Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, May 11, 2010

Adakah Aku Sedang Bermimpi?

semalam saya mimpi benda pelik lagi.

saya mimpi saya free-hair dan pergi ke atas pentas yang berupa sedikit tandas awam bersama-sama dengan Cik Gagah dan Cik Usahawan bertujuan untuk membuat persembahan apa, saya kurang pasti.

tapi penonton sungguh ramai dan spot-light dihalakan kepada saya yang sedang malu-malu kucing dengan rambut yang dilepas bebas separa bahu sahaja.

saya kemudiannya ditegur oleh Si Gagah.

lantas saya terjaga! ceh.

tapi, mimpi paling pelik saya pernah alami adalah pada minggu lepas apabila saya mendapat khabar daripada Si Emak mengatakan bahawa beliau mengandung lagi. haiyah!

saya kemudiannya berlari-lari anak ke tandas dengan gaya orang-sedang-tahan-nak-muntah.

kenapa?

saya juga tidak pasti. tapi reaksi saya itu seolah-olah saya tak dapat menerima adik baru dan sampai rasa nak terkeluar isi perut.

sudahnya, saya terbangun dengan perasaan yang sama dalam keadaan sedang menahan air liur keluar dari mulut.

sila geli sekarang.



malam ni entah apa nak masuk mimpi saya?

3 comments:

alfabetagamma said...

tdo xpakai tudung sapa suruh..

cik ani said...

suruh masuk realiti tv kot..

Si Ralat said...

1- tido pakai tuala je. LOL.

2- realiti tv? oh tidak. mustahil! hehehe.