Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, May 6, 2010

Kisah #14 - Mencuba Untuk Berfungsi

tadi petang, konon-konon nak aplikasi kerajinan di dalam kepala otak kepada tingkah laku yakni mengkaji dan memahami artikel solar cell yang sudah didownload pada bulan Oktober tahun lepas dan sudah menjadi peneman aku ke sana sini sejak 2 3 hari ni.

tapi peluang nak membelek dan mengeja satu-satu perkataan dalam artikel itu adalah sangat tidak sempat.

apa yang aku sibukkan sangat, pun tak dapat dikenal pasti lagi.

ditambah pulak dengan demonstrasi pagi tadi - mengukur I-V yang sangat penting untuk kajian tahun ini. maka semangat nak study tu lebih menonjol sikit. ceh!

maka, dah sampai rumah, masuk bilik, capai artikel.

sambil berbaring, aku baca setiap bait-bait perkataan dengan otak memainkan peranan sebagai slide show, konon-konon memang cuba nak faham dengan sangat mendalam.

4 muka surat pertama berjaya aku khatamkan tanpa was-was.

muka surat seterusnya, mata aku dah mula bagi respons negatif. otak pun dah tak ada bateri nak menjadi layar impian. tangan pun dah tak boleh pegang kertas tu.

aku letak kat tepi, baca dengan ekor mata sahaja.

sila jangan tiru aksi ini di rumah.











sedar-sedar je dah Maghrib.

damn!

No comments: