Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, July 12, 2010

Ralat #48 - Misteri Nusantara

hujung minggu lepas, aku dinobatkan, eh diamanahkan oleh Si Ketua Rumah untuk menjadi penjaga sementara kepada anak-anak, ibu dan nenek kucing beliau yang terdiri daripada Kittu, Sarah, Bobo, Jenny, Hadi.

er, nama ejaan tu tak pasti la pulak, sebabnya kucing ni takde identification card.

nak dijadikan cerita, Bobo boleh hilang pulak.

masa tu aku sorang-sorang kat rumah. masa tengahari dah tak nampak, tapi buat tak tahu je la. sebab maybe dia duduk dekat celah-celah mana yang aku tak jumpa, dan masa tu tak bajet hilang pun.

tapi bila sebelah malam tu, macam takde jugak, terus saspen.

mula la jalankan Ops Mencari.

sana sini sinun aku belek rumah, celah kotak, belakang mesin basuh, dalam lubang toilet, belakang peti, bawah katil, sebelah tilam, dalam almari, celah rak tv, belakang rak buku, dalam tong sampah, even dalam beg sekolah, tapi tak jugak jumpa.

saspen bertambah-tambah jadik kuasa lima belas.

dah sms hosmet yang lain. tapi tetap rasa susah hati. maka terpaksa sms pada tuan punya kucing a.k.a Si Ketua Rumah.

beliau pun terus tak tenang nun jauh di utara tanah air.

aku pulak terus sambung Ops Mencari, sampai rasa macam nak give up. sebab dah penat mencari dan Bobo pulak dah lama hilang. masa tu, macam-macam tempat persembunyian yang mungkin Bobo pilih, duk berlegar-legar dalam kepala otak.

tapi bila cari tak jumpa jugak.

aku takut kalau-kalau masa aku dah jumpa, Bobo dah pun kejang.

tak sanggup.

baru sebulan setengah. comel pulak tu. mata biru, bulu oren. lain daripada yang lain. tsk tsk.

lebih malang lagi, Bobo ni la yang Si Ketua Rumah nak jual dan dah iklankan kat Mudah.my. tapi dah terpaksa turunkan iklan tu, sebab Bobo dah hilang.

sampai sekarang pun tak jumpa and bau busuk dalam mana-mana bilik pun takde, so memang takde body nye dalam rumah kot. lagi saspen.

misteri nusantara betul la kehilangan Bobo ni.




tapi aku rasa bersalah sangat. sorry Si Ketua Rumah.

5 comments:

Hilwa Klose said...
This comment has been removed by the author.
Hilwa Klose said...

aku rasa dh kne kidnap la c bobo tu.
2la g iklankan kt mudah.my kan dh kne wanted..hihi

Si Ralat said...

heheh~ mana ada orang tau exact address aku la.

eh, kamu ke yang komen kat atas tuh? ~

Hilwa Klose said...

a'ah aku komen ejaan ada slh ckit, 2yg pdm..hihi
yela mn tau org tgk c bobo yg hlg tu ada nmpk kt mudah.my 2yg dorg culik tu...hihihi

cik ani said...

huhu..ngarut2..saya dah baca yasin..harap2 dia dijumpai..pelik sangat kalau dok pikir2..