Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, May 28, 2010

Edisi Balik Kampung #5 - Mari Menguji Encik Johnny

Misi ; Pulang ke kampung.

Ahli ; Cik Ralat, Si Dua, Encik Johnny

Tempoh ; 4 hari 3 malam




buh-bye hutan tropika!

Thursday, May 27, 2010

Kompleks #33 -

i have been meaning to write all this stuff long time ago, but i don't think it was necessary until now.

ada aje yang mempertikaikan kehadiran aku ke lab, masa aku clock in and clock out, kualiti masa yang aku gunakan sepanjang berada di lab dan macam-macam lagi.

sebelum masuk mukadimah cerita, penting untuk kalian tahu bahawasanya Si Cekgu yakni boss aku dari dulu hingga sekarang adalah seorang yang cepat marah termasuk memaki, pelupa benda penting, perungut dan suka memburukkan orang lain, garang lagi bengis dan jugak mempunyai mood swinging yang sangat cepat.

beliau juga sangat tidak boleh memahami perasaan orang lain.

hmm.

Tuesday, May 25, 2010

Kisah #16 - MLM?

malas update blog. tak tahu pasal apa. cuma rasa malas nak menaip. malas nak fokus. malas nak bina ayat. bina badan, rajin aje. tsk tsk.

hujung minggu ni balik kampung.

buat pertama kali, bertemankan Encik Johnny. eceh.

minggu lepas dah pergi update Encik Johnny bersama-sama Si Dua, semoga perjalanan tak bosan lagi lepas ni sebab dah boleh berdondang sayang.

minggu lepas jugak Si Emak Sedara bersama anak manja dan kawan rapatnya datang menumpang kasih, eh menumpang tidur kat rumah. baru balik dari seminar berkaitan dengan MLM berhampiran hutan tropika. tu pun jenuh kena bebel pasal dia sesat jalan.

aku nak pergi amik dengan Encik Johnny, tapi rasa-rasanya biarlah menjadi rahsia dulu. ceh.

aku kan punya sejarah tragis dengan MLM [cerita lain], so aku memang tolak mentah-mentah masa Si Emak Sedara cuba nak briefing aku selepas beliau dibriefing selama sehari.

tu ok lagi, Si Dua lagi buat aniaya.

masa Si Emak Sedara konon-konon briefing, dia pun konon-konon jugak lah buat macam eksaited nak tahu. kira kalau aku, terus je jawab 'sorry, tak berminat' selepas 3 minit rombongan mak sedara tu sampai depan rumah.

ni tak. Si Dua layan punya layan sampai dia dah rasa bosan gamaknya, baru dia senyap kejap then cakap 'sebenarnya, tak berapa minat MLM ni' sambil buat muka tak bersalah.

aku gelak dalam hati je. kejam punya orang. kawan tu dah siap cakap pakej A berapa, pakej B berapa, macamana harga dan bla bla bla.

jangan buat macam tu kepada orang yang berpenat lelah menerangkan sesuatu kepada anda, terima kasih.

Friday, May 21, 2010

Edisi Kenangan #4 - Ustazah dan Warden

kecoh kan pasal ustazah dengan warden ni, yang ditangkap sedang buat episod asmaradana versi murah.

maaf, anda salah masuk blog sebab aku bukan nak cerita pasal tu. aku nak cerita kisah ustazah dan warden versi aku. tak mahal tak murah, yang penting bukan ciplak.

masa zaman sekolah menengah, duduk asrama penuh, tapi setiap 2 minggu akan merayu-rayu Si Ayah suruh datang amik. siap ada balik sunat balik wajib lagi. tapi, aku memang akan balik setiap kali boleh balik pun.

dah nama duduk asrama penuh, setiap catatan nak keluar masuk pergi balik kena la bertandatangankan Si Warden. nak dijadikan cerita, aku bersekolah pulak dekat sekolah agama. ya, sekolah agama. jangan buat muka terkejut.

jadi, sudah tentu la Si Warden itu adalah Si Ustazah.

ada jugak warden lain, tapi tak famous amos macam Si Warden Ustazah ni.

nama beliau Ustazah Rokiah [bukan nama sebenar], budak-budak panggil dia Ustazah Rock, tak pun Rocky. entah, aku lupa pulak.

masa berada di bawah pemerintahan Ustazah Rocky ni, punya la azab bagi kanak-kanak yang baru nak rasa hidup best, bukan aku lah, orang lain.

aku masa zaman dulu kala adalah budak baik lagi skema dan sangat patuh peraturan. sekarang pun masih ada baki dan sisa tu. ceh!

masa tu, peraturan semua diperketatkan, terutamanya pasal aurat. tak boleh keluar bilik pakai tudung kecik, mesti bertudung labuh, lepas tu kena pakai sarung kaki, lepas tu lagi adalah benda-benda lain yang dilarang, yang aku tak berapa amik kesah sangat, sebab aku tahu aku tak buat.

aku budak baik, remember?

kan ke asrama tu memang budak perempuan je yang ada, buat apa nak bersusah-susah nak pergi lepak bilik kawan tingkat atas beria macam nak pergi sekolah? so, ada la yang protes.

kalau sampai ke pengetahuan Ustazah Rocky, maka kena la hukum.

tapi yang paling aku ingat pasal warden ni, adalah ketakutan dengan kegelisahan masa nak mintak tandatangan untuk outing atau pulang ke rumah. gabra lain macam.

padahal, dia senang je nak sign. bukan dia makan orang pun. cuma, macam orang kata lah, lidah tu kadang-kadang berbisa. sakit nak dengar kena bebel, walaupun bila dah besar panjang ni la baru kita tahu, ada gunanya nasihat yang diberi bertahun-tahun lepas tu. tsk tsk.

lepas PMR, aku pindah masuk sekolah lain, di mana warden sekolah tu tak berapa nak garang. kalau bagi salam, senyap lah dia.

aku pernah cuba, dan ia nya amatlah berkesan!

maka, begitu lah berakhirnya episod Ustazah dan Warden kita pada hari ini ya anak-anak, hingga ketemu lain kali.

aku pun dah tak tahu apa jadi dengan Ustazah Rocky. harap-harap lah sentiasa sihat hendaknya, dan terima kasih atas semua tunjuk ajarku sifu!, eh ustazah!

Thursday, May 20, 2010

Edisi Kereta #7 - Cabaran

ok, ini cerita minggu lepas.

dua kali percubaan, aku drive ke pasar malam - tempat ramai orang, banyak kereta, bersimpang siur sana sini, dan juga tempat aku beli makan malam.

minggu lepas. aku pergi terlampau awal, sebab percubaan kali pertama. ciri keselamatan mesti diutamakan. tempat parkir takde masalah, sebab aku parkir jauh dari kesibukan awam. ceh.

tapi masa nak balik, aduhai.

tak jumpa jalan pulang. aku pusing satu kawasan perumahan tu dan sikit masa lagi nak masuk simpang yang menuju ke tempat pembuangan sampah.

dah berjaya mengeluarkan diri dari kawasan perumahan tu, aku cuba buat kira-kira yang pada ketika itu nampak amat bijak semata-mata untuk mengelakkan lalulintas yang sangat sibuk demi kesejahteraan bersama. tapi malangnya, itu jalan satu hala.

jadi aku terpaksa pusing lagi 2 roundabout untuk sampai ke rumah selepas itu. walaupun aku pernah membuat penyataan bahawasanya aku suka berjalan-jalan kerana sedang gila stereng, tapi masa tu aku rasa nak balik rumah cepat je.


jadi 2 hari lepas, aku mencuba lagi.

kali ni pergi agak lewat sebab hari pun tengah hujan rintik-rintik, ombak bergelora.

sebelum tu, wajib merancang nak beli apa dan apa sebagai santapan malam itu. sebab pergi sorang-sorang, maka tak menarik nak membelek-belek benda lain.

sebab dah lewat, maka parkir idaman dah dipenuhi. terpaksa parkir jauh di hujung jalan berdekatan dengan tempat buang sampah jugak. ish.

tapi kali ni, operasi berjaya.

aku tak perlu lagi menghabiskan masa dan tenaga untuk meronda-ronda jauh ke pelosok alam semata-mata sebab tersalah ambil simpang.

malangnya aku berhadapan dengan orang-yang-takut-roundabout. jenuh jugak nak tunggu dia yakin. ish.

aku pun memang la tak terer, tapi sebab hari tu operasi boleh dikatakan berjaya, maka nak lah rasanya balik cepat. tambah pulak aku memang mengidam kuey tiaw goreng dengan lada jeruk yang berjaya aku temui di pasar malam tu.

kita tunggu operasi minggu depan pulak.

Kompleks #32 - Masa Depan

semalam, aku merajinkan diri yang telah lama tidak berfungsi untuk pergi mengupdate status borang berserta surat rayuan untuk aku gunakan peralatan di fakulti berlainan. ini sambungan cerita yang aku tulis minggu lepas.

ok, borang dah selamat ditandatangan pengesahan dan diluluskan oleh kerajaan eh, pihak atasan yang terlibat. malah orang atasan itu sempat memberi komen bahawasanya bahan-bahan yakni sampel yang ingin aku buat tu, berkemungkinan besar adalah tidak sesuai dengan kaedah sebegitu rupa.

sigh.

aku cuba untuk tidak meninggalkan komen itu lekat dalam hati.

apapun aku mesti cuba dulu. keputusan itu akan aku analisis kemudian hari. manis atau pahit, aku telan jugak, lepas tu cari la penawar. ceh.

aku ada lagi satu semester je, demmit!

tapi, tak mengapa. kita cuba dulu. harap-harap berjaya usaha kali ni walaupun takde la nampak macam berusaha sangat.

Tuesday, May 18, 2010

Ralat #43 - Doa Untukmu

Ya Allah Ya Tuhanku, 

aku pohon kepada-Mu agar diberikan hidayah dan petunjuk kepadanya. biar jalan itu terang dan lurus di hadapannya. biar dia tahu, masa depan yang cerah terbentang luas di hadapan. semoga hijab terbuka dan dia dapat berubah.

Ya Tuhan Ya Karim,

aku pohon kepada-Mu agar diberikan ketenangan di dalam setiap pelosok jiwanya. biar dia meluangkan masa dan ketika untuk berfikir semasak-masaknya. biar dia tahu mana buruk baik nya pilihan yang dibuat. semoga dia mendapat pedoman.

Ya Rabbi Alamin,

Engkau jauhkanlah dia dari segala pintu yang mengundang perbuatan keji dan mungkar. biar dia tahu masih ada yang menyayangi di sini. biar dia tahu dia tidak pernah disisihkan. semoga dia sedar akan kasih sayang kami yang tidak berbelah bahagi ini.

aku hamba-Mu yang lemah. aku pohon hanya kepada-Mu ya Tuhan. 

pulangkan lah dia ke jalan yang benar.

Amin.




mari pulang ke pangkuan kami, Si Empat~

Sunday, May 16, 2010

Kompleks 31# - Hari

esok dah hari Isnin.

saya kurang gemar hari Isnin.

saya tak tahu kenapa.

saya nak hari Jumaat balik, boleh tak?

dem.

mode ; blur.



oh ya, selamat hari cekgu kepada para cekgu sekalian!

Thursday, May 13, 2010

Kisah #15 - Hari Tidak Berfungsi

dah nak masuk 2 minggu aku rasa macam tak berguna ni. rasa macam nak lari dari rumah, balik kampung, jumpa mak ayah pun ada.

tensi bila tidak dapat berfungsi!

dah la jadual waktu harian pun terganggu. tidur lewat, bangun lambat, makan lewat, kenyang cepat. isk. apa kaitan. tapi yang pasti aku tak suka dengan keadaan hidup sekarang ni.

sibuk jugak menjadi active thinker sebentar. berfikir apa nak jadi, apa nak buat, apa mahu bikin. apa dan apa dan apa. tapi tindakan tak diambil.

susah nak mengambil tindakan bilamana semua kerja perlukan permission orang atasan yang kita nak boleh nampak batang hidung tu adalah satu penyeksaan. sibuk sana sini, meeting esok hari ni. fuhh!

semangat aku pun mula pudar.

tak tak, aku bukan nak salahkan orang lain. tapi bila kita buat kerja, dah nak sampai separuh and then kerja tu hanya la boleh disambung jika sekiranya orang atasan bagi kebenaran, memang boleh buatkan jiwa dan semangat rajin itu mati.

macam aku sekarang ni.

aku benci keadaan macam ni. kena berharap pada orang lain. duh.

aku target bila sampai pertengahan tahun ni, kerja aku semua akan settle dan aku boleh tumpukan pada penulisan sahaja semester depan. tu tak termasuk dengan persidangan yang Si Cekgu akan rencanakan bila masa dan ketika beliau suka. tak termasuk juga apa-apa je kejutan lain yang boleh beliau buat.

dem!

Wednesday, May 12, 2010

Edisi Kereta #6 - Cabaran

Jumaat lepas,

aku telah mencabar diri sendiri untuk pergi membeli Mekdi sorang-sorang.

pada ketika cuaca gelap mendung tanda nak hujan,

dengan jalan akan dipenuhi oleh umat manusia yang sedang dalam perjalanan pulang.

masa tu aku memang lapar dan mengidam Mekdi tahap kuasa keenam,

sebab dah tahan nafsu selama berbulan.



maka, aku bersedia dengan pelbagai pelan,

konon macam nak pergi berperang.

padahal aku tengah gila kelaparan,

dan hanya merasa semua tu bila hari dah petang.



masuk je kereta,

hujan turun dengan menggila.

tapi aku memang suka,

saja sebagai ujian memandu kereta.

dah tu, aku tekan je la minyak sambil mencari wiper dengan gelabahnya.



dah elok-elok tengah jalan,

boleh pulak aku tak jumpa jalan nak masuk dari depan.

maka aku dengan semangat waja tengah seronok membawa Encik Johnny mandi hujan,

aku pusing lagi sekali, sampai khatam satu tempat berhampiran.

tapi aku tetap tak jumpa jalan depan.



terus pergi Mekdi lain yang senang nak jumpa, parking, dan order sebab takde orang.

cuma amik masa sikit sebab aku order Mekdi punya ayam.

yang penting dapat isi perut dan memenuhi idaman,

tapi ayam Mekdi tu macam ada semut-sebesar-kerengga mati akibat kebakaran.

tsk tsk.

Tuesday, May 11, 2010

Adakah Aku Sedang Bermimpi?

semalam saya mimpi benda pelik lagi.

saya mimpi saya free-hair dan pergi ke atas pentas yang berupa sedikit tandas awam bersama-sama dengan Cik Gagah dan Cik Usahawan bertujuan untuk membuat persembahan apa, saya kurang pasti.

tapi penonton sungguh ramai dan spot-light dihalakan kepada saya yang sedang malu-malu kucing dengan rambut yang dilepas bebas separa bahu sahaja.

saya kemudiannya ditegur oleh Si Gagah.

lantas saya terjaga! ceh.

tapi, mimpi paling pelik saya pernah alami adalah pada minggu lepas apabila saya mendapat khabar daripada Si Emak mengatakan bahawa beliau mengandung lagi. haiyah!

saya kemudiannya berlari-lari anak ke tandas dengan gaya orang-sedang-tahan-nak-muntah.

kenapa?

saya juga tidak pasti. tapi reaksi saya itu seolah-olah saya tak dapat menerima adik baru dan sampai rasa nak terkeluar isi perut.

sudahnya, saya terbangun dengan perasaan yang sama dalam keadaan sedang menahan air liur keluar dari mulut.

sila geli sekarang.



malam ni entah apa nak masuk mimpi saya?

Ralat #42 - Manusia Biasa

saya tak sms pun Si Emak macam biasa, bila tiba Hari Ibu. bukan terlupa, bukan juga sengaja. tapi rasa macam, seribu satu macam. tak pun tak rasa apa-apa.

sebab nya, baru hari ni alarm handset berbunyi menandakan Hari Ibu adalah jatuh pada esok hari. [mengikut ramalan aku la tuh] tsk tsk.

maaf bu, anak mu ini terlambat lagi.

walaupun sebenarnya semalam dah wish kat blog, tapi macam la Si Emak tahu aku ada blog. tu pun aku wish sebab tengok Si Ketua Rumah wish. lepas tu siap pergi cari lirik lagu Yusoff Islam tu.

*buat muka innocent*


saya manusia biasa, sering terlupa!

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.





saya sayang Si Emak sangat-sangat. thanks for every single things Mom. you are the best!

Saturday, May 8, 2010

Muse - Undisclosed Desires

lagu peberet bulan ini



I know you've suffered but I don't want you to hide
It's cold and loveless, I won't let you be denied
Soothing, I'll make you feel pure
And trust me, you can be sure

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

You trick your lovers that you're wicked and divine
You may be a sinner but your innocence is mine
Please me, show me how it's done
Tease me you are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

Please me, show me how it's done
Trust me you are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty's not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

Friday, May 7, 2010

Mari Membeli Kereta #10 - Encik Johnny

maaf, entri ini baru dibuat beberapa minggu selepas entri sebelumnya. baru ada rasa jaminan, maka baru rasa ada keberanian nak publish di sini.

setelah pulang dengan kecewa-hati-terluka-macam-kena-kansel-kahwin, maka bertukar menjadi supan santun senyap dan diam tanda protes dari dalam. dalam kepala masa tu dah fikir nak amik aeroback sahaja, sebagai gantian.

mana nak cari kereta idaman lain lagi?

nasib baik, kawan kepada pak sedara ada stok lebih. eceh. kereta idaman 2 tiba-tiba ada kat kedai dia. sila hairan bin ajaib sekarang. cit.

itu namanya takdir.

maka, petang tu jugak aku pergi meninjau bakal suami baru, eh bakal kereta idaman baru. dan ye, saya berkenan!

minggu seterusnya aku pulang lagi tapi dengan senyum lebar dalam hati. dekat muka takleh nak publish lagi sebab masih sedikit ragu-ragu dan khuatir, takut terkena lagi sekali. sehabis boleh menahan keeksaitan seorang diri dan ia sangat lah membuat jiwa dan badan merana pada tahap ketiga.

sepatutnya aku dah boleh buat lompat bintang. tapi saspen punya pasal, ku tahankan saja!

selesai segala urusan, maka kereta idaman 2 dah menjadi hak milik Cik Ralat dengan meminjam nama Si Dua. terima kasih kekanda. ces.

serta merta juga kereta idaman mampu menarik minat  Si Ayah dan Si Dua yang sibuk mengkaji sana sini, nak update itu ini. aku pulak merenung je dalam-dalam, macam tak percaya dah ada depan mata!

perlu tak nak buat hip hip hurray kat situ?

seminggu berada kat hutan tropika, baru Cik Hosmet sibuk bertanya. aku memang tak pecah rahsia, sebab eksaited tu belum aku luahkan kat sapa-sapa.

cuma ada tersebut pada Si Ketua Rumah sebelum balik kali kedua, 'balik nanti maybe, bawak balik' dengan senyum melebar penuh makna. ceh.

so, dengan rasminya di sini saya nak bagitahu saya dah dapat kereta idaman saya - Encik Johnny nama diberi.




saya sayang Encik Johnny saya.

Thursday, May 6, 2010

Kisah #14 - Mencuba Untuk Berfungsi

tadi petang, konon-konon nak aplikasi kerajinan di dalam kepala otak kepada tingkah laku yakni mengkaji dan memahami artikel solar cell yang sudah didownload pada bulan Oktober tahun lepas dan sudah menjadi peneman aku ke sana sini sejak 2 3 hari ni.

tapi peluang nak membelek dan mengeja satu-satu perkataan dalam artikel itu adalah sangat tidak sempat.

apa yang aku sibukkan sangat, pun tak dapat dikenal pasti lagi.

ditambah pulak dengan demonstrasi pagi tadi - mengukur I-V yang sangat penting untuk kajian tahun ini. maka semangat nak study tu lebih menonjol sikit. ceh!

maka, dah sampai rumah, masuk bilik, capai artikel.

sambil berbaring, aku baca setiap bait-bait perkataan dengan otak memainkan peranan sebagai slide show, konon-konon memang cuba nak faham dengan sangat mendalam.

4 muka surat pertama berjaya aku khatamkan tanpa was-was.

muka surat seterusnya, mata aku dah mula bagi respons negatif. otak pun dah tak ada bateri nak menjadi layar impian. tangan pun dah tak boleh pegang kertas tu.

aku letak kat tepi, baca dengan ekor mata sahaja.

sila jangan tiru aksi ini di rumah.











sedar-sedar je dah Maghrib.

damn!

Wednesday, May 5, 2010

Edisi Lelaki - Freakin Awesome

dalam FB, ada column 'write anything about yourself here'. something like that kot.

so, aku isikan dengan

"I May Not Be Perfect.. But Parts of Me Are Freakin Awesome.."

banyak dapat pertanyaan dan persoalan daripada kaum lelaki, yang konpius part mana yang awesome. dah lama dah berlaku benda alah ni, cuma tak terfikir nak menaip dalam blog.
sampai lah semalam.

bila ada sorang member mafia tanya.

'mana Parts yang Freakin Awesome tuh? tengok body macam biasa je. takde yang menarik pun?'

terus otak ligat berfikir.

nak sentap ke taknak, nak sentap ke taknak, nak sentap ke taknak. ceh!

terus aku jawab,

'parts yang awesome sepatutnya nampak pada badan saja kah?'

ugh! i hate those men yang suka pandang paras rupa before judge orang.

ya, aku juga menghakimi paras rupa dan fizikal, sometimes. tapi tidak perlu la sampai macam tu. 

i guess otak perempuan dan lelaki sangat berbeza. aku tak pernah tengok lelaki hensem dan membayangkan beliau tanpa sehelai urat benang, but i can bet almost setiap lelaki tengok perempuan cantik akan membayangkan perempuan tu tanpa pakaian.

wah, makin panas.

lari tajuk jap.

maksud aku adalah, aku bukan dari golongan perempuan cantik berbuah dada besar pejal dan berpunggung montok tonggek dan sebagainya, tapi aku yakin aku ada parts yang freakin awesome itu.

semua orang ada.

cuma kena figure it out la.

tapi, kalau aku bagitahu mana part aku yang freakin awesome tu, tak ke nanti kata aku ni dikatakan menunjuk-nunjuk pulak.

duh!

Tuesday, May 4, 2010

Edisi Kereta #5 - Gila Stereng

saya suka traffic jam!

kadang-kadang saya sengaja pusing-pusing.

sekitar kawasan bandar tempat saya bersekolah.

saya suka bila saya terperangkap dalam jam.

walaupun saya khuatir dengan motosikal menyelit.

saya juga suka kalau ada traffic light.

walaupun saya takut kalau ianya adalah di kawasan berbukit.

saya suka jalan raya di bandar saya tinggal.

sebab saya takkan sesat kalau saya round sorang-sorang.

saya suka semuanya,

asalkan saya dengan kereta idaman saya.



saya rasa saya sudah gila stereng!

Monday, May 3, 2010

Kisah #13 - Ralat

bangun awal pagi, sebab dikejutkan oleh sms daripada Si Satu yang berbunyi ;

'selamat pagi acik. acik masuk duit kat siapa ni? kalau tunang keluarga ok lah. tapi kalau kenalan berhati-hati. maaf'

tenyeh-tenyeh mata jap. ulang baca empat lima kali.

ni apasal Si Satu skema sangat wish aku selamat pagi ni? hairan bin ajaib!

check nombor lagi sekali.

ceh!

tertukar 013 dengan 019.

terus tukar balik nombor Si Satu yang betul dan hantar sms yang sepatutnya semalam dah hantar, tapi terhantar kat nombor entah siapa.

dan sms aku tidak berbalas. membuktikan si penerima adalah Si Satu yang real - malas balas sms.

tengah duk mengigau tu, aku sempat lagi reply kepada tuan punya 013 - sorry, salah nombor.

boleh pulak dia balas ;

'takpe, abang tak kesah. akak macamana sekarang?'

eh eh. mesra alam betul!

sambung tido lagi bagus.

Sunday, May 2, 2010