Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, August 14, 2010

Edisi Puasa - Ralat

hari ni banyak kesilapan yang tercatat dalam diari hidup.

eh, bukan hari ni je. akhir-akhir ni, sejak aku kurangkan kedatangan ke lab dan membuat keputusan sendirian berhad bahawasanya aku boleh siapkan tesis di rumah. cerita lain.

sekarang mahu cerita soal hati dan perasaan. eceh.

masuk mode jiwang - bertukar!

eh eh. takde apa-apa lah. cumanya hari ni terisi slot-slot yang tidak best sebagai memori untuk puasa ketiga dan juga hari lahir beliau. apa kaitan?

entah di mana silapnya, berselisih faham buat kesekian kalinya dan kedua-dua pihak taknak angkat bendera putih, sudahnya mata putih menjadi merah disebabkan operasi mencuci mata berlaku. tsk tsk.

*malu sekejap*

ish, dah besar panjang pun perangai mengada-ngada macam budak kecik. err, saya maksudkan diri saya. bukan awak. tapi awak tu memang dah tua dan matang patut jugak sedar diri. err. mintak maaf. terikut perasaan marah yang masih berbisa.

sudahnya, aku bertemankan Encik Johnny round-round sekitar lebuhraya sunyi tu dengan kepala otak yang diset - apa nak jadi, jadi lah. kalau ditakdir aku 'habis' malam ni, sure kau menyesal.

ewah! macam orang hilang akal, hilang agama, takde ibubapa je lagaknya.

tapi alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi dengan jayanya tapi skill untuk parking masih boleh dibaiki. sob sob.

melepas terawikh berjemaah saya tau?

apa-apa pun, selamat hari tua pada awak dan semoga awak ingat apa yang berlaku pada tanggal lahir awak dalam tahun 2010 di bulan Ramadhan yang mulia ni.

*gosok hidung lagak samseng*

No comments: