Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, May 13, 2010

Kisah #15 - Hari Tidak Berfungsi

dah nak masuk 2 minggu aku rasa macam tak berguna ni. rasa macam nak lari dari rumah, balik kampung, jumpa mak ayah pun ada.

tensi bila tidak dapat berfungsi!

dah la jadual waktu harian pun terganggu. tidur lewat, bangun lambat, makan lewat, kenyang cepat. isk. apa kaitan. tapi yang pasti aku tak suka dengan keadaan hidup sekarang ni.

sibuk jugak menjadi active thinker sebentar. berfikir apa nak jadi, apa nak buat, apa mahu bikin. apa dan apa dan apa. tapi tindakan tak diambil.

susah nak mengambil tindakan bilamana semua kerja perlukan permission orang atasan yang kita nak boleh nampak batang hidung tu adalah satu penyeksaan. sibuk sana sini, meeting esok hari ni. fuhh!

semangat aku pun mula pudar.

tak tak, aku bukan nak salahkan orang lain. tapi bila kita buat kerja, dah nak sampai separuh and then kerja tu hanya la boleh disambung jika sekiranya orang atasan bagi kebenaran, memang boleh buatkan jiwa dan semangat rajin itu mati.

macam aku sekarang ni.

aku benci keadaan macam ni. kena berharap pada orang lain. duh.

aku target bila sampai pertengahan tahun ni, kerja aku semua akan settle dan aku boleh tumpukan pada penulisan sahaja semester depan. tu tak termasuk dengan persidangan yang Si Cekgu akan rencanakan bila masa dan ketika beliau suka. tak termasuk juga apa-apa je kejutan lain yang boleh beliau buat.

dem!

2 comments:

Yusaini Skullkrusher said...

awk ni pandai gak menulis.. awk ni cigu ker... :)

Si Ralat said...

hehe. bukan lah~