Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 20, 2010

Perihal Cekgu Saya #6

semalam.

telefon berdering-dering. tanda panggilan masuk. malas nak angkat. sebab penat balik ke kampung dan datang balik dengan hati yang kecewa masih lagi tak habis. cis.

dah tengah mamai-mamai, tertekan button accept call. ugh. suara dah lah macam robot sebab baru bangun tidur di tengahari yang panas tapi gelap gelita kalau berada di dalam bilik saya.

'Cik Ralat, Si Cekgu nak jumpa'

'bila?'

'entah. sekarang la kalau boleh'

'ala, lambat sikit boleh tak. penat la baru balik ni. isk'

'tak tahu la. Cik Ralat sms la bagitahu kat Si Cekgu'

'ok'

Si Anak Ikan rupanya. menjadi orang tengah antara aku dan Si Cekgu. perkara biasa.

tangan laju je menaip sms berbentuk rayuan secara lembut kepada Si Cekgu yang-tak-pernah-nak-faham bahasa-orang-bawahan. terus tekan butang silent. nak siap sedia sambung buat taik mata. penat masih belum hilang. sakit hati selamanya takkan hilang.

terus dapat lagi satu panggilan.

ah, bosan la macam ni. kacau je!

'hello. Cik Ralat. ni Si Cekgu nak cakap ni'

'erk. haa. ok'

'hello. u ni kan memang malas nak datang lab ke? saya called u berapa kali u taknak angkat'

'hmm'

sambil tangan pandang skrin talipon - 8 missed calls.

damn!

lepas tu terus la pot pet pot pet bla bla bla. pom pang pom pang aku kena marah. sudahnya suruh jumpa jam 6. tu je pun. apa kata kalau selepas ni kita skip bahagian lecturing tu? annoying tahu tak?

pukul 6, aku jumpa jugak Si Cekgu. tu pun selepas dapat sms yang berbunyi

'u ni kat mana ek? bila nak datang jumpa saya? dah lama saya tunggu'

duh. dah gaya macam boyfriend aku la pulak.

ugh!

No comments: