Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, July 22, 2010

Kompleks #35 - Kesulitan Yang Dialami Amat Dikesali

tadi pagi bangun dengan tak cukup tidur nye, terus main mapia! ceh, gila komited. lain kali jangan ajar diri anda addicted dengan game kat Mukabuku, tau?

lepas dah on, sambung tidur balik. tu pun lepas update dengan Mr.Magoo. kononnya sakit. ceh. err. ok, dia ada balik in my chapter. nanti story semula. get well soon!

lepas dah bangun kali kedua, bersiap-siap segala bagai, perasan makin kerap batuk pulak. dem!

dari semalam lagi, tanda-tanda halus nak batuk datang sikit-sikit. dah banyakkan minum air. lagipun tekak tak perit, cuma tadi dah asyik batuk je, maka jadi la perit.

bila dah sampai lab, rasa macam tanda-tanda pening pulak. ades! salah tidur atau terlebih tidur atau salah waktu tidur mungkin memainkan peranan.

tapi sebab perut dah berkeroncong, pergi isi dulu, dengan selera yang tak berapa wujud. lapar sangat-sangat tapi tak selera. ceh! sudah makan cepat-cepat pergi cari panadol. panadol soluble kegemaran takde pulak.

aku kan alergi sikit dengan demam ni. bahaya! nanti berlarutan pulak.

bukan antibodi lemah [taknak ngaku], tapi sejarah silam buat aku trauma nak demam. tsk tsk. nanti jadi keding lagi, kena marah dengan Si Emak lagi. tak mau!

sekarang dah nak balik, tapi nak singgah dulu jenguk sampel. dah jalan ke belum agaknya? lama benor la pulak nak buat. tsk tsk. aku tak reti nak push orang.

maybe kena start belajar dengan Si Cekgu kot. heh.

No comments: