Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 8, 2010

Ralat #39 - Aseton

angkara hari rajin saya, beberapa hari yang lepas di mana saya telah berjaya membersihkan beberapa sampel untuk digunakan pada Hari Awal Saya.

sampel ada 7 sebab dah punya extra lagi 3. semua sekali mesti la 10. tamak haloba punya orang.

saya cuci dengan menggunakan aseton dan juga ethanol. tak familiar? sila Google.

beza aseton dan ethanol adalah bau di mana aseton adalah lebih menyengat rasa manakala ethanol adalah sedang-sedang saja. warna jernih itu adalah serupa. aseton juga lebih cepat meruap. bahaya!

jadi semasa saya mencuci sampel, saya bergilir-gilir dengan Mafia Wars, sebab sampel dicuci dalam masa 15 minit di dalam mesin ultrasonik. ceh. sangat saintis pulak bunyinya kepada orang-orang bukan sains. minta maaf.

padahal benda simple je.

nak dijadikan cerita, saya boleh terkonpius mana satu aseton, mana satu ethanol.

sepatutnya, mula-mula cuci pakai aseton, kemudian ethanol. tapi sebab saya menggunakan 2 bikar, iaitu bikar A dan bikar B untuk memuatkan 7 sampel, maka saya bergilir-gilir menggunakan aseton dan ethanol untuk 2 set sampel itu. jimat bukan?

dengan bijak pandai dan malas saya, saya pun menggunakan kemahiran dan kebolehan menghidu. saya hidu bikar A, sebab saya yakin itu adalah aseton. sila jangan tiru aksi ini.

dan, ya betol! itu memang aseton.

bau menyengat masuk dalam hidung. kadang-kadang rasa best, kadang-kadang rasa tajam. macam cuka. tapi lagi banyak rasa tajam. tsk tsk.

jadi, sudah 2 hari berlalu. tapi hidung saya masih terasa sengal-sengal macam baru lepas hidu benda tajam seperti aseton!

terima kasih.


kalau nak sertai saya, sila la pergi hidu cuka di rumah anda. sekian.

2 comments:

Anonymous said...

ciom sy adalah lagi baik dr ciom aseton.. tiada side effect..

Si Ralat said...

Si Minah adalah lebih wangi daripada saya. kan?

haha.