Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, July 15, 2010

Kompleks #34 - Bila Hati Kecil Bersuara

'saya tengok awak ni macam relaks je. study tapi macam sangat relaks. macam buang masa. dah tahu boleh buat apa awal-awal lagi la siapkan'

diam.

tarik nafas panjang.

'awak tahu tak, saya punya belajar macamana? awak tahu tak perangai Si Cekgu macamana? macamana lagi nak terangkan? supaya awak faham? awak ingat saya suka ke nak belajar ni lama-lama? ingat saya nak sangat ke duduk macam ni bawah Si Cekgu yang tak membantu saya apa-apa? awak ingat saya tak fikir ke masa depan? ingat saya takde buat rancangan ke nak habiskan cepat-cepat?'

menjeling.

'macamana saya nak habis cepat kalau supervisor yang sepatutnya membimbing saya, melepaskan saya macam tu je. dia tak pernah mengajar saya nak buat itu, nak buat ini. saya terpaksa tanya orang lain, lecturer lain. sampaikan lecturer tu tanya saya;

"kamu ni dah semester berapa?"

"dah semester akhir. tapi asyik tukar tajuk, terpaksa study balik"

'saya kena buat sampel, dah buat sampel, kena analisis. nak tunggu analisis tu, kena ikut turn, tak termasuk lagi kalau mesin rosak. lagi lama nak siapkan. lepas tu lagi Si Cekgu pulak buat hal dengan setiap penjaga mesin analisis tu. duk marah orang sana sini. yang kena kesannya, kami ni. student bawah dia. semua orang taknak tolong kami. habis tu siapa nak tolong?'

'saya tahu saya pun ada jugak salah. saya tak hormat dia dah. hilang hormat saya. macamana saya nak hormat dia kalau setiap kali pun dia akan cakap saya ni biadap, dia akan kata saya ni bullshit? kalau awak, boleh la nak tahan bila orang cakap macam tu kat awak. saya tak boleh. saya ni supersensitive. dia akan kata saya ni, kalau duduk dengan supervisor lain pun, supervisor tu takkan tahan. dia tak fikir ke, yang student bawah dia tu yang selalu lari?'

'bukannya saya tak pernah hormat dia. masa awal-awal dulu, masa jadi assistant dia, saya selalu datang awal, selalu alert dan ikut dengan setiap arahan dia. sampai saya tak boleh tahan dengan sikap dia yang suka angin tiba-tiba. suka nak marah tiba-tiba. suka push saya. saya tak boleh terima'

menguap.

'dah lah, awak takkan faham. orang-orang yang duduk bawah dia je yang akan faham. tengok Si Merah tu, sampai siap boleh kawin, boleh dapat anak sambung belajar ni. tau? tengok pulak Si Rajin tu. tu kira manusia yang paling rajin di kalangan kami. berapa lama dia nak habiskan study ni? dah 2 tahun setengah dah. tu yang paling rajin tu, lelaki pulak tu. kurang sikit nak kena marah'

pejam mata.

'dah lah. balik je lah. saya bagitahu perkara betul, taknak dengar'

No comments: