Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, May 20, 2010

Kompleks #32 - Masa Depan

semalam, aku merajinkan diri yang telah lama tidak berfungsi untuk pergi mengupdate status borang berserta surat rayuan untuk aku gunakan peralatan di fakulti berlainan. ini sambungan cerita yang aku tulis minggu lepas.

ok, borang dah selamat ditandatangan pengesahan dan diluluskan oleh kerajaan eh, pihak atasan yang terlibat. malah orang atasan itu sempat memberi komen bahawasanya bahan-bahan yakni sampel yang ingin aku buat tu, berkemungkinan besar adalah tidak sesuai dengan kaedah sebegitu rupa.

sigh.

aku cuba untuk tidak meninggalkan komen itu lekat dalam hati.

apapun aku mesti cuba dulu. keputusan itu akan aku analisis kemudian hari. manis atau pahit, aku telan jugak, lepas tu cari la penawar. ceh.

aku ada lagi satu semester je, demmit!

tapi, tak mengapa. kita cuba dulu. harap-harap berjaya usaha kali ni walaupun takde la nampak macam berusaha sangat.

No comments: