Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, June 2, 2010

Ralat #44 - Pening

sekarang aku malas gila nak update blog. macam dah takde cerita menarik yang boleh aku cerita secara panjang berjela buat tatapan kalian. sekurang-kurangnya dulu aku mampu untuk buat kalian muntah setiap kali menatap matamu, eh menatap blog aku.

sekarang dah bulan 6, bulan June. bulan yang aku nanti-nantikan sebab aku aim aku akan habis experimental setidak-tidaknya pada akhir bulan 6.

ceh.

masa bulan 5, aku cakap akhir bulan 5. tapi sebab sekarang dah masuk bulan 6, so memang tak berjaya la misi aku nak mencapai target tu.

jadi bulan ni aku berikrar nak cuba habiskan bahagian experimental tu sambil writing thesis. ceh.

gila lame entry kali ni.

tapi otak aku memang tak produktif la sekarang ni. asyik fikir pasal lab, substrat, e-gun, SEM, XRD, annealing, bla bla bla.

sila muntah sekarang!

bukan nak tunjuk rajin ke apa, tapi ni nak tunjuk kerja last minute ni sebab bila aku check balik tarik aku start buat experiment ni dalam log book aku, ada la yang bertarikh 21 Januari 2009.

hampeh!

dengan menggunakan ilmu hisab yang ada, aku buat la kira-kira balik. dan baru aku sedar diri sambil buat statement menginsafkan iaitu sebenarnya aku dah hampir 2 tahun duk buang masa dan enjoy kat sini. dah 2 tahun menghambakan diri pada Si Cekgu. eceh. dan jugak dah 2 tahun aku buat experiment-yang-tak-jadi ni.

*geram*

so, aku nak cuba usaha untuk habiskan experimental dalam masa bulan ni jugak. harap berjaya la, Amin.

2 comments:

Yusaini Skullkrusher said...

Tak faham ape benda yg yg awk kaji tu..

Si Ralat said...

saya pun tak paham~