Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, April 4, 2010

Ralat #33 - Soalnya Hati

semalam ada dinner dan juga prom nite.

aku join. ajak dia jadi partner. tak ada pun yang best sangat kecuali berjumpa kawan-kawan satu kelab dan makan makanan free.

on the way balik rumah, mata kami saling bergilir-gilir nak tutup. so, bila dah sampai rumah terus la membuta sampai siang. sangat penat. ceh.

itu cerita semalam.

tapi sekarang ni aku rasa lain macam. rasa ralat je. entah apa yang aku rasa aku pun tak pasti. maybe aku dah amik keputusan yang salah kot. ataupun keputusan aku tu dah betul, tapi maybe ada limit and i surpassed that limit.

maybe.

sebab tu aku rasa macam pelik je. lain macam sangat. hati tak keruan. perasaan berkecamuk. fikir bukan-bukan.

sebenarnya, hari ni kata nak rehat, sama-sama rehat sebab semalam dah kehabisan tenaga. maka, berehatlah. tapi rehat pun ada masa tamat jugak, kan?

jadi, cuba la nak mentalipon bertanya khabar selepas operasi merehatkan diri. tapi talian tidak mesra beliau tak dapat ditembusi pulak.

so, aku dah start fikir bukan-bukan dah. fikir pasal hari ni hari minggu - Si Minah adalah cuti. mungkinkah dia start membahagi kasih lagi?

sigh.

tambah pulak dengan mimpi aku pagi tadi - dia tinggalkan aku - macam biasa. mimpi tu membuatkan aku terjaga dan terus ingat dia. dan bila tak dapat dihubungi tu yang jadi lagi tak keruan. perasaan berdebar-debar datang balik. macam bangang je kan.

*marah pada diri sendiri*

actually, aku tak perlu pun nak fikir lebih-lebih, sebab as far as i concerned, aku macam boleh mengikut syarat untuk tidak berlebihan lagi dalam soal hati dan perasaan, especially dengan dia.

tapi sekarang aku macam dah tak tahu apa je syarat yang aku buat tu, sebab kalau aku lurus bendul dan ikut syarat tu, aku takkan jadi macam ni. macam dah pathetic balik je.

berapa kali aku nak kena baru aku nak sedar? bila masa aku nak amik tindakan? sigh.

tolong lah sedar diri.

hati menangis sebab masih taknak beralah atau mengalah, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri. sedangkan pihak lagi satu happy dengan pihak ketiga.

sebagai orang yang sangat brilliant dan penuh ilmu di dada dan minda, patutnya aku tahu buat keputusan. aku patut tahu masa untuk bertindak. tapi sekarang aku rasa macam lemah. lemah gila. lemah satu badan. lemah perasaan.

ya Tuhan, bantu aku.

aku sedang kangen pada orang yang tak patut!

No comments: