Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, July 28, 2010

Edisi Kereta #8 - Mari Belajar Parking

hari ni lepas rasa tahap kesihatan makin baik, bersungguh-sungguh nak pergi sekolah. eh, takde la bersungguh sangat, macam dulu-dulu jugak. tapi saja nak bagi point lebih kat diri sendiri.

tapi rupanya, sorang je hosmet yang keluar rumah. yang lain semua ada kat rumah. konpius.

hish, takleh jadi ni. cepat-cepat doa dalam hati. tolong jangan lemahkan semangat aku yang memang sedia lemau ni.

dah nak keluar, Si Cekgu called. bagi tugasan kelmarin dulu punya.

wah, nasib baik ada sebab musabab gak nak pergi sekolah. kalau tak, nanti akan dipandang serong rakan-rakan yang pelik aku pergi sekolah. tsk tsk.

lagipun dah banyak hari aku kurang praktis bawak Encik Johnny jalan-jalan. jadi sementara rasa sihat dan sedikit rajin juga sedikit sedar diri ni, elok lah kiranya aku bawak diri dulu ke sekolah. saja, nak cari alasan lain yang nampak lagi kukuh.

dan terbukti alasan kedua yang aku pilih tu memang bersebab dan wajib aku guna di lain hari.

nak tahu kenapa?

sebab hari ni aku rasa aku fail parking balik. dem!

berapa kali nak keluar masuk keluar masuk entah. dah lah ada Cik Toyota menunggu. lagi buat aku kelam kabut.

*tak suka parking bila ada orang tunggu*

macam kau cirit-birit dalam toilet, tapi ramai beratur tunggu kau kat luar. ceh.

berbalik kepada parking, dah rasa cun je parking tu, aku decide nak keluar. tapi tuan punya Cik Toyota pulak, sibuk nak buat jelingan menggoda kat aku. isk. dah nak keluar tu, jalan je la. tak payah la usha aku. hish.

tapi tengok kereta sebelah macam tak boleh nak masuk je. aku parking rapat sangat kot. sebab kalau aku ke kanan sikit, nanti langgar tembok longkang pulak. isk.

makna katanya, kena la ubah balik. tapi sipi-sipi sahaja. buat cukup syarat orang sebelah muat masuk kereta dan tak calarkan Encik Johnny.

dah ubah, aku malas dah nak fikir-fikir. terus keluar dan check belakang Encik Johnny. 2cm lagi nak cium tembok tu. err. sebenarnya memang dah TERcium la tadi, tapi aku ubah balik.

dah, elok la tu. penat nak ubah dengan space yang kecik.

sudah parking, standard la tengok-tengok balik kan.

dem, kereta sebelah tu memang parking senget la! isk. senget punya Cik Saga! tayar pun tak luruskan. susah payah je aku nak ikut dia, dah aku tersenget sekali. dah nampak aku macam tak terer parking. dah buat aku gabra. dah buat aku down.

walaupun aku memang la takde terer sangat, tapi terer tu ada la.

*buat muka bongkak*

No comments: