Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, June 21, 2010

Ralat #46 - Nafsu

tadi setelah lama berdiri di depan cermin sambil mulut pom pang pom pang membicarakan mengenai Si Cekgu dengan bekas Si Pembantu Tidak Rasmi, terperasankan badan yang dah semakin mengembang.

oh, sungguh tidak comel.

walaupun memang la dari dulu tak pernah comel 100%, tapi comel tu ada la.

*buat muka perahsantan*

maka, terus bertekad nak dengar cakap Cikgu Diet, dan tiba-tiba program Mari Makan Secara Sihat pun muncul!

serta merta set dalam kepala, nak pergi shopping barang-barang berkhasiat sebaik sahaja jam menunjukkan angka 5 tepat dan acara makan selepas waktu tengahari juga aku batalkan.

maka, pada jam 5 petang, menonong aku pergi ke pasaraya terdekat dengan otak yang blur hingga hampir-hampir mengakibatkan eksiden terhadap Encik Johnny. tsk tsk.

maka tahap blur bertambah-tambah, nasib baik nak cari parking lepas tu tak susah sangat.

aku berjaya memborong semua barang dalam list seperti roti gandum penuh, quaker oat, buah epal, susu tepung-yang-tak-pernah-pernah-aku-minum, dan green tea berserta beberapa barang lain.

sambil-sambil mata melilau mencari barang tu semua, perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana versi heavy metal.

dalam perjalanan balik, aku terpaksa melalui satu kedai-makanan-segera.

'selamat petang cik. makan sini or take away?'

'take away. emm. snack plate satu'

'ori ke black pepper?'

'black pepper'

'nak tambah air?'

'nope'

'nak tambah cheezy wedges?'

'ok'

damn!




otak berfikir guna pakai perut yang kebulur, macam tu la jadinya. maka aku menangguh cubaan untuk diet pada esok hari, boleh? sebab aku dah TERbeli KFC.

ni semua salah abang KFC tu. saya tak salah. 

*buat muka inosen*

1 comment:

jatt said...

sudala ko...dh kuros kot..hahhahaa