Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, July 28, 2010

Edisi Kereta #8 - Mari Belajar Parking

hari ni lepas rasa tahap kesihatan makin baik, bersungguh-sungguh nak pergi sekolah. eh, takde la bersungguh sangat, macam dulu-dulu jugak. tapi saja nak bagi point lebih kat diri sendiri.

tapi rupanya, sorang je hosmet yang keluar rumah. yang lain semua ada kat rumah. konpius.

hish, takleh jadi ni. cepat-cepat doa dalam hati. tolong jangan lemahkan semangat aku yang memang sedia lemau ni.

dah nak keluar, Si Cekgu called. bagi tugasan kelmarin dulu punya.

wah, nasib baik ada sebab musabab gak nak pergi sekolah. kalau tak, nanti akan dipandang serong rakan-rakan yang pelik aku pergi sekolah. tsk tsk.

lagipun dah banyak hari aku kurang praktis bawak Encik Johnny jalan-jalan. jadi sementara rasa sihat dan sedikit rajin juga sedikit sedar diri ni, elok lah kiranya aku bawak diri dulu ke sekolah. saja, nak cari alasan lain yang nampak lagi kukuh.

dan terbukti alasan kedua yang aku pilih tu memang bersebab dan wajib aku guna di lain hari.

nak tahu kenapa?

sebab hari ni aku rasa aku fail parking balik. dem!

berapa kali nak keluar masuk keluar masuk entah. dah lah ada Cik Toyota menunggu. lagi buat aku kelam kabut.

*tak suka parking bila ada orang tunggu*

macam kau cirit-birit dalam toilet, tapi ramai beratur tunggu kau kat luar. ceh.

berbalik kepada parking, dah rasa cun je parking tu, aku decide nak keluar. tapi tuan punya Cik Toyota pulak, sibuk nak buat jelingan menggoda kat aku. isk. dah nak keluar tu, jalan je la. tak payah la usha aku. hish.

tapi tengok kereta sebelah macam tak boleh nak masuk je. aku parking rapat sangat kot. sebab kalau aku ke kanan sikit, nanti langgar tembok longkang pulak. isk.

makna katanya, kena la ubah balik. tapi sipi-sipi sahaja. buat cukup syarat orang sebelah muat masuk kereta dan tak calarkan Encik Johnny.

dah ubah, aku malas dah nak fikir-fikir. terus keluar dan check belakang Encik Johnny. 2cm lagi nak cium tembok tu. err. sebenarnya memang dah TERcium la tadi, tapi aku ubah balik.

dah, elok la tu. penat nak ubah dengan space yang kecik.

sudah parking, standard la tengok-tengok balik kan.

dem, kereta sebelah tu memang parking senget la! isk. senget punya Cik Saga! tayar pun tak luruskan. susah payah je aku nak ikut dia, dah aku tersenget sekali. dah nampak aku macam tak terer parking. dah buat aku gabra. dah buat aku down.

walaupun aku memang la takde terer sangat, tapi terer tu ada la.

*buat muka bongkak*

Pada Suatu Hari #15 - Ini Belog Saya

'kenapa saya dah tak boleh baca blog awak?'

'sebab saya buat private'

'kenapa awak buat private?'

'sebab awak kata saya banyak kompelin'

'siapa boleh baca blog awak?'

'abang saya'

'lagi?'

'abang saya je'

Tuesday, July 27, 2010

Adakah Aku Sedang Bermimpi #2

apa maksud kalau mimpi kuku patah? isk.

semalam aku mimpi kuku jari kaki patah, sebab dah keras sangat, macam kuku orang tua. lepas tu, patah dengan ada sound effect lagi.

kuku jari tangan pun ada jugak. tak patah, tapi tercabut. bila aku pegang je, terus tercabut. macam sarung.

tapi ada satu lagi lapisan bawah kuku yang tercabut tu. lapisan tu hampir sama macam kuku asal, cuma lagi jernih dan macam tak keras sangat.

tsk tsk.

gara-gara demam la ni. mimpi bukan-bukan.

Sunday, July 25, 2010

Edisi Kenangan #5 - Mari Menyanyi

tiba-tiba ingat lagu ni. 

lagu zaman sekolah rendah, masa standard 4 kot, aku ada masuk competition apa tah nama dia. tapi kena nyanyi sambil menari berkumpulan.

"left, right, up and down the hill. 
faster, please come faster dear.
laughing, singing all the way.
we are all, happy everyday.
happy everyday."

dapat masuk sampai peringkat negeri, second place. cikgu yang mengajar tu, Teacher Sharifah, sangat baik dan mesra alam. lepas tu dia belanja kitorang makan KFC. first KFC dalam hidup. heh.

harap-harap Teacher Sharifah masih sihat. amin.

Saturday, July 24, 2010

Ralat #50 - Hari Tua

demam tatkala usia menginjak setahun. eceh. padahal, dari bulan Jan dah kira tua setahun.

tapi, serius aku takut setiap kali aku demam.

sebab aku tahu, memang susah nak baik dengan cepat. nasib baik dah weekend kan. boleh tidur sepuas hati, even weekdays pun aku pulun tidur puas hati jugak. heh.

sekali amik panadol, sekali berpeluh, sekali rasa lega.

lepas tu, kepala pusing balik.

haish.

kalau tak, esok boleh enjoy mandi air terjun dekat Chamang celebrate dengan rakan-rakan kelab.

nampak gaya, terpaksa la mandi air dalam bilik air di hutan tropika sahaja.

cepat lah sembuh wahai diri dan hati, sila jangan mati.




amin.

Friday, July 23, 2010

Kompleks #36 - La Tahzan

selamat hari ulang tahun kelahiran buat Cik Ralat.

semoga semakin tabah menghadapi rintangan yang makin besar dan dugaan yang makin berat seiring dengan usia yang makin meningkat. 

semoga Cik Ralat tak perlu meralat lagi. 

semoga Cik Ralat tak perlu menangis lagi. 

semoga Cik Ralat tak perlu kompleks lagi. 

semoga Cik Ralat tak perlu berkorban diri lagi.




La Tahzan ya Habibi, 
amin...

Thursday, July 22, 2010

Kompleks #35 - Kesulitan Yang Dialami Amat Dikesali

tadi pagi bangun dengan tak cukup tidur nye, terus main mapia! ceh, gila komited. lain kali jangan ajar diri anda addicted dengan game kat Mukabuku, tau?

lepas dah on, sambung tidur balik. tu pun lepas update dengan Mr.Magoo. kononnya sakit. ceh. err. ok, dia ada balik in my chapter. nanti story semula. get well soon!

lepas dah bangun kali kedua, bersiap-siap segala bagai, perasan makin kerap batuk pulak. dem!

dari semalam lagi, tanda-tanda halus nak batuk datang sikit-sikit. dah banyakkan minum air. lagipun tekak tak perit, cuma tadi dah asyik batuk je, maka jadi la perit.

bila dah sampai lab, rasa macam tanda-tanda pening pulak. ades! salah tidur atau terlebih tidur atau salah waktu tidur mungkin memainkan peranan.

tapi sebab perut dah berkeroncong, pergi isi dulu, dengan selera yang tak berapa wujud. lapar sangat-sangat tapi tak selera. ceh! sudah makan cepat-cepat pergi cari panadol. panadol soluble kegemaran takde pulak.

aku kan alergi sikit dengan demam ni. bahaya! nanti berlarutan pulak.

bukan antibodi lemah [taknak ngaku], tapi sejarah silam buat aku trauma nak demam. tsk tsk. nanti jadi keding lagi, kena marah dengan Si Emak lagi. tak mau!

sekarang dah nak balik, tapi nak singgah dulu jenguk sampel. dah jalan ke belum agaknya? lama benor la pulak nak buat. tsk tsk. aku tak reti nak push orang.

maybe kena start belajar dengan Si Cekgu kot. heh.

Wednesday, July 21, 2010

Ralat #49 - My One and Only

tahniah!

pada diri sendiri, sebab dapat jejakkan kaki ke lab jugak pada hari ni walaupun orang lain dah mula tengok-tengok jam nak pergi lunch. heh.

sampai je dalam lab, ada sekeping surat putih.

eh, ada secret admirer!

suka suka.

padahal dalam hati dah tahu surat dari fakulti, saja bagi kalian saspen. ceh.

untuk kali pertama, dapat tengok surat ni - laporan kemajuan calon siswazah.

tertera jugak perakuan dari fakulti bahawasanya aku lulus dan layak meneruskan pengajian.

tapi, tunggu dulu. itu dari fakulti. jangan happy sangat. belum dapat komen daripada Si Cekgu lagi. sebab aku pernah tengok surat sama pada semester lepas ditujukan kepada Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung [Si Merah] dengan banyak catatan dan ulasan yang sangat tidak sedap didengar diberikan oleh Si Cekgu.

maka, aku bukak surat tu sepenuhnya.

baru nampak saranan dan ulasan untuk pelajar ;

tidak mengikut arahan penyelia utama [yakni dalam kes ni adalah Si Cekgu. malangnya dia seorang je penyelia aku, memang aku tak dibenarkan contact dengan penyelia kedua. cuma pinjam nama je kot] --- tidak menjawab panggilan telefon lebih dari 20 kali / tiada reply / sukar untuk dihubungi --- jarang berada di makmal dan bercuti dengan tempoh yang lama.

kejap, nak gelak guling-guling.

*gelak guling-guling*

ok, sudah.

tempoh bercuti lama tu, aku rasa masa cuti Tahun Baru Cina hari tu kot, yang mana aku dapat serangan bertubi-tubi semasa bercuti di rumah. aku balik kampung awal seminggu, sebab masa tu, aku dah bergelar full-time student, tidak lagi ditanggung oleh geran Si Cekgu.

jadi, aku berhak nak balik dan tidak dipaksa untuk datang ke lab dengan alasan 'I bayar gaji U tau. kalau tak datang lab, saya potong gaji awak!'

*sedangkan gaji/elaun dia bagi memang tak pernah full pun? apa kes?*

tapi malangnya, masa tu aku kena caci maki dengan perkataan 'bullshit' dan 'bengong' dan sebagainya, gara-gara dia hot tak dapat cari parking.

OMG!

kali kedua dia telefon untuk marah, aku dengan esak tangis marah dia balik. eh, tak tak. aku bagitahu dia, dia tak berhak nak panggil aku sedemikian rupa, semata-mata kerana mengikut amarah dia, sedangkan aku balik ke kampung selepas siapkan kerja. jadi, tidak ada apa-apa yang boleh menghalang.

tambah pulak, masa tu aku tengah stuck di jalanan. alat pun tak boleh guna. fikiran perlu ditenangkan. jadi aku pulang ke kampung halaman.

salah aku cuma aku tak bagitahu dia aku nak cuti lama, dan aku dah pun mintak maaf. tapi dia tak berhak nak cakap aku macam tu sebab dia sebagai penyelia, patut tunjuk ajar, bukan maki hamun.

dia jugak ada mengugut aku nak report pada pihak scholarship aku, pasal perangai aku. lepas tu, nak mintak duit. konon ganti rugi. apekes? tak cukup lagi ke duit dia? kalau aku punya scholar kena tarik, dia mampu bayar aku balik ke?

*konpius*


lepas dah kena marah, baru dia nak cool down. baru boleh cakap dengan nada normal, bahawasanya dia hanya mahukan kerja aku itu. so, apahal? sebelum ni tak boleh ke tanya elok-elok? perlu ke nak tinggi-tinggikan suara? perlu ke nak maki hamun dulu? mintak cara baik, tak boleh ke?

eh, emosional pulak.

then dia buat pengakuan, dia dah biasa kena panggil dan maki hamun macam tu. dan aku fikir apa kaitan dengan aku?

dia kata lagi, kalau tak boleh terima kena macam tu, tak boleh kerja dengan bangsa asing. apakah?

eh, dah terlebih maklumat pulak.

entah, sabar je la hati. lagi 1 semester.


well, i might have done something wrong, myself. i admit it. but for me, as a supervisor, you should show the good example. is it that hard? you respect other people, and people will respect you, aite. you should show me the way, not all of it, but gimme some hint on what should i do. for me, its okay if you will be harsh on me but only if you can guide me. that's all i need. now, i'm stuck with my thesis, because i don't know where to start and how to connect all the things i've done. that's when i need you, my dear Cekgu!


oh ya, kat dalam surat tu ada tulis,

jika calon berada di semester akhir ; perlu tambah masa. damn!

perakuan penyelia ; dibenar meneruskan pengajian dengan amaran.



satu salinan surat ni akan sampai ke pihak scholarship jugak. well done!


terima kasih Cekgu!

InshaAllah - Maher Zain

someone just gave this link to me. menarik jugak even first time dengar. 

*senyum*




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around

You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late

Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

  Ooo Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way

Insha Allah

Insha Allah, we’ll find the way


amin~

Tuesday, July 20, 2010

Kisah #18 - Alasan Saya

hari ni dah hari Selasa ya kawan-kawan. saja nak mengingatkan diri sendiri dan kalian juga, andaikata kalian hilang akal seketika.

semalam, aku bangun dan terus mandi. pukul berapa waktu bangun tu, tak payah la cerita secara detail, sebab nanti kena perli. ceh.

tapi masa mandi tu, kepala macam pusing. nak capai sabun pun silap jarak, nak bukak paip pun, silap raba. haish. tengah nak pakai baju pun, kena pegang dinding. haru betul.

ni semua sebab silap kira-kira pasal waktu tidur ni, samada terlebih atau terkurang. lepas tu, kepala la yang jadi mangsa. kejap pusing kejap mereng.

makanya, lepas bersiap-siap dan siap dan siap, aku membatalkan ekspidisi ke sekolah. lagipun nak jimat minyak. [alasan yang sangat tak boleh terima dek akal normal, ya. aku paham]. sudahnya aku berbaring dan cuba buat Bab 1 - sama seperti yang telah dirancang dalam entri sebelum ni.

rajin kan aku? ceh!

tapi, nak dijadikan cerita, hari ni pun aku cuti jugak. apehal?

tadi pun memang dah siap, sama je macam cerita semalam kecuali bab yang pusing kepala, sebab hari ni aku sihat walafiat je, cuma tidur kurang.

masa nak sambung tidur dikejutkan dengan panggilan oleh Si Cekgu. ah, terpaksa jugak menjawab. sampai bila aku nak bersembunyi kan? cewah.

beliau mintak aku jumpa jam 1600 atas sebab-sebab nak ajar buat graf. tsk tsk. bukan graf hasil daripada data aku pulak tu, tapi daripada data Si Rajin. terus jadi tak keruan.

bingkas bangun, mandi dan basahkan kepala.

Si Cekgu memang aku nobatkan sebagai tukang-kejut-aku-dari-tidur yang sangat berjaya. Si Emak pun tak mampu bagi aura macam tu, kecuali pada Hari Raya. ok, cerita lain.

dah siap punya siap, macam biasa, panggilan kedua pun masuk.

'ok la Cik Ralat. tak payah datang. saya dah solved problem tu'

yippi!

tapi, niat di hati memang nak pergi lab jugak, sebab perut mintak diisi, jiwa dan semangat pun mintak ditopap. [kalau pergi lab, sekadar berborak dengan Si Pembantu 1 dan 2 pun kadang-kadang boleh bagi semangat balik. ceh.]

tapi bila keluar bilik, Cik Ceria buat kenyataan paling best.

'dah makan ke belum? nanti Cik Abang kita nak hantar Nasi Arab yang dia masak' seraya tunjuk MMS Nasi Arab yang yummy itu.

perut tengah kosong la katakan.

maka, aku hold la nak pergi lab, sebab nak tunggu nasi-arab-pakwe-hosmet-saya. dah makan, mesti borak-borak kan? sedar-sedar dah jam 1600.

Si Cekgu pun taknak jumpa. semangat berkobar-kobar pun dah tertelan sama dengan nasi arab tadi.

jadi, hari ni tak pergi lab lagi.

*buat muka inosen*

Monday, July 19, 2010

Sebelum Mata Terlena

Hidup ini susah untuk di duga..

kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang..

tapi sebenarnya jauh..

walaupun kita dapat capai dan genggam tangannya, 

tapi belum tentu hati dia dapat kita selami.. 

mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa.. 

tapi kita tak tahu apa di sebalik senyumannya... 

bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya.. 

walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai... 

rencah dunia... 

kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan.. 

sehinggalah sampai masa kita jatuh..

adakah tangan itu menghulurkan bantuan? 

fikir-fikir kan dan selamat beramal...





pinjam kata-kata dari kawan mapia, Cik Ecah~

Minggu Terakhir

esok dah hari Isnin.

minggu terakhir aku bergelar sweet 23. ceh! sweet la sangat kan.

aku dah start tulis thesis. yay!

walaupun baru masuk Bab 1 yang-entah-apa-apa tu, tapi kira ok la jugak.

1000 langkah bermula dengan langkah yang pertama. cewah.

ni semua sebab aku terambil semangat hosmet aku.

dorang macam rajin gila, asyik discuss pasal research je.

jeles tau!

oh ya, sekarang aku dah ada 3 hosmet baru.

sorang Cik Ceria, Cik Rajin dan Cik Pendiam.

hahah.

macam cukup lengkap je.

Si Gagah dan Cik Mardi dah selamat berpindah ke Bandar Sosial dan menjadi grown-ups! yippi.

aku?

belum masanya.

masih berada di bawah ketiak Si Cekgu.

*sad*

jadi, sekarang dengan segala usaha yang ada, aku akan cuba siapkan thesis Bab 1 dan Bab 2. sambil-sambil buat paper dan experiment. ewah, gila macam rajin je.

nanti hari Jumaat, aku update balik.

tengok benda alah ni menjadi ke tak.

nite nite folks!

Sunday, July 18, 2010

Pada Suatu Hari #14 - Update

'hello. buat apa, tadi tak angkat?'

'baru sudah mandi. kenapa?'

'tak, saja nak tanya. nak tukar minyak hitam, macamana?'

'pergi beli minyak hitam dengan oil filter, lepas tu suruh dia pasang la'

'ok'

'lama tak telefon?'

'tu la. handset rosak, pakai satu nombor je. em, macamana Si Lima?'

'dah elok sikit. cuma selalu pergi klinik cuci luka tu. Si Empat ada sms?'

'takde pulak. kenapa? dah ok ke dia?'

'ok la sikit. takde lah marah-marah macam haritu'

'dia buat apa sekarang?'

'tak kerja, duduk kat rumah macam tu je la'

'oh, ok la tu. Tok Wan pulak balik bila?'

'tunggu raya la kot'

'oo. so, dah takde benda nak pening-pening'

'ok la, dah boleh tidur malam. Si Satu pulak, pinjaman kereta tak lulus. banyak sangat dah dia pinjam'

'lepas tu?'

'mintak tolong Si Dua la, jadi guarantor'

'oh, nanti ok la tu'

'ha'ah. ok la, nak semayang pulak ni'

'ok, assalamualaikum'

'waalaikummussalam'




mode ; rindu Si Ayah dan Orang Kampung!

Thursday, July 15, 2010

Kompleks #34 - Bila Hati Kecil Bersuara

'saya tengok awak ni macam relaks je. study tapi macam sangat relaks. macam buang masa. dah tahu boleh buat apa awal-awal lagi la siapkan'

diam.

tarik nafas panjang.

'awak tahu tak, saya punya belajar macamana? awak tahu tak perangai Si Cekgu macamana? macamana lagi nak terangkan? supaya awak faham? awak ingat saya suka ke nak belajar ni lama-lama? ingat saya nak sangat ke duduk macam ni bawah Si Cekgu yang tak membantu saya apa-apa? awak ingat saya tak fikir ke masa depan? ingat saya takde buat rancangan ke nak habiskan cepat-cepat?'

menjeling.

'macamana saya nak habis cepat kalau supervisor yang sepatutnya membimbing saya, melepaskan saya macam tu je. dia tak pernah mengajar saya nak buat itu, nak buat ini. saya terpaksa tanya orang lain, lecturer lain. sampaikan lecturer tu tanya saya;

"kamu ni dah semester berapa?"

"dah semester akhir. tapi asyik tukar tajuk, terpaksa study balik"

'saya kena buat sampel, dah buat sampel, kena analisis. nak tunggu analisis tu, kena ikut turn, tak termasuk lagi kalau mesin rosak. lagi lama nak siapkan. lepas tu lagi Si Cekgu pulak buat hal dengan setiap penjaga mesin analisis tu. duk marah orang sana sini. yang kena kesannya, kami ni. student bawah dia. semua orang taknak tolong kami. habis tu siapa nak tolong?'

'saya tahu saya pun ada jugak salah. saya tak hormat dia dah. hilang hormat saya. macamana saya nak hormat dia kalau setiap kali pun dia akan cakap saya ni biadap, dia akan kata saya ni bullshit? kalau awak, boleh la nak tahan bila orang cakap macam tu kat awak. saya tak boleh. saya ni supersensitive. dia akan kata saya ni, kalau duduk dengan supervisor lain pun, supervisor tu takkan tahan. dia tak fikir ke, yang student bawah dia tu yang selalu lari?'

'bukannya saya tak pernah hormat dia. masa awal-awal dulu, masa jadi assistant dia, saya selalu datang awal, selalu alert dan ikut dengan setiap arahan dia. sampai saya tak boleh tahan dengan sikap dia yang suka angin tiba-tiba. suka nak marah tiba-tiba. suka push saya. saya tak boleh terima'

menguap.

'dah lah, awak takkan faham. orang-orang yang duduk bawah dia je yang akan faham. tengok Si Merah tu, sampai siap boleh kawin, boleh dapat anak sambung belajar ni. tau? tengok pulak Si Rajin tu. tu kira manusia yang paling rajin di kalangan kami. berapa lama dia nak habiskan study ni? dah 2 tahun setengah dah. tu yang paling rajin tu, lelaki pulak tu. kurang sikit nak kena marah'

pejam mata.

'dah lah. balik je lah. saya bagitahu perkara betul, taknak dengar'

Wednesday, July 14, 2010

Keep Losing My Way

And...

It is breaking me down

Watching the world spin round

While my dreams fall down

Is anybody out there?

Can anybody out there hear me?

'Cause I can't seem to hear myself

Can anybody out there see me?

'Cause I can't seem to see myself...
 
There's gotta be a heaven somewhere
 
Can you save me from this hell?

Can anybody out there feel me?

'Cause I can't seem to feel myself

Losing my way

Keep losing my way...

Can you help me find my way?












Losing My Way - JT

Monday, July 12, 2010

Ralat #48 - Misteri Nusantara

hujung minggu lepas, aku dinobatkan, eh diamanahkan oleh Si Ketua Rumah untuk menjadi penjaga sementara kepada anak-anak, ibu dan nenek kucing beliau yang terdiri daripada Kittu, Sarah, Bobo, Jenny, Hadi.

er, nama ejaan tu tak pasti la pulak, sebabnya kucing ni takde identification card.

nak dijadikan cerita, Bobo boleh hilang pulak.

masa tu aku sorang-sorang kat rumah. masa tengahari dah tak nampak, tapi buat tak tahu je la. sebab maybe dia duduk dekat celah-celah mana yang aku tak jumpa, dan masa tu tak bajet hilang pun.

tapi bila sebelah malam tu, macam takde jugak, terus saspen.

mula la jalankan Ops Mencari.

sana sini sinun aku belek rumah, celah kotak, belakang mesin basuh, dalam lubang toilet, belakang peti, bawah katil, sebelah tilam, dalam almari, celah rak tv, belakang rak buku, dalam tong sampah, even dalam beg sekolah, tapi tak jugak jumpa.

saspen bertambah-tambah jadik kuasa lima belas.

dah sms hosmet yang lain. tapi tetap rasa susah hati. maka terpaksa sms pada tuan punya kucing a.k.a Si Ketua Rumah.

beliau pun terus tak tenang nun jauh di utara tanah air.

aku pulak terus sambung Ops Mencari, sampai rasa macam nak give up. sebab dah penat mencari dan Bobo pulak dah lama hilang. masa tu, macam-macam tempat persembunyian yang mungkin Bobo pilih, duk berlegar-legar dalam kepala otak.

tapi bila cari tak jumpa jugak.

aku takut kalau-kalau masa aku dah jumpa, Bobo dah pun kejang.

tak sanggup.

baru sebulan setengah. comel pulak tu. mata biru, bulu oren. lain daripada yang lain. tsk tsk.

lebih malang lagi, Bobo ni la yang Si Ketua Rumah nak jual dan dah iklankan kat Mudah.my. tapi dah terpaksa turunkan iklan tu, sebab Bobo dah hilang.

sampai sekarang pun tak jumpa and bau busuk dalam mana-mana bilik pun takde, so memang takde body nye dalam rumah kot. lagi saspen.

misteri nusantara betul la kehilangan Bobo ni.




tapi aku rasa bersalah sangat. sorry Si Ketua Rumah.

Sunday, July 11, 2010

Hari - Hari Aku Bersama Dia Part 2

'awak bangun pukul berapa?'

'9'

'awak mandi berapa lama?'

'errr?'

'sejam?'

'takde lah'

'ni ha, paper ni kena reject. semua editor board pun reject'

'oh'

'saya nak u buat dalam English, lepas tu hantar ke website ni'

'ok'

'dalam masa seminggu'

'ok'

'u takde journal lagi kan, u kena buat journal satu, baru bole graduate'

'journal yang haritu?'

'yang tu saya punya. saya tak izinkan u amik'

diam.

'u tak solat Subuh ke bangun pukul 9?'

'solat'

'dah tu, u tido balik?'

angguk.

'u tau tak, 40 hari u buat macam tu, tido lepas solat Subuh, u akan jadi lembab. dan frankly speaking, u memang lembab'

diam. buat tak tahu. sambil belek paper.

'u patut hormat lah saya. saya ni kan lagi tua dari u. walaupun saya ni nampak...'


terus pandang muka beliau.


'walaupun saya ni nampak kecik, tapi saya dah tua, tau'


diam.

'u kata nak habis cepat. macamana nak habis cepat, kalau selalu datang lambat? u suka buat saya sakit'


diam.


'aritu Si Ibu yang-sudah-tidak Mengandung dah buat saya sakit. saya pergi klinik. mintak ubat. saya sakit saraf tau'


diam.


'ok lah, tu je'

'ok'




amik la nak menang. malas dah nak melawan. nanti kata biadap pulak.

Thursday, July 8, 2010

Kisah #17 - Mari Mencari Barang

perbualan antara aku dan Si Ketua Rumah.



'eh, budak-budak haritu ada tinggal kamus kan?'

'ha'ah'

'kat mana?'

'ni kat bawah ni'

'oh, ok'

'rajinnya buat kerja'

'eh, tak lah. main game. main cari-cari barang. hidden treasure game. haha'

'hahaha'

Tuesday, July 6, 2010

Ralat #47 - Handset

minggu ni mungkin worst week i've ever had, specifically with my handphone.

here is a list. 


Sony Ericsson W960i - ini handset paling latest aku beli, tak sampai setahun pun. tapi beliau telah merosakkan diri secara jayanya tanpa bagi amaran dalam 2 atau 3 minggu lepas. aku boleh guna lagi dengan separa cacat, sehingga lah aku hantar ke kedai untuk diservis pada hujung minggu lepas. kena tunggu satu minggu untuk mengetahui misteri nusantara di sebalik touch pad yang tak berfungsi itu.


 
Nokia 5300 - ini handset beli masa start belajar, tahun kedua mungkin. menggantikan Sony Ericsson ape-entah-aku-sudah-lupa. dengan baik hatinya, handset ni aku tinggalkan bersama-sama Si Lima yang terlantar di hospital di kampung halaman tempoh hari. 2 hari lepas, Si Ayah telefon dan bagitahu handset ni dah lesap diambil orang. damn! aku doakan pencopet tu hilang jari masa main mercun raya akan datang.



 
Nokia 2300 - handset gantian. ceh. aku dah tak pakai bila aku beli W960i. sebab beliau ada buat pe'el. tapi memandangkan aku takde pilihan lain, terpaksa guna jugak menggantikan tempat 5300 buat sementara waktu. malangnya, beliau menjadi blank serta merta sebaik sahaja aku hantar nombor 1 ke kedai. 

    sekarang?

    sekarang mintak belas ihsan Si Ketua Rumah dan pakai handset kedua beliau. trimas!


    akan datang?

    Si Pembantu 2 konon-konon macam nak jual Nokia N97 putih beliau.

    aku pulak macam berkenan yang dekat bawah ni. ceh!