Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, July 21, 2010

Ralat #49 - My One and Only

tahniah!

pada diri sendiri, sebab dapat jejakkan kaki ke lab jugak pada hari ni walaupun orang lain dah mula tengok-tengok jam nak pergi lunch. heh.

sampai je dalam lab, ada sekeping surat putih.

eh, ada secret admirer!

suka suka.

padahal dalam hati dah tahu surat dari fakulti, saja bagi kalian saspen. ceh.

untuk kali pertama, dapat tengok surat ni - laporan kemajuan calon siswazah.

tertera jugak perakuan dari fakulti bahawasanya aku lulus dan layak meneruskan pengajian.

tapi, tunggu dulu. itu dari fakulti. jangan happy sangat. belum dapat komen daripada Si Cekgu lagi. sebab aku pernah tengok surat sama pada semester lepas ditujukan kepada Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung [Si Merah] dengan banyak catatan dan ulasan yang sangat tidak sedap didengar diberikan oleh Si Cekgu.

maka, aku bukak surat tu sepenuhnya.

baru nampak saranan dan ulasan untuk pelajar ;

tidak mengikut arahan penyelia utama [yakni dalam kes ni adalah Si Cekgu. malangnya dia seorang je penyelia aku, memang aku tak dibenarkan contact dengan penyelia kedua. cuma pinjam nama je kot] --- tidak menjawab panggilan telefon lebih dari 20 kali / tiada reply / sukar untuk dihubungi --- jarang berada di makmal dan bercuti dengan tempoh yang lama.

kejap, nak gelak guling-guling.

*gelak guling-guling*

ok, sudah.

tempoh bercuti lama tu, aku rasa masa cuti Tahun Baru Cina hari tu kot, yang mana aku dapat serangan bertubi-tubi semasa bercuti di rumah. aku balik kampung awal seminggu, sebab masa tu, aku dah bergelar full-time student, tidak lagi ditanggung oleh geran Si Cekgu.

jadi, aku berhak nak balik dan tidak dipaksa untuk datang ke lab dengan alasan 'I bayar gaji U tau. kalau tak datang lab, saya potong gaji awak!'

*sedangkan gaji/elaun dia bagi memang tak pernah full pun? apa kes?*

tapi malangnya, masa tu aku kena caci maki dengan perkataan 'bullshit' dan 'bengong' dan sebagainya, gara-gara dia hot tak dapat cari parking.

OMG!

kali kedua dia telefon untuk marah, aku dengan esak tangis marah dia balik. eh, tak tak. aku bagitahu dia, dia tak berhak nak panggil aku sedemikian rupa, semata-mata kerana mengikut amarah dia, sedangkan aku balik ke kampung selepas siapkan kerja. jadi, tidak ada apa-apa yang boleh menghalang.

tambah pulak, masa tu aku tengah stuck di jalanan. alat pun tak boleh guna. fikiran perlu ditenangkan. jadi aku pulang ke kampung halaman.

salah aku cuma aku tak bagitahu dia aku nak cuti lama, dan aku dah pun mintak maaf. tapi dia tak berhak nak cakap aku macam tu sebab dia sebagai penyelia, patut tunjuk ajar, bukan maki hamun.

dia jugak ada mengugut aku nak report pada pihak scholarship aku, pasal perangai aku. lepas tu, nak mintak duit. konon ganti rugi. apekes? tak cukup lagi ke duit dia? kalau aku punya scholar kena tarik, dia mampu bayar aku balik ke?

*konpius*


lepas dah kena marah, baru dia nak cool down. baru boleh cakap dengan nada normal, bahawasanya dia hanya mahukan kerja aku itu. so, apahal? sebelum ni tak boleh ke tanya elok-elok? perlu ke nak tinggi-tinggikan suara? perlu ke nak maki hamun dulu? mintak cara baik, tak boleh ke?

eh, emosional pulak.

then dia buat pengakuan, dia dah biasa kena panggil dan maki hamun macam tu. dan aku fikir apa kaitan dengan aku?

dia kata lagi, kalau tak boleh terima kena macam tu, tak boleh kerja dengan bangsa asing. apakah?

eh, dah terlebih maklumat pulak.

entah, sabar je la hati. lagi 1 semester.


well, i might have done something wrong, myself. i admit it. but for me, as a supervisor, you should show the good example. is it that hard? you respect other people, and people will respect you, aite. you should show me the way, not all of it, but gimme some hint on what should i do. for me, its okay if you will be harsh on me but only if you can guide me. that's all i need. now, i'm stuck with my thesis, because i don't know where to start and how to connect all the things i've done. that's when i need you, my dear Cekgu!


oh ya, kat dalam surat tu ada tulis,

jika calon berada di semester akhir ; perlu tambah masa. damn!

perakuan penyelia ; dibenar meneruskan pengajian dengan amaran.



satu salinan surat ni akan sampai ke pihak scholarship jugak. well done!


terima kasih Cekgu!

No comments: