Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, May 7, 2010

Mari Membeli Kereta #10 - Encik Johnny

maaf, entri ini baru dibuat beberapa minggu selepas entri sebelumnya. baru ada rasa jaminan, maka baru rasa ada keberanian nak publish di sini.

setelah pulang dengan kecewa-hati-terluka-macam-kena-kansel-kahwin, maka bertukar menjadi supan santun senyap dan diam tanda protes dari dalam. dalam kepala masa tu dah fikir nak amik aeroback sahaja, sebagai gantian.

mana nak cari kereta idaman lain lagi?

nasib baik, kawan kepada pak sedara ada stok lebih. eceh. kereta idaman 2 tiba-tiba ada kat kedai dia. sila hairan bin ajaib sekarang. cit.

itu namanya takdir.

maka, petang tu jugak aku pergi meninjau bakal suami baru, eh bakal kereta idaman baru. dan ye, saya berkenan!

minggu seterusnya aku pulang lagi tapi dengan senyum lebar dalam hati. dekat muka takleh nak publish lagi sebab masih sedikit ragu-ragu dan khuatir, takut terkena lagi sekali. sehabis boleh menahan keeksaitan seorang diri dan ia sangat lah membuat jiwa dan badan merana pada tahap ketiga.

sepatutnya aku dah boleh buat lompat bintang. tapi saspen punya pasal, ku tahankan saja!

selesai segala urusan, maka kereta idaman 2 dah menjadi hak milik Cik Ralat dengan meminjam nama Si Dua. terima kasih kekanda. ces.

serta merta juga kereta idaman mampu menarik minat  Si Ayah dan Si Dua yang sibuk mengkaji sana sini, nak update itu ini. aku pulak merenung je dalam-dalam, macam tak percaya dah ada depan mata!

perlu tak nak buat hip hip hurray kat situ?

seminggu berada kat hutan tropika, baru Cik Hosmet sibuk bertanya. aku memang tak pecah rahsia, sebab eksaited tu belum aku luahkan kat sapa-sapa.

cuma ada tersebut pada Si Ketua Rumah sebelum balik kali kedua, 'balik nanti maybe, bawak balik' dengan senyum melebar penuh makna. ceh.

so, dengan rasminya di sini saya nak bagitahu saya dah dapat kereta idaman saya - Encik Johnny nama diberi.




saya sayang Encik Johnny saya.

2 comments:

cik ani said...

saya rasa macam nak naik en johnny..agaknya bila la ek..g psr mlm ni la..hakhak..

Si Ralat said...

hehe. Encik Johnny berada di luar kawasan sekarang. di tangan Si Dua.