Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, May 12, 2010

Edisi Kereta #6 - Cabaran

Jumaat lepas,

aku telah mencabar diri sendiri untuk pergi membeli Mekdi sorang-sorang.

pada ketika cuaca gelap mendung tanda nak hujan,

dengan jalan akan dipenuhi oleh umat manusia yang sedang dalam perjalanan pulang.

masa tu aku memang lapar dan mengidam Mekdi tahap kuasa keenam,

sebab dah tahan nafsu selama berbulan.



maka, aku bersedia dengan pelbagai pelan,

konon macam nak pergi berperang.

padahal aku tengah gila kelaparan,

dan hanya merasa semua tu bila hari dah petang.



masuk je kereta,

hujan turun dengan menggila.

tapi aku memang suka,

saja sebagai ujian memandu kereta.

dah tu, aku tekan je la minyak sambil mencari wiper dengan gelabahnya.



dah elok-elok tengah jalan,

boleh pulak aku tak jumpa jalan nak masuk dari depan.

maka aku dengan semangat waja tengah seronok membawa Encik Johnny mandi hujan,

aku pusing lagi sekali, sampai khatam satu tempat berhampiran.

tapi aku tetap tak jumpa jalan depan.



terus pergi Mekdi lain yang senang nak jumpa, parking, dan order sebab takde orang.

cuma amik masa sikit sebab aku order Mekdi punya ayam.

yang penting dapat isi perut dan memenuhi idaman,

tapi ayam Mekdi tu macam ada semut-sebesar-kerengga mati akibat kebakaran.

tsk tsk.

2 comments:

cik ani said...

pasni g saman McD tersebut..adoyai,semut pulak..

Si Ralat said...

hahaha. tau takpe. dah lah lama!