Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, May 20, 2010

Edisi Kereta #7 - Cabaran

ok, ini cerita minggu lepas.

dua kali percubaan, aku drive ke pasar malam - tempat ramai orang, banyak kereta, bersimpang siur sana sini, dan juga tempat aku beli makan malam.

minggu lepas. aku pergi terlampau awal, sebab percubaan kali pertama. ciri keselamatan mesti diutamakan. tempat parkir takde masalah, sebab aku parkir jauh dari kesibukan awam. ceh.

tapi masa nak balik, aduhai.

tak jumpa jalan pulang. aku pusing satu kawasan perumahan tu dan sikit masa lagi nak masuk simpang yang menuju ke tempat pembuangan sampah.

dah berjaya mengeluarkan diri dari kawasan perumahan tu, aku cuba buat kira-kira yang pada ketika itu nampak amat bijak semata-mata untuk mengelakkan lalulintas yang sangat sibuk demi kesejahteraan bersama. tapi malangnya, itu jalan satu hala.

jadi aku terpaksa pusing lagi 2 roundabout untuk sampai ke rumah selepas itu. walaupun aku pernah membuat penyataan bahawasanya aku suka berjalan-jalan kerana sedang gila stereng, tapi masa tu aku rasa nak balik rumah cepat je.


jadi 2 hari lepas, aku mencuba lagi.

kali ni pergi agak lewat sebab hari pun tengah hujan rintik-rintik, ombak bergelora.

sebelum tu, wajib merancang nak beli apa dan apa sebagai santapan malam itu. sebab pergi sorang-sorang, maka tak menarik nak membelek-belek benda lain.

sebab dah lewat, maka parkir idaman dah dipenuhi. terpaksa parkir jauh di hujung jalan berdekatan dengan tempat buang sampah jugak. ish.

tapi kali ni, operasi berjaya.

aku tak perlu lagi menghabiskan masa dan tenaga untuk meronda-ronda jauh ke pelosok alam semata-mata sebab tersalah ambil simpang.

malangnya aku berhadapan dengan orang-yang-takut-roundabout. jenuh jugak nak tunggu dia yakin. ish.

aku pun memang la tak terer, tapi sebab hari tu operasi boleh dikatakan berjaya, maka nak lah rasanya balik cepat. tambah pulak aku memang mengidam kuey tiaw goreng dengan lada jeruk yang berjaya aku temui di pasar malam tu.

kita tunggu operasi minggu depan pulak.

1 comment: