Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, May 25, 2010

Kisah #16 - MLM?

malas update blog. tak tahu pasal apa. cuma rasa malas nak menaip. malas nak fokus. malas nak bina ayat. bina badan, rajin aje. tsk tsk.

hujung minggu ni balik kampung.

buat pertama kali, bertemankan Encik Johnny. eceh.

minggu lepas dah pergi update Encik Johnny bersama-sama Si Dua, semoga perjalanan tak bosan lagi lepas ni sebab dah boleh berdondang sayang.

minggu lepas jugak Si Emak Sedara bersama anak manja dan kawan rapatnya datang menumpang kasih, eh menumpang tidur kat rumah. baru balik dari seminar berkaitan dengan MLM berhampiran hutan tropika. tu pun jenuh kena bebel pasal dia sesat jalan.

aku nak pergi amik dengan Encik Johnny, tapi rasa-rasanya biarlah menjadi rahsia dulu. ceh.

aku kan punya sejarah tragis dengan MLM [cerita lain], so aku memang tolak mentah-mentah masa Si Emak Sedara cuba nak briefing aku selepas beliau dibriefing selama sehari.

tu ok lagi, Si Dua lagi buat aniaya.

masa Si Emak Sedara konon-konon briefing, dia pun konon-konon jugak lah buat macam eksaited nak tahu. kira kalau aku, terus je jawab 'sorry, tak berminat' selepas 3 minit rombongan mak sedara tu sampai depan rumah.

ni tak. Si Dua layan punya layan sampai dia dah rasa bosan gamaknya, baru dia senyap kejap then cakap 'sebenarnya, tak berapa minat MLM ni' sambil buat muka tak bersalah.

aku gelak dalam hati je. kejam punya orang. kawan tu dah siap cakap pakej A berapa, pakej B berapa, macamana harga dan bla bla bla.

jangan buat macam tu kepada orang yang berpenat lelah menerangkan sesuatu kepada anda, terima kasih.

1 comment:

Yusaini Skullkrusher said...

say no to MLM or pyramid system..