Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, August 25, 2010

Edisi Puasa #6 - Dialog Bersama Jin. eh, Si Cekgu

ni sambungan entri bawah. rasa macam tak lengkap kalau tak masukkan sesi dialog. ceh!


'awak pergi bendahari tak?'

'tak. kenapa?'

'nak mintak tolong hantar borang ni. takpe lah. lagipun awak naik bas kan?'

'err'

*nak tipu ke taknak? nak bagitahu ke nak tipu? isk*

'tak. saya drive'

'ye? awak dah beli kereta?'

*buat muka terkejut dia*

'kereta apa? kancil?'

'tak lah. Encik Johnny'

'oh'


*sambung buat kerja - rujuk entri bawah*


'awak cuti bila eh?'

'oh, pasal tu cekgu, saya nak mintak cuti Isnin ni'

'ok la. takpe. lagipun saya dah tak bayar awak kan'

'ok'


*sambung buat kerja lagi*



'eh, saya nak you buat journal lagi la'

'err'

'you tak banyak tau journal. yang paling banyak Si Merah tu ha'

'erm. ok. tapi saya nak fokus aplikasi ni dulu'

'ok, lepas siap awak buat journal baru eh?'

'ok, saya cuba'

'tapi macamana you nak buat eksperimen? you balik awal?'

'err. balik awal? oh, saya balik minggu ni je. lepas tu saya datang balik. baru cuti raya'

'oh'



yang pasal Encik Johnny tu memang tak boleh blah. gelak je dalam hati.