Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 24, 2010

Edisi Puasa #5 - Hari Blur Saya

hari ni pagi aku dikejutkan oleh sms dari Si Cekgu.

terkejut jugak sebab dah lama tak bermesra alam dengan beliau, maka cerita pasal beliau pon takde la dalam ni. lagi satu, aku memang berniat taknak share dah apa-apa pasal beliau selagi boleh sebab menjadi punca perselisihan faham antara aku dengan Mr.Magoo. again and again. sampai naik menyampah.

aku bangun, tenyeh mata, baca sms, cuba pahamkan dan pejam mata balik.

lepas tu, as expected - telefon pulak berbunyi. tunggu ending ringtone, baru jawab sebab cuba hilangkan suara-orang-macam-baru-bangun-tido.

ok, memang nak kena bangun betul-betul dan bergerak jumpa beliau.

rupanya nak suruh aku submit report yang aku hantar awal bulan Julai sebab katanya nak kena submit pada orang atasan hujung bulan Julai. eh, sekarang kan dah hujung bulan Ogos?

pandai kan beliau, suruh aku jadi orang terakhir yang check dan submit sekaligus menjadikan aku orang yang bertanggungjawab jika sekiranya ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku.

dah lah report tu pun, aku yang buat yang tulis yang isi yang semua la segala bagai. isk.

well, aku orang bawahan, terpaksa jugak la ikut arahan, orang yang berada di atasan. ceh!

tapi, bila masuk lab balik, Si Pembantu 1 dan 2 takde. lepas tu ada pulak sesi soal jawab antara tuan punya lab dengan orang berbangsa asing. lepas tu pulak ada pulak student bangsa asing lain cakap dengan student bangsa asing lain. lepas tu pulak ada student sibuk print thesis. bunyi printer tu sangat memeritkan telinga. dem!

argh!!

terus larikan diri masuk lab dan membebel sorang-sorang sambil membaca jampi serapah, eh ayat suci Al-Quran mana yang bagus untuk tenangkan perasaan.

mak ai! dugaan bukan main kuat.

terus buat list things to do dalam kepala otak. sort it as well as i can, and then baru rasa tenang sikit.

padahal takde la pandai sangat pun sort sebab aku masih keliru tak tahu yang mana satu aku nak dahulukan. Si Cekgu didahulukan, pencapaian diutamakan atau graduate didahulukan, thesis disiapkan.

tengahari sikit baru lab partner datang.

terus tak bagi salam apa, aku lancar je mengeluarkan bait-bait kata yang memang dari tadi aku hafal sewaktu ber dalam lab. cerita semua segala serbi tentang pertemuan dengan Si Cekgu.

dan mungkin tahap blur aku sangat tinggi sehingga boleh dikesan oleh Si Pembantu 2 yang bertanyakan ;

'Cik Ralat kenapa? blur je?'

'aaaa. ya, memang blur tahap dewa ni'

tsk tsk.

apa yang perlu aku buat? mana satu aku nak buat dulu?


aku selalu tak suka nak jumpa Si Cekgu sebab aku rasa bila aku jumpa je dia, she will ruin my day, my whole day! demmit. aura dia tu memang mampu menyerap semua kegembiraan dalam hidup aku walaupun secebis.

No comments: