Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, August 27, 2010

Edisi Puasa #7 - Balik Kampung

esok pagi akan bertolak pulang ke kampung halaman bersama Si Dua dengan menggunakan khidmat Encik Johnny demi operasi Mari Berbuka Puasa Bersama Orang Kampong dan juga sambutan merdeka.

doakan kami selamat pergi dan kembali.

ya, aku akan datang balik ke bumi bertuah hutan tropika ni sebab banyak lagi benda tak setel walaupun aku dah dapat greenlight daripada Si Cekgu yang membenarkan aku untuk stay sahaja di kampong sehingga raya aidilfitri!

sila jeles sekarang.

*buat muka eksen*

ok, mahu siap-siap masuk tidur sebab malam nanti ada agenda bersahur dengan kosmet pulak.

selamat malam dunia!

Wednesday, August 25, 2010

Edisi Puasa #6 - Dialog Bersama Jin. eh, Si Cekgu

ni sambungan entri bawah. rasa macam tak lengkap kalau tak masukkan sesi dialog. ceh!


'awak pergi bendahari tak?'

'tak. kenapa?'

'nak mintak tolong hantar borang ni. takpe lah. lagipun awak naik bas kan?'

'err'

*nak tipu ke taknak? nak bagitahu ke nak tipu? isk*

'tak. saya drive'

'ye? awak dah beli kereta?'

*buat muka terkejut dia*

'kereta apa? kancil?'

'tak lah. Encik Johnny'

'oh'


*sambung buat kerja - rujuk entri bawah*


'awak cuti bila eh?'

'oh, pasal tu cekgu, saya nak mintak cuti Isnin ni'

'ok la. takpe. lagipun saya dah tak bayar awak kan'

'ok'


*sambung buat kerja lagi*



'eh, saya nak you buat journal lagi la'

'err'

'you tak banyak tau journal. yang paling banyak Si Merah tu ha'

'erm. ok. tapi saya nak fokus aplikasi ni dulu'

'ok, lepas siap awak buat journal baru eh?'

'ok, saya cuba'

'tapi macamana you nak buat eksperimen? you balik awal?'

'err. balik awal? oh, saya balik minggu ni je. lepas tu saya datang balik. baru cuti raya'

'oh'



yang pasal Encik Johnny tu memang tak boleh blah. gelak je dalam hati.

Tuesday, August 24, 2010

Edisi Puasa #5 - Hari Blur Saya

hari ni pagi aku dikejutkan oleh sms dari Si Cekgu.

terkejut jugak sebab dah lama tak bermesra alam dengan beliau, maka cerita pasal beliau pon takde la dalam ni. lagi satu, aku memang berniat taknak share dah apa-apa pasal beliau selagi boleh sebab menjadi punca perselisihan faham antara aku dengan Mr.Magoo. again and again. sampai naik menyampah.

aku bangun, tenyeh mata, baca sms, cuba pahamkan dan pejam mata balik.

lepas tu, as expected - telefon pulak berbunyi. tunggu ending ringtone, baru jawab sebab cuba hilangkan suara-orang-macam-baru-bangun-tido.

ok, memang nak kena bangun betul-betul dan bergerak jumpa beliau.

rupanya nak suruh aku submit report yang aku hantar awal bulan Julai sebab katanya nak kena submit pada orang atasan hujung bulan Julai. eh, sekarang kan dah hujung bulan Ogos?

pandai kan beliau, suruh aku jadi orang terakhir yang check dan submit sekaligus menjadikan aku orang yang bertanggungjawab jika sekiranya ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku.

dah lah report tu pun, aku yang buat yang tulis yang isi yang semua la segala bagai. isk.

well, aku orang bawahan, terpaksa jugak la ikut arahan, orang yang berada di atasan. ceh!

tapi, bila masuk lab balik, Si Pembantu 1 dan 2 takde. lepas tu ada pulak sesi soal jawab antara tuan punya lab dengan orang berbangsa asing. lepas tu pulak ada pulak student bangsa asing lain cakap dengan student bangsa asing lain. lepas tu pulak ada student sibuk print thesis. bunyi printer tu sangat memeritkan telinga. dem!

argh!!

terus larikan diri masuk lab dan membebel sorang-sorang sambil membaca jampi serapah, eh ayat suci Al-Quran mana yang bagus untuk tenangkan perasaan.

mak ai! dugaan bukan main kuat.

terus buat list things to do dalam kepala otak. sort it as well as i can, and then baru rasa tenang sikit.

padahal takde la pandai sangat pun sort sebab aku masih keliru tak tahu yang mana satu aku nak dahulukan. Si Cekgu didahulukan, pencapaian diutamakan atau graduate didahulukan, thesis disiapkan.

tengahari sikit baru lab partner datang.

terus tak bagi salam apa, aku lancar je mengeluarkan bait-bait kata yang memang dari tadi aku hafal sewaktu ber dalam lab. cerita semua segala serbi tentang pertemuan dengan Si Cekgu.

dan mungkin tahap blur aku sangat tinggi sehingga boleh dikesan oleh Si Pembantu 2 yang bertanyakan ;

'Cik Ralat kenapa? blur je?'

'aaaa. ya, memang blur tahap dewa ni'

tsk tsk.

apa yang perlu aku buat? mana satu aku nak buat dulu?


aku selalu tak suka nak jumpa Si Cekgu sebab aku rasa bila aku jumpa je dia, she will ruin my day, my whole day! demmit. aura dia tu memang mampu menyerap semua kegembiraan dalam hidup aku walaupun secebis.

Friday, August 20, 2010

Edisi Puasa #4 - Kebaboom!!

sepatutnya diisi dalam slot ralat, tapi sebab puasa hanya sebulan, maka nak penuhkan edisi puasa je lah.

sebelum aku mulakan bicara, molek lah kiranya aku memberi sepatah dua kata yakni mukadimah semoga kalian paham status diri aku ketika ini iaitu aku sedang berusaha untuk menjadi rajin dan merealisasikan impian dan harapan seorang Cik Ralat dan Si Cekgu dan Orang Kampong untuk menghabiskan pengajian.

maka dengan itu, pada minggu ini Cik Ralat yakni aku telah berusaha sedaya upaya bangkit dari katil dan keluar dari rumah mencari rezeki, eh membawa diri ke lab kesayangan.

minggu ni belum miss lagi tau!

*clap clap*

walaupun hanya 3 jam je menunjukkan muka di lab.

okey, kembali kepada tajuk di atas dan juga mukadimah panjang yang telah diringkaskan, maka ingin aku ceritakan mengenai kejadian ralat yang menimpa diri ini pada tanggal 9 Ramadhan 1431H.

hari ni, masuk lab dengan niat nak coating lapisan kedua ke atas lapisan pertama, tapi oleh sebab larutan lapisan kedua itu sudah lama aku sediakan, maka pada hemat aku, eloklah kiranya aku menghangatkan kembali larutan lapisan kedua itu demi masa depan bersama.

tapi, aku LUPA NAK BUKA PENUTUP KELALANG KON yang berisi larutan lapisan kedua itu semasa aku membiarkan di atas mesin pengacau dengan suhu 50 darjah celcius! dem.

aku yang sedang blur di luar lab langsung melupakan mengenai proses penghangatan itu sambil dengan rajinnya mencetak tesis sambil bermasyarakat dengan Si Pembantu 1 dan Si Pembantu 2 yang sibuk bermain counterstrike! tsk tsk.

tiba-tiba.

*sila masukkan muzik saspen di sini*

kebaboom!!

bunyi letupan kedengaran.

aku dan Si Pembantu 1 dan 2 terus serentak berdiri tegak gaya macam nak nyanyi lagu kebangsaan dengan muka separa terkejut.

apakah?

dalam kepala aku duk fikir sampel yang sedang dibakar, bukan larutan lapisan kedua tersebut. aku benar-benar lupa pasal larutan lapisan kedua itu. tsk tsk.

saksi kejadian iaitu Si Sepai meluru keluar dan menceritakan detik-detik cemas tersebut.

aku trauma. eh, kaget lebih betul kot.

aku terus keluar dan ambil penutup hidung juga gloves sebab larutan lapisan kedua mempunyai ammonia yang berbau sangat best untuk hidung sensitif macam aku ni.

tapi oleh sebab saspen, aku nak pakai glove pon dah tak terer. skills melayang sama seperti serpihan-serpihan kelalang kon dan juga larutan lapisan kedua yang terpercik di merata tempat.

dem!

tapi, nasib baik dengan bantuan dan sifat keprihatinan Si Pembantu 1 dan 2 yang banyak membantu, maka kami berjaya membersihkan lab itu daripada serpihan kaca yang aku buat sekaligus dengan kaca-kaca lama dan aku menamakan operasi ini sebagai Operasi Kebersihan Lab.

dalam sejam jugak bertungkus-lumus menyedut kaca-kaca halus dan mengelap larutan lapisan kedua yang singgah di dinding lab. lepas tu terus susun bahan buangan kimia, menyusun bikar-bikar mengikut Ketua Ops iaitu Si Pembantu 1, menyapu dan menyedut semua sampah kecil dan mengemaskini susun atur barang di atas meja.

Si Sepai pun datang membantu selepas bertafakur di surau selepas kejadian berlaku.

syukur beliau selamat sebab larutan lapisan kedua tidak mengandungi apa-apa asid melainkan cecair biasa dan juga ammonia yang hanya mungkin memudaratkan deria bau.

harap cerita ni tak sampai kepada Si Cekgu, tapi aku hanya mampu tunggu dan lihat.

tinggal lagi beberapa bulan nak habis, boleh pulak ada edisi kebabom yep! ish. memang silap aku, alpa dan juga cuai. tapi aku manusia biasa, tidak lari dari kesalahan. ceh! semoga kejadi kebabom ini adalah yang pertama dan terakhir. amin.



kepala jem sekejap lepas tu sebab trauma. eceh!

Wednesday, August 18, 2010

Edisi Puasa #3 - Sakit

saya sedang sakit perut!










sekian, terima kasih.




tidak punya mood mahu meralat tapi gatal nak update.

Sunday, August 15, 2010

Edisi Puasa #2 - Setiap Manusia Buat Kesilapan

aktiviti aku selepas bersahur adalah on lappy dan bermapia. bang bang bang!

eh, tipu!

rasa macam setiap masa je lappy aku ni on, kecuali masa aku tengah tido. tu pun kadang-kadang on jugak kalau ada download movie terkini dan sensasi. mungkin sebab tu la jugak Si Lappy ni kadang-kadang meragam, gaya macam orang tua. isk.

maka semalam aku melakukan aktiviti aku seperti yang tertera di atas dan berbicara sama kawan-kawan di atas talian.

tiba-tiba kawan tu cakap dah azan Subuh.

aku pun cepat-cepat keluar bilik dan sound sama Cik Usahawan yang sedang mengunyah separuh nasi goreng bahawasanya dah azan. beliau pun konpius sekejap - maklum lah, orang baru bangun sahur.

lepas tu terus pergi basuh tangan, berkumur dan sebagainya.

aku pulak berlari keluar ke balkoni untuk memastikan azan Subuh sayup-sayup kedengaran. biasanya Si Ketua Rumah yang selalu dapat dengar. aku pulak selalu dengar azan yang kedua, yang lebih jelas dan kuat dari surau berhampiran. tapi Si Ketua Rumah tak bangun sahur pulak semalam.

telinga aku pun macam tak cukup skills je, ditambah pulak dengan suara pelakon Nur Kasih - cerita yang dicadangkan untuk ditengok semasa sahur oleh Cik Ceria. apakah?

lepas tu, sama-sama bermuafakat membawa berkat bahawasanya azan belum lagi berkumandang dan Cik Usahawan dijemput kembali meneruskan suapan terakhir sambil aku memohon maaf.

yang tak boleh blah, dialog Cik Ceria yang berbunyi begini;

'uish, tak dengar lagi azan. sambung makan balik. kesian dia, kamu ni Cik Ralat oi! membazir 2 minit waktu makan dia yang dah tak berapa nak ada tu'

'tee hee hee'

aku gelak dengan muka tak bersalah sambil masuk bilik.

rupa-rupanya baru aku perasan kawan yang cakap dah azan tadi tu, berada di selatan tanah air. isk. sebelum ni beliau elok je berada kurang sejengkal dari kediaman kami dalam Google Earth tapi sebab balik kampong, maka koordinat sudah jauh berbeda. jem!


oh ya, azan Subuh berkumandang beberapa minit kemudian, tapi Cik Usahawan berjaya habiskan nasi dalam pinggan.

sorry Cik Usahawan ya?

Saturday, August 14, 2010

Edisi Puasa - Ralat

hari ni banyak kesilapan yang tercatat dalam diari hidup.

eh, bukan hari ni je. akhir-akhir ni, sejak aku kurangkan kedatangan ke lab dan membuat keputusan sendirian berhad bahawasanya aku boleh siapkan tesis di rumah. cerita lain.

sekarang mahu cerita soal hati dan perasaan. eceh.

masuk mode jiwang - bertukar!

eh eh. takde apa-apa lah. cumanya hari ni terisi slot-slot yang tidak best sebagai memori untuk puasa ketiga dan juga hari lahir beliau. apa kaitan?

entah di mana silapnya, berselisih faham buat kesekian kalinya dan kedua-dua pihak taknak angkat bendera putih, sudahnya mata putih menjadi merah disebabkan operasi mencuci mata berlaku. tsk tsk.

*malu sekejap*

ish, dah besar panjang pun perangai mengada-ngada macam budak kecik. err, saya maksudkan diri saya. bukan awak. tapi awak tu memang dah tua dan matang patut jugak sedar diri. err. mintak maaf. terikut perasaan marah yang masih berbisa.

sudahnya, aku bertemankan Encik Johnny round-round sekitar lebuhraya sunyi tu dengan kepala otak yang diset - apa nak jadi, jadi lah. kalau ditakdir aku 'habis' malam ni, sure kau menyesal.

ewah! macam orang hilang akal, hilang agama, takde ibubapa je lagaknya.

tapi alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi dengan jayanya tapi skill untuk parking masih boleh dibaiki. sob sob.

melepas terawikh berjemaah saya tau?

apa-apa pun, selamat hari tua pada awak dan semoga awak ingat apa yang berlaku pada tanggal lahir awak dalam tahun 2010 di bulan Ramadhan yang mulia ni.

*gosok hidung lagak samseng*

Wednesday, August 11, 2010

Kisah #21 - Ramadhan Datang Lagi

semalam dapat sms dari jauh. sms pertama ucapan Ramadhan yang berbunyi;

'Sekotak mancis, secawan madu,
selaut kasih, seluas rindu,
salam manis penuh syahdu,
salam Ramadhan ku ucap padamu.
selamat berpuasa, semoga ceria selalu dari Max.'

aku dengan penuh prasangka baik dan terharu terus balas. 

'Max, miss u. miss your duit raya also. haha. happy fasting. semoga Ramadhan al Mubarak membawa barakah dalam hidup anda. hehe.'

terus dia reply;

'miss your b***s and c****s also. haha'

isk. terkejut dapat sms tu, automatik tekan button delete. gilo apo mamat ni. tsk tsk. aku ingatkan beliau sudah insaf, rupa-rupanya masih di takuk lama. jem!

mungkin sebab sms pertama itu cuma lah sms yang diforward oleh orang ramai, dan diforward balik oleh beliau. dan mungkin juga sebab setonnirrojim belum lagi terikat semalam.

sila jangan contohi kelakuan tidak senonoh beliau itu. rosak!

apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

jangan lupa niat puasa esok ye.

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Monday, August 9, 2010

Kisah #20 - Selendang dan Tudung

tadi pagi, saja gatal nak pakai tudung yang berlipat-lipat dah berbulan-bulan tersimpan dekat rak sebab malas nak guna iron nak menyeterika.

tapi sebab konon-konon terasa nak menjadi Hari Hijau sedunia, maka terpaksa samakan jugak dengan baju di samping boleh mengasah kembali teknik-teknik menyeterika tudung.

ya, nak iron tudung kena ada teknik. terima kasih.

tapi aku bukan nak kongsi cara nak iron tudung, sebab aku rasa aku pun masih terkial-kial lagi iron. tsk tsk.

first time aku perasan iron tudung punya cara adalah semasa ralit temankan Si Satu iron tudung untuk raya puasa entah tahun bila. tapi masa tu, baru aku duk perhati betul-betul dan hapal dalam kepala otak seterusnya mengaplikasikan sendiri di hostel.

lepas tu, aku cerita sama Si Rumet yang ketika itu juga sedang iron tudung dengan saiz yang lebih lebar daripada aku punya.

'saya baru tahu camana nak iron tudung dengan betul'

eh, macam skema je. tapi memang macam tu kalau cakap dengan Si Rumet, sambil perasan comel.

'camana?'

'macam yang awak buat ni la'

'la, saya dah lama kan iron macam ni'

'err. saya tak perasan pulak'

jadi, tadi pun aku cuba la nak iron dengan gaya yang sama seperti Si Satu dan Si Rumet.

tapi entah kenapa, aku mesti nak kena ulang tayang, eh ulang iron banyak kali sebab kedut tak hilang. menyampah la kalau asyik buat kerja yang sama berulang-ulang tanpa hasil yang memuaskan. maka secara tidak langsung mulut aku akan pom pang pom pang dan sesi bercakap dengan diri sendiri pon bermula.

kalau zaman muda remaja dulu, eh, sekarang pun masih muda remaja jugak tambah jelita lagi [sila muntah kat tempat lain], aku akan cepat je mengamuk kalau lepas iron tudung dengan bersungguh-sungguh dan berpeluh sebagai bukti kukuh, tapi kedut tak nak jugak hilang.

memang geram!

rupanya sampai sekarang pun skill aku masih kurang.

sebab tu aku lagi prefer pakai selendang.

walaupun berbelit-belit kemas sampai susah nak nafas, dan pernah kena tegur dengan Si Dua sebagai memakai jaring atas kepala, ah lantak lah! yang penting tak payah kena iron.

macamana nak iron kalau tudung tu adalah berbentuk jaring atau bahasa tudung adalah pashmina net. tapi kalau tak berjaring pun, biasa aku akan iron sekali je - selepas basuh. lepas tu takde iron dah, lepas dah pakai pun elok je aku gantung sesedap rasa kat mana aku suka, tapi bila nak pakai balik, memang takkan nampak kedut tu.

samada aku terer hide kedut ataupun kedut tu terer hide diri sendiri. eh. tak logik.

walaupun muka nampak bulat masa pakai selendang berbelit-belit, tapi jimat masa dan ketika. ini bagi pendapat aku lah.

cuma nya, aku jugak punya musim nak pakai selendang atau tudung. kadang-kadang pakai selendang terasa macam overdose bergaya, apalagi kalau semata-mata nak pergi beli burger di hujung jalan sana. maka elok la pakai tudung je.

dulu selalu jugak ambil kelas tambahan dengan Si Gagah sebab beliau suka bereksperimentasi dengan selendang-selendang baru, cara pemakaian terkini dan macam-macam lagi. secara tidak sengaja, aku dan Si Ketua Rumah akan ikut teruja sama. tapi beliau dah tak tinggal di hutan tropika lagi. tsk tsk.

sekarang ada Si Usahawan yang memang kekal bergaya dengan selendang, tapi sangat busy mencari rezeki dan senantiasa mengeluarkan diri, maka tak punya masa untuk beramah mesra seperti biasa.

jadi sudah tidak punya idola untuk bereksperimentasi lagi.

kembali ke pangkal jalan - pakai tudung pun boleh.

maka terkial-kial lah aku mengasah balik skill iron tudung. tsk tsk.

anda pulak bagaimana? selendang atau tudung?

Ralat #52 - Sepatutnya Begini, Tapi Aku Begitu

antara sebab musabab yang aku saja buat-buat sebab nak meralat.
  • sepatutnya, aku pergi buat part-time job last weekend dengan tujuan nak cari extra income. tapi aku tak jadi pergi sebab kononnya takde teman bilamana Si Ketua Rumah yang nak jadi partner aku tiba-tiba kena jaga anak-anak, ibu-ibu kucing yang kurang sihat.
  • sepatutnya, aku dah siapkan bab 1 dan 2 dalam tesis aku. tapi aku tak dapat teruskan bab 2 sebab kena pergi mentelaah buku-buku tebal dekat library yang memang sedari dulu aku jarang jejaki oleh sebab peristiwa berdarah, eh hitam itu.
  • sepatutnya, aku kurangkan nafsu makan sebab alang-alang dah nak puasa, tambah pulak azam konon nak kurangkan jisim badan. tapi, makin bertambah-tambah pulak jumlah makanan yang masuk dalam mulut sehari-hari. eh, ayat betul ke? lantak lah.
  • sepatutnya, aku pergi lagi buat part-time job weekend ni, dengan alasan sama - nak extra pocket money. tapi aku terhabiskan hujung minggu aku di rumah sahaja oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan berkaitan dengan tukang bagi kerja itu.
  • sepatutnya, aku buat kerja aku - tesis, paper, journal bla bla bla pada waktu hujung minggu yang tidak berjaya apply part-time job. tapi aku pulak duk habiskan masa dengan mafia mafia mafia sahaja - games di mukabuku dengan sangat komited dan konsisten. tsk tsk.
  • sepatutnya, aku dah tidur waktu ni memandangkan aku dah janji pada diri sendiri kononnya, nak pejamkan mata lebih awal daripada biasa. tapi aku pulak duk bersusah payah habiskan entri ni dan menaip dalam gelap entah kenapa. jem!

Friday, August 6, 2010

Petua Tercekik Tulang

kalian pernah tak dapat e-mel berantai, pasal cara-cara nak kendalikan orang yang tengah tercekik tulang, macam ni?




(petua tercekik tulang-sebuah kisah benar)

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)

kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!" (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..

(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain-lain, tapi masih tak berjaya..

kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak aku pun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:

"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(supermanpun akan jadi mayat)





pernah tak e-mel ni terlepas kat inbox kalian?

aku first time baca pun dah gelak guling-guling. sekali dapat tahu, ini lah orangnya, penulis asal.

keretamayat nama dia.

minggu lepas, aku jalan-jalan menyinggah ke blog-blog menarik, dan tersinggah blog ni. macam menarik je.

dari berpindah-randah, terus aku stop kat blog dia dan baca dari tengahari sampai ke tengah malam, sambung pulak esoknya. tsk tsk.

satu je aku boleh cakap, menarik!

Wednesday, August 4, 2010

Sebelum Mata Terlena

Ramadhan sudah hampir tiba, kepada sesiapa yang belum habis ganti puasa tu, diharap dapat berbuat demikian dalam masa terdekat. 

terima kasih.






selamat malam dunia. 
Cik Ralat tengah belajar nak menutup mata lebih awal.

Monday, August 2, 2010

Ralat #51 - Hutang

tadi saja godek-godek website uni, check hutang, check status diri, sebab hari ni lupa pulak nak bawak thumbdrive.

memang pulang tangan kosong je la isk.

hasil dari gatal tangan hari ni, ni yang aku dapat.


 Yuran Pengajian                 RM 1,635.00.



dah tahu lama dah, tapi ingat tinggal baki kena bayar je lagi RM150, sebab NSF tanggung, tapi tak masuk lagi kot. entah.

*belum berhenti berharap*

semalam pun dah start bayar hutang pada Si Satu, hutang pada Si Ayah, hutang Encik Johnny, maka duit simpanan memang cukup untuk aku kata;

'dah, cukup je sampai sini. tak boleh belanja lagi bulan ni'

tsk tsk.





oh ya, dah masuk bulan Ogos. hari tu lupa nak wish birthday sama Si Enam. selamat hari lahir, semoga menjadi manusia yang bijaksana!

Sunday, August 1, 2010

Kisah #19 - Projek Kemahiran Hidup

semalam.

bosan-bosan. sorang-sorang. lapar-gila.

jadi, dalam kepala otak mesti mahu decide - nak makan apa, kat mana, pukul berapa, lagi nak pergi mana, nak beli apa, dan sekian sekian alam sahaja yang tahu.

maka, isi perut dengan nasi beriani gam, beli pulak air bergas nak buang rasa muak di kemudian hari selepas makan banyak [gila, jadual diet hilang tah ke mana], dan paling penting pergi beli gam UHU nak lekatkan skrin W960i saya itu!

oh ya, lupa nak bagitahu kan. selepas kena hantar hospital, skrin henpon saya itu sudah tidak mahu lekat lagi. selalu nak jadi lengkung entah sebab apa. nampak separa cacat pun ada. maka, minggu kedua selepas baiki, aku bawak pergi hospital lagi sekali. boleh pulak orang tu cakap, 'skrin ni memang dia letak double-sided tape je'. isk, punya la mahal henpon gunapakai double-sided tape je kat dalam? ceh, harap kat luar je hensem. eh, terkutuk henpon sendiri pulak.

ok, berbalik pada cerita semalam.

semua dah setel. barang-barang yang list dalam kepala otak sudah masuk dalam plastik, dan pulang ke pangkal jalan.

syahdu je bila balik rumah kosong.

siap bagi salam dekat kucing-kucing, supaya rasa hidup sikit rumah ni.

nak makan pun berteman, pergi je la makan depan tv, nescaya banyak teman makan yang berbulu dan berekor panjang pelbagai warna datang meneman. isk.

selepas sesi mengisi perut, maka sesi Projek Kemahiran Hidup pulak.

dah calit-calit gam UHU, aku nak tampal balik skrin tu. boleh pulak touchscreen tu buat dunno je. aku dah start saspen dah, takkan rosak lagi. melayang lagi duit karang.

bulan ni aku nak puasa dari membazir. erk. bulan lepas punya simpanan lesap begitu je, cukup akhir bulan, memang aku pun cukup je makan. takde nak buat baki bawa ke depan langsung. isk. pun cerita lain.

berbalik kepada projek aku, boleh kata beberapa kali jugak la, aku sapu gam, lekat, bukak, sapu gam, lekat dan bukak lagi sekali.

sebab everytime aku sapu gam tu, touchscreen bertukar jadi kesan degil [taknak ikut cakap saya]. dah tu taknak function pulak. naya je.

lepas 3 kali buat benda sama, baru touchscreen nak jadi budak baik dan bertindak mengikut arahan. lepas dah rasa Projek Kemahiran Hidup agak berjaya, aku tindih henpon dengan kamus dwibahasa, moga-moga gam tu cepat lekat. isk.

maka, begitu la cerita bosan saya semalam.

sekian, terima kasih sebab sudi membaca. hahah!