muak di kemudian hari selepas makan banyak [gila, jadual diet hilang tah ke mana], dan paling penting pergi beli gam UHU nak lekatkan skrin W960i saya itu!

oh ya, lupa nak bagitahu kan. selepas kena hantar hospital, skrin henpon saya itu sudah tidak mahu lekat lagi. selalu nak jadi lengkung entah sebab apa. nampak separa cacat pun ada. maka, minggu kedua selepas baiki, aku bawak pergi hospital lagi sekali. boleh pulak orang tu cakap, 'skrin ni memang dia letak double-sided tape je'. isk, punya la mahal henpon gunapakai double-sided tape je kat dalam? ceh, harap kat luar je hensem. eh, terkutuk henpon sendiri pulak.

ok, berbalik pada cerita semalam.

semua dah setel. barang-barang yang list dalam kepala otak sudah masuk dalam plastik, dan pulang ke pangkal jalan.

syahdu je bila balik rumah kosong.

siap bagi salam dekat kucing-kucing, supaya rasa hidup sikit rumah ni.

nak makan pun berteman, pergi je la makan depan tv, nescaya banyak teman makan yang berbulu dan berekor panjang pelbagai warna datang meneman. isk.

selepas sesi mengisi perut, maka sesi Projek Kemahiran Hidup pulak.

dah calit-calit gam UHU, aku nak tampal balik skrin tu. boleh pulak touchscreen tu buat dunno je. aku dah start saspen dah, takkan rosak lagi. melayang lagi duit karang.

bulan ni aku nak puasa dari membazir. erk. bulan lepas punya simpanan lesap begitu je, cukup akhir bulan, memang aku pun cukup je makan. takde nak buat baki bawa ke depan langsung. isk. pun cerita lain.

berbalik kepada projek aku, boleh kata beberapa kali jugak la, aku sapu gam, lekat, bukak, sapu gam, lekat dan bukak lagi sekali.

sebab everytime aku sapu gam tu, touchscreen bertukar jadi kesan degil [taknak ikut cakap saya]. dah tu taknak function pulak. naya je.

lepas 3 kali buat benda sama, baru touchscreen nak jadi budak baik dan bertindak mengikut arahan. lepas dah rasa Projek Kemahiran Hidup agak berjaya, aku tindih henpon dengan kamus dwibahasa, moga-moga gam tu cepat lekat. isk.

maka, begitu la cerita bosan saya semalam.

sekian, terima kasih sebab sudi membaca. hahah!

No comments: