Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, May 21, 2010

Edisi Kenangan #4 - Ustazah dan Warden

kecoh kan pasal ustazah dengan warden ni, yang ditangkap sedang buat episod asmaradana versi murah.

maaf, anda salah masuk blog sebab aku bukan nak cerita pasal tu. aku nak cerita kisah ustazah dan warden versi aku. tak mahal tak murah, yang penting bukan ciplak.

masa zaman sekolah menengah, duduk asrama penuh, tapi setiap 2 minggu akan merayu-rayu Si Ayah suruh datang amik. siap ada balik sunat balik wajib lagi. tapi, aku memang akan balik setiap kali boleh balik pun.

dah nama duduk asrama penuh, setiap catatan nak keluar masuk pergi balik kena la bertandatangankan Si Warden. nak dijadikan cerita, aku bersekolah pulak dekat sekolah agama. ya, sekolah agama. jangan buat muka terkejut.

jadi, sudah tentu la Si Warden itu adalah Si Ustazah.

ada jugak warden lain, tapi tak famous amos macam Si Warden Ustazah ni.

nama beliau Ustazah Rokiah [bukan nama sebenar], budak-budak panggil dia Ustazah Rock, tak pun Rocky. entah, aku lupa pulak.

masa berada di bawah pemerintahan Ustazah Rocky ni, punya la azab bagi kanak-kanak yang baru nak rasa hidup best, bukan aku lah, orang lain.

aku masa zaman dulu kala adalah budak baik lagi skema dan sangat patuh peraturan. sekarang pun masih ada baki dan sisa tu. ceh!

masa tu, peraturan semua diperketatkan, terutamanya pasal aurat. tak boleh keluar bilik pakai tudung kecik, mesti bertudung labuh, lepas tu kena pakai sarung kaki, lepas tu lagi adalah benda-benda lain yang dilarang, yang aku tak berapa amik kesah sangat, sebab aku tahu aku tak buat.

aku budak baik, remember?

kan ke asrama tu memang budak perempuan je yang ada, buat apa nak bersusah-susah nak pergi lepak bilik kawan tingkat atas beria macam nak pergi sekolah? so, ada la yang protes.

kalau sampai ke pengetahuan Ustazah Rocky, maka kena la hukum.

tapi yang paling aku ingat pasal warden ni, adalah ketakutan dengan kegelisahan masa nak mintak tandatangan untuk outing atau pulang ke rumah. gabra lain macam.

padahal, dia senang je nak sign. bukan dia makan orang pun. cuma, macam orang kata lah, lidah tu kadang-kadang berbisa. sakit nak dengar kena bebel, walaupun bila dah besar panjang ni la baru kita tahu, ada gunanya nasihat yang diberi bertahun-tahun lepas tu. tsk tsk.

lepas PMR, aku pindah masuk sekolah lain, di mana warden sekolah tu tak berapa nak garang. kalau bagi salam, senyap lah dia.

aku pernah cuba, dan ia nya amatlah berkesan!

maka, begitu lah berakhirnya episod Ustazah dan Warden kita pada hari ini ya anak-anak, hingga ketemu lain kali.

aku pun dah tak tahu apa jadi dengan Ustazah Rocky. harap-harap lah sentiasa sihat hendaknya, dan terima kasih atas semua tunjuk ajarku sifu!, eh ustazah!

3 comments:

Yusaini Skullkrusher said...

Awk dolu2 sek kt maner.. sy pong sek arab juge.. disiplin mmg ler ketat.. tp bila dh besar.. br terpikir.. semua tu ada baiknya ;)

Si Ralat said...

tahu takpe~

Yusaini Skullkrusher said...

Xde posting br kew?