Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, June 21, 2010

Edisi Balik Kampung #6 - Pengalaman

balik mengejut minggu lepas, sebab Si Lima kemalangan. patah tulang rahang, muka bengkak dan tangan berbalut. haish.

banyak pengalaman yang aku kutip edisi kali ni.
  •  kelakar - masa dalam perjalanan ke kampung, Si Dua suruh aku baiki cermin sisi, aku pun tekan je la cermin sisi tu, boleh pulak cermin tu jatuh ke bawah. terus balik kampung tanpa cermin sisi kiri.
  • menyedihkan - pertama kali tengok muka Si Lima yang bengkak dan berjahit dengan tangan berbalut kesan kemalangan, sangat menakutkan. dah hilang muka cerianya. 
  • membanggakan - bilamana aku lihat Si Empat yang bertungkus-lumus menjaga Si Lima walaupun agak kasar, tapi aku rasa macam best, dan berharap agar ikatan kembali terjalin. eceh.
  • memenatkan - sebelum tidur selepas seharian menunggu di hospital, mengigau semasa bergayut dalam telefon. sebut perkara entah apa-apa. tak pernah aku penat sampai macam tu.
  • menakutkan - semasa nak balik ke pangkal jalan, nak memotong kereta di lebuh raya. tapi kena high beam dengan kereta belakang. Si Dua terus sergah, aku terus kuss semangat.

sampai sekarang aku jadi blur. tak tahu pasal apa. research, master, famili, dan macam-macam lagi.




Tuhan, bantu aku.

No comments: