Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, August 15, 2010

Edisi Puasa #2 - Setiap Manusia Buat Kesilapan

aktiviti aku selepas bersahur adalah on lappy dan bermapia. bang bang bang!

eh, tipu!

rasa macam setiap masa je lappy aku ni on, kecuali masa aku tengah tido. tu pun kadang-kadang on jugak kalau ada download movie terkini dan sensasi. mungkin sebab tu la jugak Si Lappy ni kadang-kadang meragam, gaya macam orang tua. isk.

maka semalam aku melakukan aktiviti aku seperti yang tertera di atas dan berbicara sama kawan-kawan di atas talian.

tiba-tiba kawan tu cakap dah azan Subuh.

aku pun cepat-cepat keluar bilik dan sound sama Cik Usahawan yang sedang mengunyah separuh nasi goreng bahawasanya dah azan. beliau pun konpius sekejap - maklum lah, orang baru bangun sahur.

lepas tu terus pergi basuh tangan, berkumur dan sebagainya.

aku pulak berlari keluar ke balkoni untuk memastikan azan Subuh sayup-sayup kedengaran. biasanya Si Ketua Rumah yang selalu dapat dengar. aku pulak selalu dengar azan yang kedua, yang lebih jelas dan kuat dari surau berhampiran. tapi Si Ketua Rumah tak bangun sahur pulak semalam.

telinga aku pun macam tak cukup skills je, ditambah pulak dengan suara pelakon Nur Kasih - cerita yang dicadangkan untuk ditengok semasa sahur oleh Cik Ceria. apakah?

lepas tu, sama-sama bermuafakat membawa berkat bahawasanya azan belum lagi berkumandang dan Cik Usahawan dijemput kembali meneruskan suapan terakhir sambil aku memohon maaf.

yang tak boleh blah, dialog Cik Ceria yang berbunyi begini;

'uish, tak dengar lagi azan. sambung makan balik. kesian dia, kamu ni Cik Ralat oi! membazir 2 minit waktu makan dia yang dah tak berapa nak ada tu'

'tee hee hee'

aku gelak dengan muka tak bersalah sambil masuk bilik.

rupa-rupanya baru aku perasan kawan yang cakap dah azan tadi tu, berada di selatan tanah air. isk. sebelum ni beliau elok je berada kurang sejengkal dari kediaman kami dalam Google Earth tapi sebab balik kampong, maka koordinat sudah jauh berbeda. jem!


oh ya, azan Subuh berkumandang beberapa minit kemudian, tapi Cik Usahawan berjaya habiskan nasi dalam pinggan.

sorry Cik Usahawan ya?

No comments: