Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, August 20, 2010

Edisi Puasa #4 - Kebaboom!!

sepatutnya diisi dalam slot ralat, tapi sebab puasa hanya sebulan, maka nak penuhkan edisi puasa je lah.

sebelum aku mulakan bicara, molek lah kiranya aku memberi sepatah dua kata yakni mukadimah semoga kalian paham status diri aku ketika ini iaitu aku sedang berusaha untuk menjadi rajin dan merealisasikan impian dan harapan seorang Cik Ralat dan Si Cekgu dan Orang Kampong untuk menghabiskan pengajian.

maka dengan itu, pada minggu ini Cik Ralat yakni aku telah berusaha sedaya upaya bangkit dari katil dan keluar dari rumah mencari rezeki, eh membawa diri ke lab kesayangan.

minggu ni belum miss lagi tau!

*clap clap*

walaupun hanya 3 jam je menunjukkan muka di lab.

okey, kembali kepada tajuk di atas dan juga mukadimah panjang yang telah diringkaskan, maka ingin aku ceritakan mengenai kejadian ralat yang menimpa diri ini pada tanggal 9 Ramadhan 1431H.

hari ni, masuk lab dengan niat nak coating lapisan kedua ke atas lapisan pertama, tapi oleh sebab larutan lapisan kedua itu sudah lama aku sediakan, maka pada hemat aku, eloklah kiranya aku menghangatkan kembali larutan lapisan kedua itu demi masa depan bersama.

tapi, aku LUPA NAK BUKA PENUTUP KELALANG KON yang berisi larutan lapisan kedua itu semasa aku membiarkan di atas mesin pengacau dengan suhu 50 darjah celcius! dem.

aku yang sedang blur di luar lab langsung melupakan mengenai proses penghangatan itu sambil dengan rajinnya mencetak tesis sambil bermasyarakat dengan Si Pembantu 1 dan Si Pembantu 2 yang sibuk bermain counterstrike! tsk tsk.

tiba-tiba.

*sila masukkan muzik saspen di sini*

kebaboom!!

bunyi letupan kedengaran.

aku dan Si Pembantu 1 dan 2 terus serentak berdiri tegak gaya macam nak nyanyi lagu kebangsaan dengan muka separa terkejut.

apakah?

dalam kepala aku duk fikir sampel yang sedang dibakar, bukan larutan lapisan kedua tersebut. aku benar-benar lupa pasal larutan lapisan kedua itu. tsk tsk.

saksi kejadian iaitu Si Sepai meluru keluar dan menceritakan detik-detik cemas tersebut.

aku trauma. eh, kaget lebih betul kot.

aku terus keluar dan ambil penutup hidung juga gloves sebab larutan lapisan kedua mempunyai ammonia yang berbau sangat best untuk hidung sensitif macam aku ni.

tapi oleh sebab saspen, aku nak pakai glove pon dah tak terer. skills melayang sama seperti serpihan-serpihan kelalang kon dan juga larutan lapisan kedua yang terpercik di merata tempat.

dem!

tapi, nasib baik dengan bantuan dan sifat keprihatinan Si Pembantu 1 dan 2 yang banyak membantu, maka kami berjaya membersihkan lab itu daripada serpihan kaca yang aku buat sekaligus dengan kaca-kaca lama dan aku menamakan operasi ini sebagai Operasi Kebersihan Lab.

dalam sejam jugak bertungkus-lumus menyedut kaca-kaca halus dan mengelap larutan lapisan kedua yang singgah di dinding lab. lepas tu terus susun bahan buangan kimia, menyusun bikar-bikar mengikut Ketua Ops iaitu Si Pembantu 1, menyapu dan menyedut semua sampah kecil dan mengemaskini susun atur barang di atas meja.

Si Sepai pun datang membantu selepas bertafakur di surau selepas kejadian berlaku.

syukur beliau selamat sebab larutan lapisan kedua tidak mengandungi apa-apa asid melainkan cecair biasa dan juga ammonia yang hanya mungkin memudaratkan deria bau.

harap cerita ni tak sampai kepada Si Cekgu, tapi aku hanya mampu tunggu dan lihat.

tinggal lagi beberapa bulan nak habis, boleh pulak ada edisi kebabom yep! ish. memang silap aku, alpa dan juga cuai. tapi aku manusia biasa, tidak lari dari kesalahan. ceh! semoga kejadi kebabom ini adalah yang pertama dan terakhir. amin.



kepala jem sekejap lepas tu sebab trauma. eceh!

No comments: