Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, April 7, 2010

Ralat #37 - Rojak Buah

ini kisah tempoh hari.

semasa dinner yang aku pergi. sehari sebelum waktu mereng menjelma.

malam tu disediakan makanan ala buffet. so, kena pergi layan diri amik apa je yang berkenan di mata nak masuk dalam mulut. sudah habis makan makanan utama, maka mata tercari-cari la pulak pemanis, kek, rojak buah dan sebagainya.

jadi, aku, Si Pinkie dan Mr.Magoo pergi menyeberang dewan dan berjaya membawa pulang 2 pinggan yang berisi penuh dengan juadah pemanis mulut beraneka pilihan. antaranya adalah puding-yang-diperbuat-dari-susu-tepung.

aku tak makan dan tak minum segala makanan yang berunsurkan susu tepung.

dan minda aku pulak teringat dekat rojak buah.

aku bagitahu Mr.Magoo.

'rasa macam nak makan rojak buah tu la'

dia buat derk je. sambil melayan Si Tunang Orang dengan Si Model Wannabe makan Puding Susu Tepung. entah macamana, Puding Susu Tepung tu sangat sedap la gamaknya, maka dah habis sekali hadap saja.

dengan muka malu-malu kambing, Si Model Wannabe bertanyakan 'amik kat mana ni?'

'kat hujung sana. nak ke?' Mr.Magoo boleh pulak offerkan diri beliau. cis.

'boleh jugak. nak 2 tau'

kalau aku partner yang kejam, dah lama aku pijak kasut pemberian Si Cantik yang dipakai oleh beliau malam tu. eh, aku memang dah selalu pun pijak kasut tu.

*evil*

lepas tu, Mr.Magoo pun terkedek-kedek pergi amikkan Puding Susu Tepung tu untuk diorang. dua-dua tangan pun full. ceh.

seronok kot layan orang lain. aku tarik muka pat belas pun tak perasan.

sengal!

No comments: