Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, July 20, 2010

Kisah #18 - Alasan Saya

hari ni dah hari Selasa ya kawan-kawan. saja nak mengingatkan diri sendiri dan kalian juga, andaikata kalian hilang akal seketika.

semalam, aku bangun dan terus mandi. pukul berapa waktu bangun tu, tak payah la cerita secara detail, sebab nanti kena perli. ceh.

tapi masa mandi tu, kepala macam pusing. nak capai sabun pun silap jarak, nak bukak paip pun, silap raba. haish. tengah nak pakai baju pun, kena pegang dinding. haru betul.

ni semua sebab silap kira-kira pasal waktu tidur ni, samada terlebih atau terkurang. lepas tu, kepala la yang jadi mangsa. kejap pusing kejap mereng.

makanya, lepas bersiap-siap dan siap dan siap, aku membatalkan ekspidisi ke sekolah. lagipun nak jimat minyak. [alasan yang sangat tak boleh terima dek akal normal, ya. aku paham]. sudahnya aku berbaring dan cuba buat Bab 1 - sama seperti yang telah dirancang dalam entri sebelum ni.

rajin kan aku? ceh!

tapi, nak dijadikan cerita, hari ni pun aku cuti jugak. apehal?

tadi pun memang dah siap, sama je macam cerita semalam kecuali bab yang pusing kepala, sebab hari ni aku sihat walafiat je, cuma tidur kurang.

masa nak sambung tidur dikejutkan dengan panggilan oleh Si Cekgu. ah, terpaksa jugak menjawab. sampai bila aku nak bersembunyi kan? cewah.

beliau mintak aku jumpa jam 1600 atas sebab-sebab nak ajar buat graf. tsk tsk. bukan graf hasil daripada data aku pulak tu, tapi daripada data Si Rajin. terus jadi tak keruan.

bingkas bangun, mandi dan basahkan kepala.

Si Cekgu memang aku nobatkan sebagai tukang-kejut-aku-dari-tidur yang sangat berjaya. Si Emak pun tak mampu bagi aura macam tu, kecuali pada Hari Raya. ok, cerita lain.

dah siap punya siap, macam biasa, panggilan kedua pun masuk.

'ok la Cik Ralat. tak payah datang. saya dah solved problem tu'

yippi!

tapi, niat di hati memang nak pergi lab jugak, sebab perut mintak diisi, jiwa dan semangat pun mintak ditopap. [kalau pergi lab, sekadar berborak dengan Si Pembantu 1 dan 2 pun kadang-kadang boleh bagi semangat balik. ceh.]

tapi bila keluar bilik, Cik Ceria buat kenyataan paling best.

'dah makan ke belum? nanti Cik Abang kita nak hantar Nasi Arab yang dia masak' seraya tunjuk MMS Nasi Arab yang yummy itu.

perut tengah kosong la katakan.

maka, aku hold la nak pergi lab, sebab nak tunggu nasi-arab-pakwe-hosmet-saya. dah makan, mesti borak-borak kan? sedar-sedar dah jam 1600.

Si Cekgu pun taknak jumpa. semangat berkobar-kobar pun dah tertelan sama dengan nasi arab tadi.

jadi, hari ni tak pergi lab lagi.

*buat muka inosen*

No comments: